Mitrade Jalin Kerjasama dengan Bloomberg.com ketika Pedagang Asia Berdepan Garis Pemisah yang Semakin Kabur antara Pandangan Diyakini & Pengaruh Dalam Talian - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Mitrade Jalin Kerjasama dengan Bloomberg.com ketika Pedagang Asia Berdepan Garis Pemisah yang Semakin Kabur antara Pandangan Diyakini & Pengaruh Dalam Talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Julai 2026 /PRNewswire/ — Broker CFD global yang memenangi anugerah, Mitrade hari ini mengumumkan jalinan kerjasama dengan Bloomberg.com ketika landskap maklumat kewangan menyaksikan laporan institusi, ulasan sosial dan naratif yang saling bersaing daripada pempengaruh kewangan (finfluencer) berlumba-lumba untuk menarik perhatian pedagang.

Di seluruh Asia, pengaruh dalam talian boleh mendapat momentum yang lebih pantas berbanding maklumat yang dapat disahkan. Greenwich Associates mendapati bahawa pelabur di rantau ini secara konsisten lebih banyak menggunakan semua bentuk sumber sosial berbanding pihak pelabur yang setara di Amerika Utara dan Eropah — satu corak tingkah laku yang meningkatkan kepentingan untuk membezakan antara jangkauan dan kebolehpercayaan.

Perbezaan itulah yang menjadi asas kepada kerjasama ini. Ketika pasaran kewangan semakin dipengaruhi oleh maklumat daripada pelbagai sumber, Mitrade mengiktiraf kepentingan laporan perniagaan dan kewangan yang berwibawa bagi membantu peserta pasaran memahami sesuatu perkembangan mengikut konteksnya.

"Kami melihat di seluruh Asia bahawa keupayaan membezakan laporan berwibawa daripada pengaruh dalam talian telah menjadi asas kepada celik kewangan," kata Kevin Lai, naib presiden Mitrade Group. "Di Mitrade, kami percaya tiada perkembangan kewangan yang berlaku secara terasing. Memahami konteks yang lebih luas membantu menghubungkan perkaitan antara sesuatu peristiwa dengan implikasinya terhadap pasaran secara lebih meluas. Kami memulakan kerjasama ini di Australia menerusi inisiatif langganan awal Bloomberg.com, dan kehadiran global kami memberi kami ruang untuk meneroka potensinya secara lebih meluas dari semasa ke semasa."

Pengumuman itu menandakan satu lagi langkah dalam perkembangan Mitrade sebagai sebuah jenama teknologi kewangan (fintech). Broker tersebut telah menerima 65 anugerah industri, termasuk pengiktirafan terkini bagi piawaian kawal selia, pendidikan pedagang dan pembrokeran CFD—pengiktirafan yang memperkukuh piawaian yang menjadi asas kepada pertumbuhannya.

Latar Belakang Mitrade Group

Mitrade ialah platform perdagangan CFD yang diiktiraf di peringkat global dan memenangi anugerah serta dilesenkan di bawah CIMA Kepulauan Cayman (SIB1612446), FSC Mauritius (GB20025791), ASIC Australia (AFSL398528), FSCA Afrika Selatan (FSP 54842), CMA UAE (20200000397) dan CySEC Cyprus (CIF438/23).

Kumpulan ini mendemokrasikan akses pasaran dengan menghubungkan lebih 7 juta pedagang kepada lebih 1,000 derivatif OTC, termasuk indeks, tukaran mata wang asing (forex), komoditi, ETF dan saham.

Platform ini menawarkan pelaksanaan dalam tempoh milisaat, spread yang kecil, mitigasi risiko termaju serta keserasian berbilang peranti, sekali gus memastikan pengalaman perdagangan intuitif yang disesuaikan dengan keperluan setiap pedagang.

Perdagangan melibatkan risiko. Artikel ini hanya untuk tujuan maklumat sahaja dan bukan nasihat kewangan, tawaran atau pelawaan.

Layari https://www.mitrade.com untuk maklumat lanjut.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/5013527_MS13527_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI