Mampukah parti baharu Dr. Mahathir bertahan? - Utusan Malaysia

Mampukah parti baharu Dr. Mahathir bertahan?

Dr. Asri Salleh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penubuhan parti baharu oleh bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad mendapat reaksi berbeza berhubung keupayaannya mengharungi arus politik semasa negara.
Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Asri Salleh berkata, parti baharu cetusan Dr. Mahathir itu berpotensi memecah undi Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional ( PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Katanya, bekas Perdana Menteri itu mampu menarik sokongan pengikut setia yang tidak cenderung kepada kedua-dua pakatan tersebut.
“Dr. Mahathir nama besar, untuk menidakkan pengaruh beliau bukan mudah. Kita lihat parti baharu ada potensi untuk memecah undi dua pakatan tersebut terutama pengundi yang masih setia kepadanya.
“Namun saya fikir parti ini lebih tertumpu di Semenanjung Malaysia sahaja,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini semalam.
Kelmarin, Dr. Mahathir meng­­umumkan penubuhan parti baharu selepas keahlian dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terbatal.
Sementara itu, Penganalisis Politik Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohd. Izani Mohd. Zain berkata, adalah sukar sebuah parti baharu bergerak sendirian tanpa mengadakan sebarang kerjasama politik dengan parti lain.
“Penubuhan parti baharu ini belum jelas hala tujunya. Orang Melayu telah memberi fokus kepada Muafakat Nasional (MN) kerana kerjasama politik Melayu Islam lebih terserlah,” ujarnya.
Sementara itu, Pensyarah kanan Kolej Undang-undang, Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, parti baharu itu akan gagal mempertahankan kerusi sedia ada yang dime­­­­­­na­ngi Bersatu semasa di bawah Dr. Mahathir.
“Kita jangka mereka akan gagal mengekalkan enam kerusi iaitu Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu, Muar, Sri Gading dan Simpang Renggam.
“Malah parti ini akan jadi parti keluarga. Mereka hanya membuang masa, tenaga dan kos,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

BERITA BERKAITAN