MICHELIN GUIDE KUALA LUMPUR & PULAU PINANG 2027 PERKENAL BINTANG BAHARU DAN PENEMUAN GASTRONOMI YANG MENARIK - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

MICHELIN GUIDE KUALA LUMPUR & PULAU PINANG 2027 PERKENAL BINTANG BAHARU DAN PENEMUAN GASTRONOMI YANG MENARIK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
  • Edisi kelima MICHELIN Guide Kuala Lumpur & Pulau Pinang menampilkan 159 premis makanan, termasuk sebuah restoran Two MICHELIN Stars, sembilan restoran One MICHELIN Star, 60 restoran penarafan Bib Gourmand dan 89 premis dalam senarai MICHELIN Selected.
  • Potager menerima One MICHELIN Star buat kali pertama, manakala Dewakan mengekalkan pengiktirafan Two MICHELIN Stars
  • Senarai pengiktirafan Bib Gourmand dan MICHELIN Selected meraikan kehadiran 16 premis baharu, mencerminkan kepelbagaian landskap kulinari Malaysia, daripada hidangan kegemaran harian tempatan hingga ke segmen sajian kontemporari.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 November 2026 /PRNewswire/ — MICHELIN Guide Kuala Lumpur & Pulau Pinang 2027 melancarkan edisi kelimanya dengan penampilan 159 premis makanan dari kedua-dua bandar raya berkenaan. Daripada restoran yang menyajikan hidangan tradisional Malaysia hinggalah masakan kontemporari serantau dan antarabangsa, pemilihan tahun ini merangkumi pelbagai pengalaman gastronomi yang dicipta berasaskan ramuan tempatan, teknik masakan serta tradisi kulinari yang boleh didapati di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

MICHELIN Guide Kuala Lumpur & Pulau Pinang 2027 perkenal bintang baharu dan penemuan gastronomi yang menarik.
MICHELIN Guide Kuala Lumpur & Pulau Pinang 2027 perkenal bintang baharu dan penemuan gastronomi yang menarik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Senarai pilihan ini merangkumi sebuah restoran Two MICHELIN Stars, sembilan restoran One MICHELIN Star, 60 premis Bib Gourmand dan 89 premis MICHELIN Selected. Potager menerima pengiktirafan One MICHELIN Star buat julung kalinya, manakala Dewakan terus mengekalkan status Two MICHELIN Stars. Di samping restoran bertaraf bintang tersebut, empat premis baharu turut merangkul pengiktirafan Bib Gourmand dan 12 lagi hadir buat pertama kalinya di dalam kategori MICHELIN Selected. Penambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan premis yang menerima pengiktirafan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang masing-masing sebanyak 80 dan 79 buah. Empat Anugerah Khas turut diberikan bagi meraikan kecemerlangan perkhidmatan di dapur, ruang makan, hidangan wain dan pembukaan restoran baharu.

Pilihan tahun ini mencerminkan pelbagai cara warisan berbilang budaya Malaysia diterjemahkan ke atas meja hidangan. Para cef menggabungkan tradisi masakan keluarga, kepakaran serantau dan ramuan tempatan sambil mengadunkan pengalaman serta teknik peribadi ke dalam setiap hidangan. Daripada hidangan kegemaran harian seperti nasi kandar dan kuetiau sup hinggalah olahan kontemporari cita rasa tempatan, senarai ini meraikan budaya kulinari yang dibentuk oleh gandingan tradisi serta perspektif segar.

"Landskap gastronomi Malaysia terserlah dengan kepelbagaian dan keistimewaan,, serta pentafsiran tersendiri para cef. Pilihan tahun ini mencerminkan keutamaan yang sentiasa diberikan kepada hidangan kegemaran tempatan, di samping restoran yang menggabungkan ramuan Malaysia, cita rasa serantau dan teknik antarabangsa. Ia mengetengahkan dunia kulinari yang dibentuk oleh gandingan warisan budaya serta perspektif unik setiap cef," kata Gwendal Poullennec, Pengarah Antarabangsa MICHELIN Guide.

Potager dinaik taraf ke One MICHELIN Star

Potager menerima MICHELIN Star pertamanya, menjadikan jumlah keseluruhan restoran One MICHELIN Star kepada sembilan.

Sembilan restoran One MICHELIN Star tersebut ialah Akar, Beta, Chim by Chef Noom, DC. by Darren Chin, Molina, Potager dan Terra Dining di Kuala Lumpur, serta Au Jardin dan Auntie Gaik Lean’s Old School Eatery di Pulau Pinang.

Dewakan kekalkan Two MICHELIN Stars

Dewakan yang diterajui Cef Darren Teoh terus mengekalkan penarafan Two MICHELIN Stars dan mengukuhkan kedudukannya antara destinasi santapan mewah terkemuka di Malaysia. Dikenali menerusi penggunaan ramuan asli tempatan serta tafsiran kreatif terhadap cita rasa Malaysia, restoran ini kekal sebagai lambang keunggulan dalam landskap gastronomi negara.

Anugerah Khas MICHELIN Guide meraikan kecemerlangan individu

MICHELIN Guide Kuala Lumpur & Pulau Pinang 2027 turut memperkenalkan empat Anugerah Khas bagi mengiktiraf individu yang memainkan peranan penting dalam memperkayakan pengalaman menjamu selera, bermula dari dapur hingga ke ruang makan, perkhidmatan hidangan wain serta pengenalan konsep restoran baharu.

The MICHELIN Young Chef Award

Anugerah ini diberikan kepada Aidan Low daripada restoran One MICHELIN Star, Akar. Dilahirkan pada tahun 1992, cef merangkap pemilik restoran tersebut menggabungkan teknik klasik Perancis dengan ketelitian kulinari Jepun serta minat yang mendalam terhadap ramuan tempatan. Dengan memanfaatkan hasil bumi asli, produk fermentasi buatan sendiri dan cita rasa serantau, beliau mewakili generasi baharu yang berani dalam landskap gastronomi Malaysia.

The MICHELIN Service Award

Anugerah ini diberikan kepada En. Nazahar daripada restoran One MICHELIN Star, Potager, yang menyelia perkhidmatan premis itu sejak hari pembukaannya. Dengan pengalaman hampir sedekad dalam industri hospitaliti, beliau disenangi ramai menerusi perwatakan yang mesra dan pengetahuan mendalam terhadap ramuan serta konsep restoran. Perkhidmatannya yang teliti dan perkongsian cerita di sebalik setiap hidangan turut menyuntik nilai tambahan kepada pengalaman menjamu selera di restoran tersebut.

The MICHELIN Sommelier Award

Anugerah ini diberikan kepada Joyin Goh daripada restoran MICHELIN Selected, Tangram. Anak jati Johor dan graduan program hospitaliti Universiti Sunway ini mempunyai pengalaman praktikal selama empat tahun dalam bidang perkhidmatan, selain bertanggung jawab menyusun senarai hampir 100 jenis wain di restoran tersebut. Pilihannya merangkumi kilang wain butik yang kurang dikenali, di samping penawaran padanan wain yang fleksibel untuk pengalaman menikmati wain yang lebih mesra pelanggan dengan nilai terbaik pada harga yang berpatutan.

The MICHELIN Opening of the Year Award

Anugerah ini diberikan kepada Root House by Gēn yang tersenarai dalam kategori MICHELIN Selected. Konsep restoran cetusan idea Cef Johnson Wong dibuka pada Julai 2026 di hotel bersejarah 1926 Heritage Hotel di George Town. Restoran tersebut meneroka evolusi masakan Cina Malaysia menerusi tradisi Hokkien, Teochew, Hakka, Kantonis dan Hainan. Hidangan kontemporarinya diinspirasikan oleh pertukaran budaya serta memori kulinari yang mengabungkan ciri-ciri tradisi tersebut mengikut corak perkembangannya di Malaysia.

Meraikan Penemuan Baharu dalam Kategori Bib Gourmand dan MICHELIN Selected

Bagi kategori Bib Gourmand yang mengetengahkan hidangan berkualiti pada harga berpatutan, sebanyak empat premis baharu telah dipilih untuk menyertai senarai tahun ini.

  • Di Kuala Lumpur, 7 Chai Ipoh Hor Fun menyajikan kuetiau dalam sup ayam dan udang yang kaya rasa manakala Minji Bak Kut Teh mengekalkan resipi warisan keluarga berusia 80 tahun bagi sup herba asli.
  • Di Pulau Pinang, Lemon Koay Teow Soup menghidangkan kuetiau bertekstur lembut dalam sup yang dimasak segar manakala restoran popular tempatan, Serabai Istimewa terkenal dengan lempeng kelapa yang dihidangkan bersama gula Melaka.

Kategori MICHELIN Selected menampilkan 89 premis tahun ini, termasuk 12 penyertaan baharu yang diiktiraf atas mutu masakan serta identiti tersendiri. Senarai baharu ini merangkumi olahan moden masakan antarabangsa hingga restoran yang berteraskan tradisi tempatan Malaysia.

Di Kuala Lumpur, senarai baharu termasuk:

  • As I Am by Chef Ton – Restoran Thai kontemporari dengan pemandangan Merdeka 118 yang menawarkan menu set sampel 12 hidangan yang berinspirasikan masakan tradisional Thai serta gaya santapan komuniti samrub.
  • Jhol – Restoran India yang meraikan cita rasa dari sembilan wilayah pesisir pantai India menerusi hidangan seperti ayam goreng Berhampur dan kari ikan mangga Alleppey.
  • Merdeka Grill – Restoran Eropah dengan pemandangan bandar raya yang indah, menawarkan hidangan seperti ravioli ketam bunga and daging Wagyu yang dipanggang menggunakan kayu cedar.
  • Tangram – Restoran kontemporari Asia yang menghidangkan masakan ala-Perancis dengan menu set hidangan sampel bermusim.
  • White N Black Kampong –Restoran santai yang menyajikan hidangan kampung untuk dikongsi termasuk udang tempatan masak sambal dan telur itik masak lemak cili api.
  • Yellow Fin Horse – Restoran Mediterranean kontemporari dengan hidangan seperti ikan jenahak panggang dan empanada kambing.

Di Pulau Pinang, senarai baharu termasuk:

  • Deens Maju (Jalan Gurdwara) – Perniagaan keluarga generasi ketiga yang terkenal dengan nasi kandar, menawarkan pelbagai pilihan nasi, kari, makanan laut, daging dan sayur-sayuran.
  • Flower Mulan – Kafe berkonsepkan kedai bunga dengan hiasan dalaman berinspirasikan budaya Peranakan, menyajikan hidangan Nyonya seperti udang masak asam.
  • Hameediyah (164A Lebuh Campbell) – Ditubuhkan pada tahun 1907, perniagaan keluarga ini terkenal dengan nasi kandar serta hidangan warisan seperti kurma kambing dan murtabak.
  • Khaosan – Restoran Thai kontemporari yang menawarkan hidangan porsi kecil dengan gabungan cita rasa klasik dan persembahan moden, termasuk taco kuagling bersama petai.
  • Root House by Gēn – Restoran masakan Cina Malaysia kontemporari yang diilhamkan oleh tradisi serantau serta evolusinya di Malaysia.
  • See Kong Ooi – Beroperasi di dalam sebuah rumah kedai warisan yang telah dipulihara, restoran ini menawarkan pelbagai hidangan Cina dan tempatan.

Senarai penuh restoran disertakan pada penghujung siaran media ini.

MICHELIN Guide Kuala Lumpur & Pulau Pinang 2027 Sekilas Pandang:

Baharu

Dinaik Taraf

JUMLAH INSTITUSI KULINARI

159

16

1

Jumlah 2 MICHELIN Stars

1

Jumlah 1 MICHELIN Star

9

1

Jumlah Bib Gourmand

60

4

Jumlah MICHELIN Selected

89

12

KUALA LUMPUR

80

8

1

Jumlah 2 MICHELIN Stars

1

Jumlah 1 MICHELIN Star

7

1

Jumlah Bib Gourmand

26

2

Jumlah MICHELIN Selected

46

6

PULAU PINANG

79

8

Jumlah 1 MICHELIN Star

2

Jumlah Bib Gourmand

34

2

Jumlah MICHELIN Selected

43

6

 

Mindful Voices

Mindful Voices merupakan platform baharu MICHELIN Guide yang menghimpunkan tokoh-tokoh inspirasi daripada pelbagai cabang industri hospitaliti. Berfungsi sebagai ruang editorial, platform ini membolehkan cef, pengusaha hotel dan pembuat wain berkongsi kisah serta amalan inovatif mereka kepada rakan industri di seluruh dunia.

Inisiatif ini lahir daripada pemerhatian langsung para pemeriksa MICHELIN Guide terhadap individu yang sedang mencorakkan semula landskap gastronomi, hospitaliti dan dunia wain serta mengubah cara industri ini beroperasi. Melalui Mindful Voices, MICHELIN Guide berhasrat memperluaskan jangkauan suara-suara ini agar dapat didengari di mana sahaja mereka berada.

Tokoh yang diketengahkan dalam Mindful Voices tahun ini ialah Darren Teoh dari Dewakan.

Dengan menggunakan ramuan tempatan, asli dan endemik, Dewakan mengurangkan kebergantungan kepada bahan import serta pelepasan karbon, di samping menyokong petani kecil, nelayan, pengumpul hasil hutan dan komuniti Orang Asli. Pendekatan ini membantu memperkukuhkan sistem makanan tempatan serta menghidupkan semula ramuan-ramuan yang semakin dilupakan seperti kulim. Selain mengamalkan teknik pengawetan dan fermentasi untuk memanjangkan tempoh penggunaan ramuan bermusim, restoran ini turut menggunakan pendekatan nose-to-tail dengan memanfaatkan bahagian sampingan dan hasil sampingan bahan mentah untuk menghasilkan hidangan baharu. Bagi ikan patin misalnya, tulangnya diasapkan untuk dijadikan stok yang digunakan dalam penyediaan sos. Pasukan Dewakan juga membangunkan menu baharu berasaskan hasil tempatan serta memperkenalkan ramuan-ramuan unik seperti Belinjau Perah dan Dabaito menerusi platform media sosial mereka.

Ketahui lebih lanjut mengenai inisiatif baharu Mindful Voices di sini.

Untuk menerima berita terkini sepanjang tahun, kunjungi laman web MICHELIN Guide, atau muat turun aplikasi percuma untuk iOS dan Android.

About Michelin:

Michelin is building a world-leading manufacturer of life-changing composites and experiences. Pioneering engineered materials for more than 130 years, Michelin is uniquely positioned to make decisive contributions to human progress and to a more sustainable world. Drawing on its deep know-how in polymer composites, Michelin is constantly innovating to manufacture high-quality tires and components for critical applications in demanding fields as varied as mobility, construction, aeronautics, low-carbon energies, and healthcare. The care placed in its products and deep customer knowledge inspire Michelin to offer the finest experiences. This spans from providing data- and AI-based connected solutions for professional fleets to recommending outstanding restaurants and hotels curated by the MICHELIN Guide. Headquartered in Clermont-Ferrand, France, Michelin is present in 175 countries and employs 129,800 people. (www.michelin.com).

THE MICHELIN GUIDE 2027
KUALA LUMPUR | PENANG

KUALA LUMPUR

Two MICHELIN Stars

Restaurant Name (ENG)

Type of Cuisine

Dewakan

Malaysian & Contemporary

One MICHELIN Star

Restaurant Name (ENG)

Type of Cuisine

Akar

Malaysian & Contemporary

Beta

Malaysian & Contemporary

Chim by Chef Noom

Thai Contemporary

DC. by Darren Chin

French Contemporary

Molina

Innovative

Potager (Promoted)

French Contemporary

Terra Dining

Malaysian & Contemporary

Bib Gourmand

Restaurant Name (ENG)

Type of Cuisine

7 Chai Ipoh Hor Fun (New)

Street Food

Ah Hei Bak Kut Teh

Malaysian

Aliyaa

Sri Lankan

Anak Baba (Brickfields)

Malaysian & Peranakan

Coast by Kayra

Indian

Congkak (Bukit Bintang)

Malaysian

De. Wan 1958 (Taman U Thant)

Malaysian

Foong Lian

Cantonese

Gulainya

Peranakan

Hai Kah Lang (Taman Cheras)

Seafood

Hing Kee Bakuteh (121 Jalan Kepong)

Malaysian

Hor Poh Cuisine

Hakkanese

Jalan Ipoh Claypot Chicken Rice

Street Food

Lai Foong Lala Noodles

Noodles

Lama

Peranakan

Leen’s

Middle Eastern

Minji Bak Kut Teh (New)

Malaysian

MTR 1924

Indian Vegetarian

Nam Heong Chicken Rice (City Centre)

Malaysian

Nasi Ayam Hainan Chee Meng (Jalan Kelang Lama)

Malaysian

Nirwana

Indian

Roti by d’Tandoor

Indian

Sao Nam

Vietnamese

Sek Yuen

Cantonese

Sin Kiew Yee Shin Kee Beef Noodles

Noodles

Wong Mei Kee

Street Food

MICHELIN-Selected

Restaurant Name (ENG)

Type of Cuisine

As I Am by Chef Ton (New)

Thai Contemporary

Atelier Binchotan

Barbecue

Bar Kar

Barbecue

Bidou

French

Bōl

Asian Contemporary

Café Café

French

Cilantro

French Contemporary

Dancing Fish

Malaysian & Indonesian

Dominic

French Contemporary

Elegant Inn

Cantonese

Entier

French Contemporary

Frangipaani

Indian

Gai by Darren Chin (Taman Tun Dr Ismail)

Thai

Hide

Innovative

Jhol (New)

Indian

Jie

Innovative

Jwala

Indian

Kayra

Indian

Kazu

Japanese

Kuki

Vegan

La Suisse

European

Li Yen

Cantonese

Limapulo

Peranakan

Malai

Thai

Marble 8

Steakhouse

Marini’s on 57

Italian

Merdeka Grill (New)

European

Nadodi

Innovative

Passage Thru India

Indian

Seed

Innovative

Shanghai Restaurant

Shanghainese

Shu

Innovative

Skillet

European Contemporary

Sushi Masa

Sushi

Sushi Ori

Sushi

Sushi Taka

Sushi

Tanglin (Bukit Damansara)

Malaysian

Tangram (New)

Asian Contemporary

Tenmasa

Tempura

Teochew Lao Er

Teochew

The Brasserie

French Contemporary

Ushi

Japanese

Vantador

Steakhouse

White N Black Kampong (New)

Malaysian

Yellow Fin Horse (New)

Mediterranean Cuisine

Yun House

Cantonese

PENANG

One MICHELIN Star

Restaurant Name (ENG)

Type of Cuisine

Au Jardin

European Contemporary

Auntie Gaik Lean’s Old School Eatery

Peranakan

Bib Gourmand

Restaurant Name (ENG)

Type of Cuisine

Awesome Char Koay Teow

Street Food

Bee Hwa Cafe

Malaysian

Bibik’s Kitchen

Peranakan

BM Cathay Pancake

Street Food

BM Yam Rice

Teochew

Bridge Street Prawn Noodle

Street Food

Communal Table by Gēn

Malaysian

Duck Blood Curry Mee

Street Food

Ghee Lian

Street Food

Green House Prawn Mee & Loh Mee (223 Jalan Burma)

Street Food

Hot Bowl White Curry Mee

Noodles

Ivy’s Nyonya Cuisine

Peranakan

Laksalicious

Malaysian

Lemon Koay Teow Soup (New)

Street Food

Lum Lai Duck Meat Koay Teow Th’ng

Street Food

Ming Qin Charcoal Duck Egg Char Koay Teow

Noodles

Moh Teng Pheow Nyonya Koay

Small eats

My Own Café

Street Food

Neighbourwood

European Contemporary

Penang Road Famous Jin Kor Char Kuey Teow

Street Food

Penang Road Famous Laksa

Noodles

Rasa Rasa

Peranakan

Ravi’s Famous Apom Manis

Street Food

Sardaarji

Indian

Serabai Istimewa (New)

Street Food

Siam Road Char Koay Teow

Street Food

Sifu

Peranakan

Sister Yao’s Char Koay Kak

Street Food

Super Star Koay Teow Soup (78 Lebuh Kimberley)

Street Food

Taman Bukit Curry Mee

Street Food

Teksen

Cantonese

Thara

Thai

Wan Dao Tou Assam Laksa

Street Food

Winn’s Cafe

Peranakan

MICHELIN-SELECTED

Restaurant Name (ENG)

Type of Cuisine

888 Hokkien Mee

Street Food

Air Itam Duck Rice

Street Food

Air Itam Sister Curry Mee

Street Food

Ali Nasi Lemak Daun Pisang

Street Food

Bali Hai Seafood Market

Seafood

Bao Teck Tea House

Dim Sum

Bee See Heong

Malaysian

Bite N Eat Dindigul Biriyani

Indian

Blacklinen

Barbecue

Blanc

European Contemporary

Ceki

Peranakan

Christoph’s

Austrian

Curios-City

Innovative

Deens Maju (Jalan Gurdwara) (New)

Malaysian

Du-An (Lebuh Pantai)

Malaysian

Fatty Loh Chicken Rice

Street Food

Feringgi Grill

European Contemporary

Firewood

Barbecue

Flower Mulan (New)

Peranakan

Fook Cheow Cafe

Noodles

Gēn

Innovative

Goh Thew Chik Hainan Chicken Rice

Street Food

Hameediyah (164A Lebuh Campbell) (New)

Malaysian

Jaloux

Italian

Jawi House

Peranakan

Jit Seng Hong Kong Roasted Duck Rice

Street Food

Kebaya Dining Room

Peranakan

Khaosan (New)

Thai Contemporary

La Vie

European Contemporary

Lucky Hole

European Contemporary

Mémoire

Innovative

Nyonya Willow

Peranakan

Penang Famous Samosa

Street Food

Peninsula House

Australian Contemporary

Pitt Street Koay Teow Soup

Noodles

Root House by Gēn (New)

Chinese Contemporary

RR Nyonya House

Peranakan

Sambal

Asian Contemporary

See Kong Ooi (New)

Peranakan

Sood by Chef Ton

Thai Contemporary

The Pinn

Small eats

Tok Tok Mee Bamboo Noodle

Noodles

WhatSaeb Boat Noodles

Thai

 

Sumber artikel: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/5088809_MS88809_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI