![]() |
elepas lebih tiga dekad, slogan "Maybe she’s born with it" diberi nafas baharu bagi meraikan kemungkinan tanpa batasan yang ada dalam diri setiap wanita.
NEW YORK, 10 November 2026 /PRNewswire/ — Maybelline New York, jenama kosmetik No. 1* dunia, hari ini memperkenalkan perubahan kekal kepada salah satu slogan paling dikenali dalam industri kecantikan. Pertama kali diperkenalkan pada tahun 1991, "Maybe she’s born with it. Maybe it’s Maybelline" kini diberikan nafas baharu untuk era baharu:
MAYBE. WE’RE BORN WITH IT.
MAYBE. IT’S MAYBELLINE.
Slogan baharu ini menandakan pengenalan The Beauty of Infinite Possibility, sebuah platform jenama global yang dilancarkan bersama Duta Jenama Global Maybelline, Miley Cyrus.
Selama lebih tiga dekad, "Maybe she’s born with it" menimbulkan persoalan mengenai kecantikan seseorang wanita. Ungkapan ‘Maybe.’ yang diberikan nafas baharu kini menjadi pernyataan tentang setiap wanita dan segala potensi yang mampu dicapainya. Penambahan satu tanda noktah mengubah persoalan menjadi pernyataan tentang kemungkinan tanpa batasan, manakala perubahan daripada "she’s" kepada "we’re" memperluas maknanya daripada seorang wanita kepada semua wanita. ‘Maybe.’ kini membawa maksud kemungkinan, dan setiap wanita dilahirkan dengan potensi tersebut. Ungkapan ini merupakan suatu undangan penuh optimisme kepada setiap wanita untuk meneroka potensi dalam diri melalui keyakinan dan kebebasan mengekspresikan diri yang boleh diinspirasikan oleh solekan.
Pada masa kini, kecantikan semakin ditakrifkan berdasarkan perasaan yang dicetuskannya, bukannya semata-mata penampilan seseorang. Menurut McKinsey, lebih separuh daripada pengguna di seluruh dunia menyatakan bahawa kecantikan bermaksud berasa yakin, berbanding kira-kira 26% yang mengaitkannya dengan penampilan menarik di mata orang lain atau usaha mengekalkan keremajaan selama mungkin.¹ Dalam satu kajian pengguna di Eropah pada 2026 pula, 79% responden menyatakan bahawa solekan bukan sekadar mengenai penampilan, malah membantu seseorang berasa yakin dan mengekspresikan diri.² Secara keseluruhannya, penemuan ini mencerminkan peranan solekan dalam membina keyakinan, menggalakkan ekspresi diri dan memberikan kebebasan kepada wanita untuk meneroka pelbagai sisi diri mereka pada setiap peringkat usia.
Bagi Maybelline, perubahan ini merupakan kesinambungan semula jadi warisan jenama tersebut. Sejak mencipta maskara moden lebih 110 tahun lalu, jenama ini terus berusaha memastikan produk solekan berprestasi tinggi dapat diakses oleh wanita di seluruh dunia. Berakar umbi di New York, sebuah bandar yang tidak pernah berhenti memperbaharui dirinya, Maybelline terus berkembang seiring dengan perubahan wanita, sambil menggalakkan mereka untuk mencuba perkara baharu, menyerlahkan keunikan diri serta bebas mengekspresikan diri. Platform baharu ini meneruskan legasi tersebut dengan meraikan solekan sebagai cara untuk wanita membina keyakinan, mengekspresikan identiti diri pada masa kini dan meneroka potensi diri pada masa hadapan.
"Di Maybelline, kami percaya bahawa solekan mampu membuka peluang kepada wanita untuk melihat diri mereka daripada perspektif baharu, mengekspresikan identiti diri dan menjadi individu yang mereka impikan," kata Sandrine Jolly, Presiden Jenama Global Maybelline. "Menerusi ‘Maybe.’, kami meneruskan legasi kami dan mengajak wanita di seluruh dunia, pada setiap peringkat kehidupan, untuk meneroka pelbagai potensi dalam diri mereka. Solekan boleh mencetuskan rasa ingin tahu dalam kehidupan seharian, mengubah persoalan ‘bagaimana jika?’ kepada ‘mengapa tidak?’, serta mencerminkan kebebasan, keyakinan dan ekspresi diri yang menjadi teras falsafah kecantikan kami."
Platform ini dilancarkan bersama artis rakaman multiplatinum dan Duta Jenama Global Maybelline, Miley Cyrus, yang perjalanan kerjayanya mencerminkan kebebasan untuk meneroka pelbagai kemungkinan tanpa terikat pada satu identiti sahaja. Selepas menyumbangkan suaranya kepada slogan ikonik Maybelline pada tahun lalu, Cyrus kini membantu memperkenalkan makna baharu slogan tersebut dengan memanfaatkan perjalanan kerjayanya yang sarat dengan pembaharuan kreatif.
Sejak mula menjadi tumpuan umum pada usia muda hingga bergelar artis seperti hari ini, Cyrus telah melalui pelbagai fasa kreatif yang berbeza, masing-masing dengan identiti muzik, gaya dan perspektif tersendiri. Solekan memainkan peranan utama dalam setiap fasa perjalanan seninya, membolehkannya meneroka pelbagai penampilan yang masing-masing menjadi cara untuk menyatakan, "Inilah diri saya sekarang." Keupayaannya menerima perubahan sambil kekal setia kepada keunikan diri menjadikan beliau pilihan yang tepat sebagai duta kempen ini.
"Bagi saya, ‘Maybe.’ membawa maksud segala peluang terbuka luas. Jati diri merupakan sesuatu yang kita miliki sejak lahir, namun kita sentiasa boleh menjadi individu yang kita impikan dengan terus berpegang teguh pada diri sendiri. Saya percaya bahawa kemungkinan tanpa batasan terbuka kepada semua orang. Jika anda mampu mengimpikannya, anda mampu merealisasikannya," kata Miley Cyrus, Duta Jenama Global Maybelline.
Dalam beberapa bulan akan datang, platform ini akan terus berkembang menerusi perkongsian kisah wanita inspirasi daripada industri muzik dan bidang lain, yang masing-masing menawarkan perspektif peribadi tentang kemungkinan, pembaharuan diri dan peranan solekan. Melalui kisah dan pengalaman peribadi mereka, wanita ini akan memperlihatkan bagaimana keyakinan dan ekspresi diri dapat membuka laluan kepada peluang baharu, sekali gus memberikan inspirasi kepada orang lain untuk meneroka potensi diri dan menjadi individu yang mereka impikan. Platform ini akan diperkenalkan di seluruh dunia mulai bulan ini menerusi inovasi produk yang menggalakkan penerokaan gaya baharu, kerjasama serta kempen yang meraikan kreativiti dan ekspresi diri.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai platform jenama baharu ini, layari www.maybelline.com/maybe-were-born-with-it.
Rujukan
1. McKinsey & Company, From aisle to algorithm: The beauty categories, channels, and concepts shaping 2030 growth (2026), yang memetik McKinsey Global Beauty Consumer Survey 2025. State of Beauty industry trends 2026 | McKinsey
2. Cosmetics Europe, European Consumer Perception Study 2026, hlm. 14. cosmeticseurope.eu/wp-content/uploads/2026/06/Consumer-Perception-Study-2026-Beauty-and-Beyond.pdf
Maklumat tentang Maybelline New York
Berakar umbi di New York, Maybelline sentiasa memperjuangkan ekspresi diri, kebolehcapaian dan kerelevanan budaya. Daripada mencipta maskara moden hingga menjadi jenama solekan No. 1 dunia*, kami telah membina kewibawaan dan kepercayaan di peringkat global dengan mentakrifkan semula standard kecantikan tradisional seiring dengan perubahan gaya hidup pengguna. Beroperasi di persimpangan budaya kosmopolitan, trend kecantikan, inovasi dan kreativiti, kami terus membuka peluang baharu dengan berani mencipta sesuatu yang belum pernah wujud.
*Sumber: Euromonitor International Limited: Beauty and Personal Care, edisi 2026, nilai jualan runcit, harga jualan runcit yang disyorkan (RSP), semua saluran peruncitan, data bagi tempoh 2011-2025.
Sumber artikel: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/5091590_MS91590_6











