Quantinuum Mengumumkan Penutupan Tawaran Awam Awal yang Dipertingkat - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Quantinuum Mengumumkan Penutupan Tawaran Awam Awal yang Dipertingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BROOMFIELD, Colo., 6 Jun 2026 /PRNewswire/ — Quantinuum Inc. (Nasdaq: QNT) ("Quantinuum") pada hari ini mengumumkan penutupan tawaran awam awal yang dipertingkat berjumlah 28,000,000 saham biasa Kelas A pada harga tawaran awam awal sebanyak $60.00 sesaham. Semua saham itu ditawarkan oleh Quantinuum. Jumlah hasil kasar daripada tawaran itu, sebelum ditolak diskaun dan komisen pengunderaitan, serta perbelanjaan tawaran lain ialah sebanyak $1.68 bilion. Saham biasa Kelas A Quantinuum disenaraikan di Pasaran Global Nasdaq di bawah simbol singkatan "QNT."

J.P. Morgan dan Morgan Stanley (mengikut urutan abjad) bertindak sebagai pengurus aktif peneraju bersama proses pengunderaitan untuk tawaran itu; Jefferies dan Evercore ISI juga bertindak sebagai pengurus aktif proses pengunderaitan; BofA Securities, UBS Investment Bank, Cantor, Mizuho, Needham & Company, Societe Generale dan TD Cowen bertindak sebagai pengurus bersama proses pengunderaitan; dan Craig-Hallum dan Rosenblatt bertindak sebagai pengurus bersama untuk tawaran itu.

Penyata pendaftaran yang berkaitan dengan tawaran ini telah diisytiharkan berkuat kuasa pada 3 Jun 2026 oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa ("SEC"). Prospektus yang berkaitan dengan dan menghuraikan terma tawaran telah difailkan dengan SEC dan boleh didapati di laman web SEC iaitu www.sec.gov. Tawaran ini disediakan hanya melalui prospektus. Salinan prospektus boleh didapati daripada: J.P. Morgan Securities LLC, c/o Broadridge Financial Solutions, 1155 Long Island Avenue, Edgewood, New York 11717 atau melalui alamat e-mel kepada [email protected] dan [email protected]; Morgan Stanley & Co. LLC, 180 Varick Street, 2nd Floor, New York, New York 10014, Untuk Perhatian: Jabatan Prospektus (Prospectus Department) atau melalui alamat e-mel kepada [email protected]; Jefferies LLC, Untuk Perhatian: Jabatan Prospektus Sindiket Ekuiti (Equity Syndicate Prospectus Department), 520 Madison Avenue, New York, New York 10022, dengan menghubungi melalui telefon bernombor (877) 821-7388, atau melalui alamat e-mel kepada [email protected]; Untuk Perhatian: Pasaran Modal Ekuiti (Equity Capital Markets), 55 East 52nd Street, 35th Floor, New York, New York 10055, dengan menghubungi melalui telefon bernombor (888) 474-0200, atau melalui alamat e-mel kepada [email protected].

Siaran akhbar ini tidak membentuk tawaran untuk menjual atau meminta tawaran untuk membeli sekuriti ini, tidak akan ada apa-apa penjualan sekuriti ini di mana-mana negeri atau bidang kuasa di tempat tawaran, permintaan, atau penjualan sedemikian adalah menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran dibuat atau kelayakan diperoleh di bawah undang-undang sekuriti mana-mana negeri atau bidang kuasa sedemikian.

Maklumat Tentang Quantinuum

Quantinuum ialah syarikat pengkomputeran kuantum terkemuka yang menawarkan platform tindanan penuh yang direka bentuk untuk membolehkan pengkomputeran kuantum ditempatkan dalam persekitaran dunia sebenar. Syarikat berkenaan telah menempatkan pelbagai generasi sistem kuantum secara komersial yang dibina berdasarkan seni bina QCCD terbaik, yang telah dilaksanakan dengan reka bentuk dan keupayaan baharu untuk mencapai tahap ketepatan tertinggi industri berdasarkan fideliti get dua kubit secara purata setakat 31 Disember 2025. Quantinuum mempunyai keterlibatan aktif dengan pemimpin pasaran merentasi farmaseutikal, sains bahan, perkhidmatan kewangan, kerajaan dan pasaran perindustrian. Ibu pejabat Quantinuum terletak di Broomfield, Colorado, dengan kemudahan tambahan merentasi Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Jepun, Qatar dan Singapura.

Logo – https://mma.prnewswire.com/media/2655950/6002333/Quantinuum_Logo.jpg

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4975449_MS75449_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI