Xinhua Silk Road: Festival Bir Antarabangsa Bermula di Dunia Ais dan Salji Harbin, Timur Laut China - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Xinhua Silk Road: Festival Bir Antarabangsa Bermula di Dunia Ais dan Salji Harbin, Timur Laut China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING, 8 Julai 2026 /PRNewswire/ — Ketika Festival Bir Antarabangsa Harbin Ke-24 dibuka baru-baru ini di Harbin Ice-Snow World, "bandar ais" di timur laut China itu menyambut pengunjung bukan sahaja dengan sajian yang menyelerakan, malah juga pengalaman perayaan yang menyeronokkan, lapor Harbin Daily.

Photo shows a scene of the 24th Harbin International Beer Festival. (Photo by Liu Yang)
Photo shows a scene of the 24th Harbin International Beer Festival. (Photo by Liu Yang)

Bagi bandar yang merupakan ibu negeri Wilayah Heilongjiang itu, acara yang telah diadakan selama 24 tahun berturut-turut berkenaan merupakan komponen teras kempen pelancongan kebudayaan bertemakan "musim panas yang mempesonakan di Harbin".

Didedikasikan untuk mempamerkan landskap bandar, merangsang penggunaan pada musim panas dan memperdalam pertukaran budaya antara masyarakat China dan rakan-rakan dari luar negara, festival tahun ini menampilkan lapan zon berfungsi bagi memenuhi keperluan pengunjung daripada semua peringkat umur.

Secara khusus, lapan zon itu merangkumi zon minuman dan sajian, persembahan, produk kreatif kebudayaan, lawatan malam berkonsepkan gaya China, aktiviti ais dan salji, perkhemahan, pertandingan dan hiburan.

Berbanding penganjuran terdahulu, Festival Bir Antarabangsa Harbin tahun ini yang akan berlangsung sehingga penghujung Ogos menawarkan kawasan acara yang lebih luas dan pengalaman yang lebih menarik.

Sebagai contoh, sebanyak lima reruai bir, 11 taman bir serta ruang pertukaran budaya bir yang ditempatkan di beberapa lokasi diperkenalkan tahun ini bagi menawarkan pengalaman budaya bir yang bergaya kepada penduduk dan pengunjung.

Selain itu, pesta tanglung tradisional China, bazar produk kreatif kebudayaan tempatan, perarakan kereta berhias bunga, aktiviti interaktif, tapak perkhemahan, padang sukan dan zon hiburan haiwan peliharaan comel turut disediakan untuk orang ramai menikmati keseronokan musim panas di Harbin.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/351246.html

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/5000223_MS00223_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI