SEGAMAT: Sebagai menghargai peranan petugas barisan hadapan Covid-19, seramai 292 murid Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Pemanis (1) menghasilkan kad ucapan bertemakan Malaysia Prihatin sempena Sambutan Bulan Hari Kebangsaan 2020 anjuran sekolah tersebut baru-baru ini. Guru Besar SK LKTP Pemanis (1), Helmyazizul Abdul Hamid berkata, usaha tersebut juga melibatkan murid pra sekolah dan pendidikan khas dengan masing-masing berjaya menyiapkan kad ucapan itu minggu lalu. “Kesemua murid melukis kad ucapan Hari Kebangsaan…










