![]() |
HOLLYWOOD, Fla., 10 November 2026 /PRNewswire/ — Accor dan Hard Rock International telah mengumumkan perkongsian strategik global yang meliputi kesetiaan, pengedaran dan pembangunan antarabangsa.
Setelah perjanjian berjaya dimuktamadkan, tujuan perkongsian itu dilaksanakan ialah bagi meningkatkan akses kepada manfaat untuk ahli dengan memperkukuh kedua-dua program kesetiaan–ALL Accor dan Unity by Hard Rock–termasuk penukaran mata dan pemadanan status kepada ahli sedia ada. Ennismore, akan menyediakan sokongan pembangunan dan operasi, mengukuhkan peluang pertumbuhan untuk portfolio jenama Hard Rock.
Hotel dalam portfolio jenama Hard Rock akan mempunyai pilihan untuk menyertai platform pengedaran dan kesetiaan ALL Accor yang sememangnya terkenal pada peringkat global, memperoleh akses kepada lebih 125 juta ahli ALL Accor di seluruh dunia. Accor akan menghubungkan hotel Hard Rock yang menyertai rangkaian jualan dan pengedaran globalnya, meluaskan jangkauan jenama, sementara Hard Rock terus mengendalikan saluran pemasaran dan pengedaran langsung syarikat itu sendiri.
"Hard Rock sentiasa mempercayai bahawa asa muzik, hiburan dan hospitaliti dapat menyatukan orang ramai dan perkongsian ini membawa semangat tersebut kepada lebih ramai tetamu, di lebih banyak tempat, berbanding sebelum ini," kata Jim Allen, Ketua Pegawai Eksekutif Hard Rock International. "Bersama Accor dan Ennismore, kami membuka lembaran baharu untuk jenama kami, yang akan memperkenalkan Hard Rock ke destinasi baharu yang menarik di seluruh dunia dan memberikan akses yang diperluas kepada ahli Unity by Hard Rock, manfaat bersama dan cara baharu yang tidak dapat dilupakan untuk merasai pengalaman resort kami."
Sébastien Bazin, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Accor, berkata: "Kami amat berbangga dan teruja dapat bekerjasama dengan Hard Rock, satu daripada jenama hospitaliti dan hiburan yang paling ikonik dan diiktiraf pada peringkat global. Bersama warisan yang luar biasa, identiti yang kuat dan keupayaan yang unik bertujuan menghubungkan muzik, hiburan dan hospitaliti, Hard Rock akan membawa dunia pengalaman baharu yang menarik kepada tetamu kami, sambil membuka peluang luar biasa untuk berhubung dengan khalayak baharu pada peringkat global. Perkongsian penting ini menunjukkan bukti keampuhan kekuatan, skala dan jangkauan global ALL Accor, platform unik kami yang menghubungkan lebih daripada 125 juta ahli merentasi 110 negara dengan jenama dan pengalaman yang luar biasa. Digabungkan dengan kepakaran Ennismore yang tiada tandingannya dalam mengendalikan jenama dan pengalaman gaya hidup yang berkaitan dengan budaya, kami mempunyai peluang yang luar biasa untuk mempercepat pengembangan global Hard Rock Hotels dan membuka nilai yang besar bagi semua pihak berkepentingan kami. Bersama-sama, kami membawa kuasa dua platform yang luar biasa untuk membina sesuatu yang benar-benar tersendiri dan memperkukuh kepimpinan kami dalam bidang hospitaliti gaya hidup di seluruh dunia."
Sumber artikel: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/5092678_MS92678_6











