Kini Masa untuk Anda: Huawei Buka Peluang Baharu untuk Setiap Detik Menerusi Inovasi Semua Senario - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Kini Masa untuk Anda: Huawei Buka Peluang Baharu untuk Setiap Detik Menerusi Inovasi Semua Senario

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Siri HUAWEI Pura 90s Menjadi Tumpuan Barisan Produk yang Direka untuk Ekspresi, Gaya dan Kreativiti

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Julai 2026 /PRNewswire/ — Pada 14 Julai 2026, Huawei mengadakan Acara Pelancaran Global Produk Utama di Kuala Lumpur, Malaysia, yang menyaksikan pelancaran rasmi HUAWEI Pura 90s Series, HUAWEI FreeClip 2 S dan HUAWEI MatePad Air. Diterajui oleh HUAWEI Pura 90s Series bersama teknologi pengimejan yang dipertingkat, peranti-peranti baharu ini memperluas pengalaman semua senario pengguna dengan lancar, sekali gus membolehkan mereka merakam, mengekspresikan dan mencipta dengan lebih mudah dalam kehidupan seharian.

HUAWEI Pura90s Series, Now is Your Moment
HUAWEI Pura90s Series, Now is Your Moment

Pengimejan Termaju, Direka untuk Ekspresi, Merakam Setiap Detik Bermakna

Sebagai sorotan utama pelancaran itu, HUAWEI Pura 90s Series menawarkan keupayaan pengimejan istimewa yang memperkasa ekspresi pengguna. Berpandukan falsafah reka bentuk Rhythm of Colour, siri ini menggabungkan garisan reka bentuk yang kemas dengan palet warna berlapis bagi mewujudkan identiti visual yang tersendiri dan harmoni, manakala Dual-Tone Gradient Mid-Frame[1] menyerlahkan lagi nilai estetikanya. HUAWEI Pura 90s Series turut memperkenalkan peningkatan menyeluruh dalam aspek pengimejan. Dilengkapi Kamera Telefoto Sensor Ultra Besar 200MP[2], True-to-Colour Camera 2.0 dan pelbagai teknologi pengimejan termaju dalam industri, ia menghasilkan imej yang jelas, stabil dan konsisten untuk rakaman jarak jauh, makro dan dalam keadaan pencahayaan yang mencabar. Dipertingkat dengan komposisi dan pengoptimuman imej berkuasa AI, pengguna boleh beralih dengan lebih cekap daripada proses merakam kepada penyuntingan, sekali gus menghasilkan imej yang lebih ekspresif dan berkualiti tinggi.

Estetika Bercahaya, Direka untuk Gaya, Mengimbangi Fesyen dan Keselesaan

Direka untuk gaya peribadi dan kegunaan harian, HUAWEI FreeClip 2 S memperkenalkan falsafah reka bentuk Luminous Aesthetics Huawei yang menggabungkan kilauan metalik dengan tona organik dalam dua pilihan warna baharu, iaitu Deepsea Blue (biru laut dalam) dan Space Silver (perak angkasa raya), bagi menyokong ekspresi gaya individu. Luminous Charging Case yang serba baharu, dihasilkan melalui lebih 100 proses pembuatan berketepatan tinggi, menampilkan reka bentuk bulat yang lebih elegan sambil meningkatkan ruang dalaman yang boleh digunakan sebanyak 20%[3], sekali gus menyediakan ruang untuk fon telinga dan aksesori kecil. Melengkapkan reka bentuk itu, Airy C-bridge yang dipertingkat menggabungkan silikon cecair mesra kulit dengan proses semburan tekstur bercahaya bagi menghasilkan kemasan metalik yang unik. Diperhalusi menerusi 22 proses campuran dan semburan cat, ia mengimbangi keanggunan visual dengan keselesaan pemakaian sepanjang hari. Digabungkan dengan pengalaman pendengaran telinga terbuka Huawei, HUAWEI FreeClip 2 S menawarkan prestasi pendengaran dan panggilan yang jelas untuk kegunaan harian.

HUAWEI MatePad Air, Fresh Air, Your Spark
HUAWEI MatePad Air, Fresh Air, Your Spark

Reka Bentuk Ringan, Direka untuk Inspirasi dan Produktiviti

Direka untuk inspirasi dan produktiviti, HUAWEI MatePad Air menampilkan profil setebal hanya 5.3 mm[4] sambil menawarkan prestasi yang utama. Dilengkapi Ultra-clear OLED PaperMatte Display, tablet ini menghasilkan visual yang terang dan ketajaman imej yang luar biasa, sekali gus membolehkan pengguna berkarya dengan lebih mudah.

Mengekalkan reka bentuk yang anggun dan ringan, peranti ini menawarkan penghasilan semula warna yang tepat serta kejelasan visual yang tinggi, sekali gus memberikan pengalaman tontonan yang imersif untuk pelbagai senario termasuk kerja, pembelajaran, penciptaan kandungan dan hiburan.

Dengan produktiviti bertaraf PC yang berkuasa serta set alat AI bersepadu, HUAWEI MatePad Air membantu pengguna bekerja dengan lebih cekap, menukar idea kepada kandungan dan menghasilkan penyelesaian yang lengkap dengan mudah. Gabungan keupayaan ini membolehkan aliran kerja kreatif yang lancar sambil membawa produktiviti bertaraf PC ke dalam peranti yang ringan dan mudah dibawa.

Secara keseluruhannya, HUAWEI Pura 90s Series, HUAWEI FreeClip 2 S dan HUAWEI MatePad Air memperlihatkan kekuatan ekosistem semua senario Huawei. Daripada merakam detik bermakna dan mengekspresikan gaya peribadi hinggalah menyokong kreativiti, ketiga-tiga produk ini menawarkan pengalaman pengguna yang lebih saling berhubung dan menyeluruh dalam pelbagai situasi harian.

Melangkah ke hadapan, Huawei akan terus memperkembangkan ekosistemnya bagi memenuhi pelbagai keperluan pengguna, sekali gus menyampaikan pengalaman digital yang lebih pintar, saling berhubung dan cekap.

[1] Hanya tersedia untuk model Orange Ocean.
[2] Mod resolusi tinggi 200MP hanya tersedia pada jarak fokus 4x dan memerlukan kemas kini HOTA. Nisbah zum optikal adalah anggaran.
[3] Data berdasarkan perbandingan dengan HUAWEI FreeClip 2 dan diperoleh daripada ujian makmal Huawei.
[4] Data diperoleh daripada makmal Huawei. Berat dan ketebalan sebenar mungkin berbeza bergantung pada konfigurasi produk, proses pembuatan dan kaedah pengukuran.

 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/5000292_MS00292_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI