![]() |
Itali, Belanda, Switzerland, Portugal dan Sepanyol dinamakan sebagai rakan kongsi Years of Culture pada masa hadapan
DOHA, Qatar, 24 Oktober 2026 /PRNewswire/ — Inisiatif Years of Culture hari ini mengumumkan rakan kongsi kebudayaan Qatar hingga tahun 2030. Susulan kerjasama dengan Mesir dan Greece bagi 2027 yang diumumkan sebelum ini, Years of Culture yang akan datang akan diraikan bersama Itali (2028), Belanda dan Switzerland (2029), serta Portugal dan Sepanyol (2030).
Yang Amat Mulia Sheikha Al Mayassa bint Hamad bin Khalifa Al Thani, Pengerusi Years of Culture, berkata, "Kini setelah melengkapkan edisi ke-15, Years of Culture terus memperluas ikatan persahabatan antara Qatar dengan negara-negara di seluruh dunia melalui pertukaran budaya yang bermakna, sambil menyokong industri kreatif serta pembangunan sosial dan ekonomi negara kami. Berlandaskan asas kerjasama berimpak yang telah kami bina, kami menantikan lembaran baharu yang membawa Qatar berdialog dengan negara-negara di seluruh Mediterranean dan Eropah, yang dihubungkan oleh sejarah pertukaran, kreativiti dan diplomasi."
Dilancarkan pada tahun2012, Years of Culture membina pemahaman yang lebih mendalam dan hubungan berkekalan antara Qatar dengan negara lain melalui seni, warisan, makanan, muzik, sukan, pendidikan dan hubungan ekonomi. Inisiatif ini mencerminkan kepercayaan Qatar bahawa kerjasama kebudayaan menyokong dialog, memperkukuh hubungan antarabangsa dan memupuk rasa hormat merentasi sempadan.
Berlandaskan model dua rakan kongsi yang digunakan sejak dua tahun lalu — Argentina dan Chile (2025), serta Kanada dan Mexico (2026) — kerjasama dengan Mesir dan Greece pada tahun 2027 akan meneroka hubungan Qatar dengan dua negara yang warisan budayanya terus mempengaruhi senario kreatif kontemporari yang dinamik. Program ini akan mewujudkan peluang baharu untuk pertukaran dalam bidang kesusasteraan, seni, reka bentuk, muzik, warisan dan bidang kreatif lain, bermula dengan penyertaan Qatar sebagai Tetamu Kehormat di Cairo International Book Fair 2027 pada Januari 2027.
Pada tahun 2028, kerjasama antara Qatar dan Itali akan berlandaskan hubungan budaya yang telah lama terjalin dalam bidang arkeologi, fesyen, reka bentuk dan pemeliharaan warisan. Tahun kerjasama tersebut akan bertepatan dengan pembukaan pavilion nasional kekal Qatar di Giardini della Biennale yang bersejarah di Venice, hasil reka bentuk arkitek Lina Ghotmeh — pavilion kekal baharu pertama di Giardini dalam tempoh 30 tahun dan hanya yang ketiga dalam tempoh 50 tahun.
Tahun 2029 akan menyaksikan kerjasama dengan Belanda dan Switzerland, dua negara yang terkenal dengan kepimpinan global dalam inovasi, diplomasi, reka bentuk, kemanusiaan dan kemampanan.
Pada tahun 2030, Years of Culture akan bekerjasama dengan Portugal dan Sepanyol, meneruskan tradisinya dalam pertukaran budaya dengan negara tuan rumah FIFA World Cup.
Sepanjang setiap Years of Culture, Qatar bekerjasama rapat dengan institusi kebudayaan, kedutaan, artis dan pendidik untuk mempersembahkan kalendar pelbagai acara yang merangkumi pameran, festival, pameran perdagangan, program residensi, pertukaran akademik dan acara awam di Qatar serta negara rakan kongsinya. Program lazimnya bermula menjelang tahun rasmi dan berterusan jauh selepasnya, sekali gus mewujudkan kerjasama institusi yang berkekalan, rangkaian profesional dan hubungan antara masyarakat.
Untuk maklumat lanjut, layari www.yearsofculture.qa atau ikuti @yearsofculture di media sosial.
CARI KAMI DALAM TALIAN:
Years of Culture
Laman web: yearsofculture.qa
X: @YearsofCulture | Instagram: @YearsofCulture | Facebook: @YearsofCulture
Hubungan Akhbar
Anya Kotova
[email protected]
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/5079795_MS79795_6











