Bank of America Melaporkan Pencapaian Kewangan Suku Tahun Kedua 2026 - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Bank of America Melaporkan Pencapaian Kewangan Suku Tahun Kedua 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHARLOTTE, N.C., 14 Julai 2026 /PRNewswire/ — Bank of America melaporkan pencapaian kewangan suku tahun kedua 2026 pada hari ini. Siaran berita, pemfailan tambahan dan pembentangan pelabur boleh diakses di laman web Perhubungan Pelabur Bank of America di https://investor.bankofamerica.com/quarterly-earnings.

Borang 8-K yang mengandungi pencapaian kewangan Bank of America juga boleh didapati di laman web Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Saham Amerika Syarikat di https://www.sec.gov.

Maklumat Panggilan Persidangan Pelabur

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Brian Moynihan, serta Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan, Alastair Borthwick, akan membincangkan keputusan kewangan dalam panggilan persidangan pelabur pada jam 8:30 pagi Waktu Timur (ET) hari ini. Untuk sambungan dengar sahaja panggilan persidangan ini, sila dail 1.877.200.4456 (Amerika Syarikat) atau 1.785.424.1732 (antarabangsa) dan ID persidangan ialah 79795. Sila dail masuk 10 minit sebelum panggilan bermula.

Pelabur boleh mendengar audio panggilan persidangan secara langsung dan melihat slaid pembentangan dengan mengunjungi bahagian "Acara dan Pembentangan" di laman web Perhubungan Pelabur syarikat.

Maklumat Rakaman Panggilan Persidangan Pelabur:

Pelabur boleh mengakses siaran ulangan panggilan persidangan pelabur dengan melayari laman web Perhubungan Pelabur atau dengan menghubungi 1.800.934.4850 (A.S.) atau 1.402.220.1178 (antarabangsa) dari tengah hari pada 14 Julai hingga 11:59 malam ET pada 24 Julai.

Bank of America

Bank of America ialah satu daripada institusi kewangan terkemuka di dunia, memberikan perkhidmatan kepada pengguna individu, perniagaan pasaran kecil dan pertengahan serta syarikat besar dengan rangkaian penuh perbankan, pelaburan, pengurusan aset dan produk serta perkhidmatan pengurusan kewangan dan risiko yang lain. Syarikat ini memberikan kemudahan yang tiada tandingannya di Amerika Syarikat, memberi perkhidmatan kepada hampir 70 juta klien dengan kira-kira 3,500 pusat kewangan runcit, kira-kira 15,000 ATM (mesin juruwang automatik) dan perbankan digital yang meraih anugerah dengan kira-kira 60 juta pengguna digital yang disahkan. Bank of America ialah peneraju global dalam pengurusan kekayaan, perbankan korporat dan pelaburan serta perdagangan merentasi pelbagai kelas aset, memberi perkhidmatan kepada syarikat, kerajaan, institusi dan individu di seluruh dunia. Sebagai pemberi pinjaman perniagaan kecil #1 di Amerika Syarikat (FDIC), Bank of America menawarkan sokongan terkemuka dalam industri kepada kira-kira 4 juta perniagaan kecil melalui rangkaian produk dan perkhidmatan dalam talian yang berinovatif dan mudah digunakan. Syarikat ini memberikan perkhidmatan kepada pelanggan melalui operasi yang dijalankan di seluruh Amerika Syarikat, wilayah negara itu dan lebih daripada 35 negara. Saham Bank of America Corporation (NYSE: BAC) disenaraikan di Bursa Saham New York.

Pelabur boleh menghubungi

Lee McEntire, Bank of America
Telefon: 1.980.388.6780
[email protected]

Jonathan G. Blum, Bank of America (Pendapatan Tetap)
Nombor Telefon: 1.212.449.3112
[email protected]

Wartawan boleh menghubungi

Jocelyn Seidenfeld, Bank of America
Telefon: 1.646.743.3356
[email protected]

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/5004030_MS04030_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI