Flytxt Bekerjasama dengan Digicel Trinidad & Tobago untuk mengubah Keterlibatan Pelanggan Diterajui AI - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Flytxt Bekerjasama dengan Digicel Trinidad & Tobago untuk mengubah Keterlibatan Pelanggan Diterajui AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU (UAE), 8 Julai 2026 /PRNewswire/ — Flytxt, syarikat Pengoptimuman Pasaran Perusahaan dikuasakan AI, pada hari ini mengumumkan keterlibatan dengan Digicel Trinidad & Tobago (T&T), anak syarikat utama Digicel Group, penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan digital terkemuka yang memberikan perkhidmatan kepada jutaan pengguna merentasi 25 pasaran di Caribbean dan Amerika Tengah.

Keterlibatan berkenaan memperluas hubungan strategik Flytxt dengan Digicel Group, susulan kejayaan penempatan penyelesaian dikuasakan AI di syarikat Kumpulan lain, iaitu Wizze. Pada peringkat global, Flytxt bekerjasama dengan lebih daripada 75 syarikat telekomunikasi, membantu kesemuanya mengoptimumkan keterlibatan pelanggan dan pengalaman digital untuk lebih satu bilion pengguna mudah alih.

Flytxt telah berjaya menyempurnakan pelancaran awal platform NEON-dX natif awan, menyediakan asas untuk keupayaan Pengurusan Nilai Pelanggan (CVM) yang lebih pintar dan sentiasa tersedia di seluruh perniagaan prabayar dan pascabayar Digicel Trinidad & Tobago. Platform berkenaan menggabungkan AI terbina dalam dan automasi untuk membolehkan pensegmenan pelanggan yang lebih mendalam, penyasaran yang tepat, hiper pemperibadian dan pembuatan keputusan masa nyata merentasi kes penggunaan utama termasuk pemasaran kitaran hayat, peningkatan jualan premium, penjualan silang dan pengekalan.

Dr. Vinod Vasudevan, Ketua Pegawai Eksekutif Flytxt, berkata, "Perusahaan yang beroperasi dalam pasaran bervolum tinggi dan berdaya saing tinggi seperti telekom semakin mengharapkan AI membantu perusahaan berkenaan terus mengoptimumkan pengalaman pelanggan dan pertumbuhan perniagaan. Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Digicel Trinidad & Tobago kerana syarikat tersebut memulakan perjalanan keterlibatan pelanggan yang mengutamakan digital dan diterajui AI, mengubah isyarat pelanggan dan pasaran kepada keputusan pintar dan tindakan pemasaran yang tepat pada masanya, serta memaksimumkan nilai seumur hidup pelanggan."

Penyelesaian Flytxt akan membantu Digicel Trinidad & Tobago beralih daripada operasi kempen yang berpecah-belah dan manual ke arah model keterlibatan yang sangat terpusat, berskala besar dan berteraskan cerapan. Dengan menyatukan kecerdasan pelanggan, pembuatan keputusan yang dipacu AI dan automasi kempen Saluran Omni, Flytxt akan membantu menambah baik ketangkasan, kecekapan operasi dan impak merentasi aliran kerja Pengurusan Nilai Pelanggan (CVM).

Penempatan ini juga akan mengukuhkan keterlibatan pelanggan saluran Omni Digicel T&T yang sentiasa tersedia merentasi titik sentuh digital. Pasukan pemasaran akan dapat memberikan respons dengan lebih pantas kepada keperluan pelanggan dan peralihan tingkah laku dengan tawaran yang diperibadikan dan tindakan pemasaran mengikut konteks.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian AI dan automasi dipacu hasil Flytxt, sila kunjungi www.flytxt.ai.

Maklumat Tentang Flytxt

Flytxt adalah perintis dalam menyampaikan AI Agentik yang teguh untuk perusahaan, memacu kecekapan pasaran dan hasil perniagaan yang boleh diukur. AI yang berjaya memenangi anugerah ini dibina berdasarkan asas pengetahuan yang diperkukuh domain dan seni bina pembelajaran bersekutu yang memelihara privasi, membolehkan pembelajaran merentasi pasaran secara berterusan dengan pemahaman mengikut konteks yang mendalam tentang dinamik pasaran. Melangkaui hubung kait dan LLM, AI Agentik Flytxt mengguna pakai teknik penaakulan sebab dan akibat yang dipatenkan untuk membuat keputusan, mensimulasikan dan merancang tindakan merentasi aliran kerja perusahaan, menambah baik hasil secara tekal seperti pertumbuhan hasil, keterlibatan pelanggan dan keuntungan produk. Beribu pejabat di Belanda, Flytxt bekerjasama dengan lebih 80 perusahaan merentasi 50+ negara. Syarikat ini mempunyai pejabat korporat di Dubai, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan AI di India, serta kehadiran jualan di Mexico, Colombia, Perancis, Afrika Selatan, Jerman dan Kenya.

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/3004504/Flytxt_ai_Logo.jpg

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4998306_MS98306_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI