![]() |
Reruai imersif membawa pemesinan secara langsung, pakar perindustrian, inovasi pemotongan logam dan motosikal tersuai yang dibina bersama di bawah satu bumbung
PITTSBURGH, 20 Julai 2026 /PRNewswire/ — Kennametal Inc. (NYSE: KMT) pada hari ini mengumumkan bakal menghidupkan ekosistem pembuatan moden di IMTS 2026 dengan Next Level Shop, pengalaman imersif yang menampilkan kehadiran duta jenama WIDIA, Carey Hart, pembinaan motosikal tersuai secara langsung dan teknologi pemesinan, serta pembuatan digital terkini yang direka bentuk untuk membantu pengilang menambah baik produktiviti.
Susulan kejayaan pengalaman Metal Mania dua tahun lalu, Next Level Shop mencipta semula tenaga dan kerjasama bengkel mesin moden hari ini, menghimpunkan perkakasan, perisian, pembina alat mesin dan pakar pembuatan untuk menyelesaikan cabaran pengeluaran dunia sebenar. Sepanjang minggu ini, pengunjung boleh meneroka teknologi pemesinan terkini, melibatkan diri secara langsung dengan jurutera dan rakan kongsi, serta alami sejauh mana penyelesaian pembuatan terhubung memacu prestasi yang lebih baik di lantai bengkel.
"Setiap perkara yang kami lakukan di IMTS pada tahun ini direka bentuk untuk pelanggan kami," kata Dave Bersaglini, Naib Presiden & Presiden Pemotongan Logam Kennametal. "Pengilang berusaha mencari lebih daripada sekadar perkakasan yang hebat – pengilang berkenaan mencari penyelesaian bersepadu yang membantu menjalankan kerja pemesinan dengan lebih pintar, menyelesaikan cabaran yang kompleks dan memacu produktiviti. Next Level Shop menyatukan teknologi, perkongsian dan perbualan berkenaan di satu tempat."
Tumpuan utama pengalaman ini ialah pengubahsuaian langsung motosikal Indian Sport Chief. Dalam penampilan awam pertamanya sebagai duta jenama WIDIA, legenda sukan permotoran dan pengasas Hart Luck Parts & Gear, Carey Hart akan menyertai Satya Kraus, Ketua Pegawai Eksekutif dan jurutera kreatif KRAUS MOTO, untuk menghasilkan komponen motosikal tersuai sepanjang minggu pada mesin CNC 5 paksi menggunakan perkakasan Kennametal dan WIDIA. Pengecat motosikal dan automotif terkemuka, Taylor Schultz dari Schultz Designz akan menyiapkan pembinaan dengan skim cat tersuai. Motosikal tersuai yang telah siap akan menjadi tumpuan utama hadiah eksklusif Kennametal, dengan seorang peserta IMTS membawa pulang pembinaan yang siap dan unik.
Selain pembinaan motosikal, pengunjung ke Next Level Shop akan disajikan dengan demonstrasi pemesinan langsung secara berterusan yang dipimpin oleh pakar, pelanggan dan rakan kongsi Kennametal, mengetengahkan penyelesaian yang membantu pengilang menambah baik produktiviti, prestasi dan ketepatan merentasi pelbagai aplikasi dan industri.
Pengunjung juga akan menemui inovasi perkakasan terkini Kennametal merentasi bidang pengisaran, pembuatan lubang, pelarikan dan pemesinan Swiss, keupayaan pembuatan tambahan lanjutan, komponen pemesinan berskala besar dan ekosistem pembuatan digital yang berkembang, serta menampilkan penyepaduan CAM, data perkakasan dan perkongsian perisian yang menyelaraskan pengaturcaraan, menambah baik produktiviti dan mengoptimumkan prestasi pemesinan.
Direka bentuk dengan kerjasama EWI Worldwide, Next Level Shop mengembangkan semangat interaktif Metal Mania sambil memperkenalkan kolaborasi, demonstrasi dan pengalaman baharu sepanjang minggu.
"Kennametal mencabar kami mencipta sesuatu yang tidak kelihatan seperti reruai pameran perdagangan dan lebih seperti melangkah masuk ke ruang lantai bengkel masa depan," kata Don Kuhn, Eksekutif Akaun di EWI Worldwide. "Setiap perincian Next Level Shop direka bentuk untuk menggalakkan penerokaan, mencetuskan perbualan dan menunjukkan sejauh mana inovasi direalisasikan apabila teknologi, ketukangan dan kerjasama bersatu."
Pengunjung ke Next Level Shop boleh:
- Tonton demonstrasi pemesinan secara langsung sepanjang minggu.
- Temui Carey Hart, Satya Kraus, Taylor Schultz dan pasukan pakar pemesinan Kennametal.
- Terokai inovasi perkakasan Kennametal dan WIDIA yang terkini.
- Alami teknologi pembuatan digital dan penyepaduan perisian.
- Berhubung dengan pakar yang berkhidmat dalam bidang aeroangkasa dan pertahanan, perubatan, pengangkutan, penjanaan kuasa, pemesinan Swiss dan banyak lagi.
- Sertai untuk peluang memenangi motosikal Indian Sport Chief buatan khas.
Next Level Shop Kennametal akan berada di Reruai No. 431800 di West Building, Aras 3, semasa IMTS 2026, 14-19 September, di McCormick Place di Chicago.
Untuk jadual lengkap demonstrasi pemesinan secara langsung, penampilan rakan kongsi dan aktiviti reruai, sila kunjungi kennametal.com/imts2026
Maklumat Tentang Kennametal
Bersama pengalaman lebih 85 tahun sebagai peneraju teknologi perindustrian, Kennametal Inc. menyampaikan produktiviti kepada pelanggan melalui sains bahan, perkakasan dan penyelesaian tahan haus. Pelanggan merentasi sektor aeroangkasa dan pertahanan, kerja tanah, tenaga, kejuruteraan am dan pengangkutan bergantung pada Kennametal untuk membantu masing-masing melaksanakan pembuatan dengan ketepatan dan kecekapan. Setiap hari kira-kira 8,100 pekerja membantu pelanggan di hampir 100 negara kekal berdaya saing. Kennametal menjana hasil sebanyak $2 bilion pada tahun fiskal 2025. Ketahui lebih lanjut di kennametal.com. Ikuti @Kennametal: Instagram, Facebook, LinkedIn dan YouTube.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/5007515_MS07515_6









