Harta Jho Low bernilai RM75 juta disita - Utusan Malaysia

Harta Jho Low bernilai RM75 juta disita

jho low
JHO LOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RM75 juta lagi harta milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dan keluarganya di negara ini disita Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak hujung tahun lalu hingga awal tahun ini.
Harta tersebut membabitkan wang dalam beberapa akaun bank, unit kondominium, pejabat dan kenderaan mewah di ibu negara dan Pulau Pinang.

Kesemua aset tersebut adalah sebahagian harta disembunyikan Jho Low dalam negara menggunakan nama-nama individu yang dikatakan mempunyai kaitan dengannya dan dipercayai hasil penyelewe­ngan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya percaya semua wang dan harta dimiliki Jho Low hasil daripada wang ‘dirompak’ di Malaysia.

“Kita yakin ada banyak lagi syarikat dan akaun lain yang ditinggalkan Jho Low di negara ini dan kita akan berusaha meneliti semuanya.

“Tugas menyiasat ini banyak proses yang perlu dilalui dan memerlukan kerjasama semua pihak kerana kita perlu kenal pasti siapa mereka di belakang syarikat-syarikat tersebut,” kata beliau.

Pada 21 Mac 2019, rumah banglo milik Jho Low di Tanjung Bungah Park, Pulau Pinang disita Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA), Bukit Aman.

Selain itu, Jho Low dilaporkan memiliki hartanah di New York dan Amerika Syarikat (AS), selain pesawat peri­badi di Singapura serta kapal layar mewah, Equanimity.

Pendedahan berkenaan ter­bongkar selepas ahli pernia­gaan yang didakwa mempunyai hubungan istemewa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak menggugurkan tuntutannya terhadap Hotel Park Lane di New York dan membenarkan hartanah terbabit dijual kepada syarikat pelabur Mubadala yang dimiliki kerajaan Abu Dhabi.

Hotel mewah itu antara aset di AS yang dipercayai dibeli oleh Jho Low menggunakan dana 1MDB.

Pada 2013, Jho Low membeli hotel tersebut secara usaha sama dengan pemaju harta­nah Witkoff Group pada harga AS$654 juta bagi mendapatkan 85 peratus pemilikan.

Syarikat pelabur Mubadala turut membayar AS$135 juta kepada Jho Low pada akhir 2013, untuk mendapatkan kepentingan dalam hotel itu.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, lokasi Jho Low menyembunyikan diri terjawab apabila dia dikesan berada di Macau, China.

Bukan sahaja di Macau, Jho Low dan ahli keluarganya bebas bergerak ke Hong Kong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya