KUALA LUMPUR: Gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 kini dibuka setelah Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu semalam menolak permohonan semakan kehakiman oleh 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi mencabar keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 26 September ini sebagai hari pengundian PRN Sabah manakala hari penamaan calon ditetapkan 12 September dan hari mengundi awal 22 September. Setakat ini Utusan Malaysia dimaklumkan proses pengagihan…