PRU-15: Lebih mudah Bersatu masuk Muafakat Nasional - Utusan Malaysia

PRU-15: Lebih mudah Bersatu masuk Muafakat Nasional

KAMARUDDIN SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pas Melaka berpendapat adalah lebih mudah jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyertai Muafakat Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang mungkin akan diadakan pada bila-bila masa sekarang.

Pesuruhjayanya, Kamaruddin Sidek berkata, usaha membawa masuk Bersatu yang diketuai Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin memang ada, namun perbincangan lanjut terus dilakukan.

Menurutnya, langkah itu bagi memastikan asas yang dicapai di peringkat pusat iaitu hanya pertembungan satu lawan satu antara Pas, Barisan Nasional (BN) atau Bersatu dengan parti lawan dapat dicapai.

Katanya, sekiranya itu berlaku, peratusan kebarangkalian untuk seseorang calon memenangi kerusi ditandingi lebih tinggi berbanding pertandingan tiga penjuru dan selebihnya.

“Dalam Muafakat Nasional kita ada persetujuan, manakala dalam Perikatan Nasional pula hanya ada persefahaman politik atau memorandum persefahaman.

Tetapi setiap konsensus daripada Muafakat Nasional akan dibawa dalam rundingan dengan Perikatan Nasional.

“Cuma (situasi) politik masa depan kita tak tahu, kita ada usaha untuk membawa Bersatu masuk Muafakat Nasional, kalau itu berlaku ia lebih mudah tetapi jika tidak boleh (berlaku) mungkin lebih kepada persefahaman politik,” ujarnya.

Sementara itu, dalam konteks  kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pula, Kamaruddin berkata, Pas negeri ada ‘berjumpa-jumpa’ dengan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang masih bebas iaitu ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

“Pengkalan Batu dan Rembia masih sebagai kerusi bebas, kita ada setakat jumpa-jumpa dan saya tidak pasti mereka nak isytihar parti apa (jika PRU-15 diadakan kelak),” katanya.

Ketika ditanya sama ada Pas negeri menawarkan tempat kepada kedua-dua ADUN tersebut yang juga Exco kerajaan negeri, Kamaruddin berkata, Pas terbuka untuk menerima sesiapa sahaja menyertai parti itu tetapi dengan mengikut syarat-syarat tertentu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.