Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu benar bubar DUN, pertarungan Sabah bermula - Utusan Malaysia

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu benar bubar DUN, pertarungan Sabah bermula

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 kini dibuka setelah Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu semalam menolak permohonan semakan kehakiman oleh 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi mencabar keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Suruhanjaya Pilihan Raya Ma­­laysia (SPR) menetapkan 26 September ini sebagai hari pe­ngundian PRN Sabah manakala hari penamaan calon ditetapkan 12 September dan hari mengundi awal 22 September.

Setakat ini Utusan Malaysia dimaklumkan proses pengagihan kerusi antara UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama beberapa parti so­kongan masih belum selesai walaupun tarikh pe­ngun­dian hanya tinggal sebulan lagi.

Pada masa sama, Parti Wa­risan Sabah (Warisan) yang juga penyandang kerajaan negeri di­sertai Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pertubuhan Kinabalu Prog­resif Bersatu (UPKO) turut giat menyusun strategi mempertahankan mandat yang diperoleh sebelum ini.

Bercakap kepada Utusan Ma­laysia, Pengerusi Badan Perhu­bungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pihaknya masih merundingkan pengagihan kerusi terutama da­­lam mengenal pasti calon di­tampilkan diterima rakyat.

Beliau menyifatkan PRN ka­li ini suatu peluang untuk rak­yat Sabah memilih kerajaan di bawah kepemimpinan baharu selepas Warisan didakwa gagal menguruskan ekonomi rak­yat dan membangunkan ne­geri itu.

“Mereka tidak menunaikan janji seperti manifesto yang di­bentang PH. Tiada ruang pekerjaan, peningkatan ekonomi pun tiada, beri kemudahan kepada rakyat pun tiada.

“Jika Barisan Nasional (BN) Plus membuat tawaran baharu di sana, saya yakin ia akan dapat dijelaskan dalam masa lima tahun. Jika kita tak dapat tunaikan, rakyat boleh menolak kita pada bila-bila masa. Cuma saya yakin tawaran ini bukan se­perti yang dilakukan dalam PH dan Warisan,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pas Sabah, Mohd. Aminuddin Aling berkata, pihaknya masih tertanya-tanya jumlah kerusi yang bakal ditandingi parti itu pada pilihan raya tersebut.

Beliau memberitahu, dalam beberapa siri PRN Sabah sebelum ini, Pas tidak pernah ke­tinggalan meletakkan calonnya bertanding.

“Semasa kerusi DUN Sabah masih 60, Pas tidak pernah tiada kerusi untuk bertan­ding. Hari ini, Sabah sudah ada 73 DUN, takkanlah tidak ada ke­rusi langsung untuk Pas bertanding?.

“Kepemimpinan Pas Sabah sudah sediakan calon dan kerusi mana yang kita mahu (bertanding). Bagaimanapun keputusannya ditentukan oleh Pas Pusat. Tunggu mereka umumkan, saya tidak boleh mendahului pucuk pimpinan,” katanya kepada akhbar ini.

Menurut beliau, senarai calon untuk bertanding di kerusi yang dikenal pasti mampu menang telah diserahkan kepada Pas Pusat untuk dibincangkan bersama parti lain dalam Muafakat Nasional (MN).

Sementara itu, Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua berkata, pihaknya kini di peringkat akhir proses pemilihan calon bagi PRN tersebut.

“Persediaan okey, kita sedang memuktamadkan calon. Semuanya positif kerana rakyat di Sabah kini dapat menerima Warisan dengan baik. Namun, biarlah Presiden yang membuat kenyataan secara jelas kepada umum nanti.

“Sesi pengagihan kerusi sedang dilakukan dan rundingan juga masih berjalan dengan baik bersama Pakatan Harapan PH dan UPKO,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Ketua Wira Warisan, Datuk Azis Jamman berkata, meskipun parti itu hanya memerintah Sabah selama dua tahun, beliau yakin rakyat percaya pada komitmen Warisan yang memperjuangkan nasib rakyat di Sabah.

“Walaupun UMNO meme­rintah Sabah selama 26 tahun, rakyat di Sabah tetap menjadi rakyat termiskin, malah UMNO juga terpalit de­ngan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), penyalahgunaan kuasa dan lain-lain..

“Kita yakin rakyat Sabah bijak dan mampu menilai rekod kita walau dua tahun memerintah. Saya percaya rakyat mampu menilai pemimpin mana yang menyandang jawatan untuk kepentingan peribadi mereka atau perjuangkan nasib penduduk Sabah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN