Sumareh kena tunggu dulu - Utusan Malaysia

Sumareh kena tunggu dulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tonggak naturalisasi Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh tidak akan diturunkan oleh Police Tero FC dalam aksi League 1 Thailand menentang Prachuap FC hari ini.

Selepas hampir tujuh bulan tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif pemain kelahiran Gambia itu ditempatkan dalam program kecergasan bagi memastikan dia cergas sebelum diturunkan.

Kelmarin, Sumareh buat pertama kali menyertai latihan bersama rakan sepasukannya selepas menamatkan kuarantin selama 14 hari.

 

 

“Saya tidak bermain selama enam hingga tujuh bulan dan sebab itu mereka menempatkan saya dengan jurulatih kecergasan.

“Selama dua minggu lalu, saya hanya melakukan latihan kecergasan. Saya tidak akan beraksi kerana baru sehari berlatih bersama pasukan.

“Rakan di sini banyak membantu dan serius dalam latihan. Mereka sangat profesional kerana kebanyakan pemain mengambil inisiatif sendiri sebelum sesi latihan untuk meningkatkan prestasi.

“Jika latihan bermula 5 petang mereka akan datang awal dua jam dengan melakukan latihan sendiri dan sentiasa berusaha keras merebut tempat dalam kesebelasan utama,” katanya.

Perpindahan Sumareh ke Police Tero sebelum ini dicemari kontroversi bersama bekas majikannya, Pahang sebelum dia menerima sijil perpindahan antarabangsa (ITC) daripada badan bola sepak dunia, FIFA.