Peruntukan RM1.252 bilion untuk sekolah daif di Sabah - Utusan Malaysia

Peruntukan RM1.252 bilion untuk sekolah daif di Sabah

Mohd Radzi Md Jidin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM1.252 bilion peruntukan disalurkan bagi membaik pulih bangunan daif di 273 buah sekolah di Sabah dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Jumlah tersebut melebihi satu pertiga daripada jumlah keseluruhan peruntukan, iaitu sebanyak RM3.055 bilion untuk 773 buah sekolah di seluruh negara.

Ini dimaklumkan Menteri Kanan Pendidikan, Senator Dr. Radzi Jidin ketika menjawab pertanyaan Ahmad Hassan (Warisan-Papar) dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di Parlimen, semalam.

Beliau menjelaskan, dalam tempoh 2017 hingga 2019, sebanyak RM630.7 juta disalurkan bagi tujuan membaik pulih sekolah daif di Sabah manakala sejumlah RM621.2 juta lagi disalurkan
tahun ini.

Beliau turut memaklumkan kemajuan pelaksanaan projek membaik pulih sekolah daif di Sabah dengan 150 projek telah siap manakala 129 daripadanya telah dikeluarkan Sijil Penyiapan
Praktikal (CPC) atau Perakuan Pendudukan Separa (CPO).

Daripada jumlah itu, sejumlah 21 projek lagi dalam mendapatkan proses CPO, tiga projek masih lagi dalam pembinaan, 19 dalam proses perolehan dan 65 projek lagi dalam fasa prabina.

“Di samping itu, Kementerian Pendidikan juga menerima sejumlah RM410 juta peruntukan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020. Peruntukan tersebut adalah bagi kerja naik taraf, baik pulih dan selenggara kemudahan di sekolah.

“Peruntukan ini telah disalurkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Pendidikan Daerah pada April 2020. Bagi Sabah khususnya, sejumlah RM125 juta telah disalurkan untuk pelaksanaan projek ini. Peruntukan ini dijangka memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 391 sekolah di Sabah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya