HIMSS dan SingHealth Akan Menjadi Penganjur Bersama Persidangan dan Pameran Kesihatan HIMSS APAC 2026 di Singapura bagi Mempercepatkan Transformasi Penjagaan Kesihatan - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

HIMSS dan SingHealth Akan Menjadi Penganjur Bersama Persidangan dan Pameran Kesihatan HIMSS APAC 2026 di Singapura bagi Mempercepatkan Transformasi Penjagaan Kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA, 3 Jun 2026 /PRNewswire/ — HIMSS, sebuah persatuan bebas berteraskan misi serta peneraju pemikiran dan penasihat bertaraf global, akan menjadi penganjur bersama Persidangan dan Pameran Kesihatan HIMSS APAC 2026 23-25 Ogos 2026 di Singapura menerusi kerjasama strategik dengan SingHealth, kumpulan institusi penjagaan kesihatan awam terbesar di Singapura.

https://mma.prnewswire.com/media/2609123/HIMSS_Logo.jpg

HIMSS26 APAC akan menghimpunkan pemimpin kanan sistem kesihatan, menteri kerajaan, doktor klinikal dan inovator teknologi dari seluruh Asia Pasifik dan seterusnya untuk menangani cabaran utama pada masa ini: merealisasikan aspirasi AI menjadi impak berskala dan berasaskan bukti.

Bertemakan "Kepercayaan, Kecerdasan dan Ketangkasan: Merekayasa Semula Sistem Kesihatan APAC dalam Era AI", program tiga hari ini akan merangkumi Sidang Kemuncak AI CXO pra-persidangan eksklusif, dua hari sesi pleno dan trek selari persidangan utama, pameran, lawatan hospital yang disusun dengan teliti serta jaringan eksekutif, bagi mewujudkan persekitaran yang tiada tandingan untuk pertukaran rakan sejawat, wawasan strategik dan hubungan bernilai tinggi.

"Sistem kesihatan di seluruh Asia Pasifik kini memberi tumpuan kepada aspirasi dan pelaburan dalam penggunaan alat serta keupayaan AI. Cabaran global adalah untuk mengubah momentum menjadi impak berskala merentasi sistem," kata Hal Wolf, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif HIMSS. "HIMSS26 APAC akan menghimpunkan pemimpin, rangka kerja dan bukti dunia sebenar untuk memandu sistem kesihatan ke arah transformasi yang boleh diukur. Kami berbangga untuk membangunkan program ini melalui kerjasama erat dengan Jawatankuasa Pemandu APAC kami, yang terdiri daripada eksekutif kanan penjagaan kesihatan dan peneraju kesihatan digital daripada pasaran APAC, untuk menyampaikan pandangan terbaik di persidangan ini."

Kerjasama Strategik dengan SingHealth

HIMSS26 APAC dianjurkan bersama dengan SingHealth, kluster penjagaan kesihatan awam terbesar di Singapura. Perkongsian ini mencerminkan kedudukan Singapura sebagai hab APAC untuk inovasi kesihatan digital. Selain itu, kerjasama ini menghubungkan delegasi HIMSS26 APAC secara langsung dengan pasukan yang menerajui strategi data kesihatan nasional Singapura, rangka kerja tadbir urus AI serta program kematangan digital.

Benedict Tan, Ketua Pegawai Strategi Digital Kumpulan dan Ketua Pegawai Data di SingHealth serta Ahli Lembaga HIMSS, akan menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak AI CXO dan juga majlis perasmian persidangan utama. Ini mencerminkan komitmen SingHealth untuk memberi inspirasi kepada sistem penjagaan kesihatan lain untuk menggunakan AI dengan kepercayaan, ketelusan dan impak yang boleh diukur.

Tiga Hari Dialog Berimpak Tinggi

Program ini dibina berdasarkan soalan-soalan yang paling penting kepada peneraju sistem kesihatan sekarang: Adakah AI ROI metrik yang salah? Bagaimanakah rupa hospital pintar pada zaman AI? Dan apa yang membezakan sistem yang menskalakan inovasi daripada yang masih bereksperimen?

Persidangan ini akan bermula pada 23 Ogos dengan Sidang Kemuncak AI CXO yang hanya boleh dihadiri melalui jemputan, sebuah forum eksekutif yang mencabar pemahaman konvensional mengenai pulangan pelaburan AI, tadbir urus serta asas kepada penggunaan berskala besar di peringkat perusahaan. Sidang Kemuncak ini akan menampilkan ucaptama oleh Hal Wolf dan Benedict Tan, serta sesi perbincangan panel yang dimoderasikan oleh Dr. Anne Snowdon, Ketua Pegawai Saintifik HIMSS, dan Tom Leary, Naib Presiden Kanan HIMSS serta Ketua Perhubungan Kerajaan. Penceramah antarabangsa daripada sistem kesihatan dari seluruh rantau Asia Pasifik akan diumumkan tidak lama lagi.

Persidangan utama pada 24-25 Ogos akan dibuka dengan pameran kecemerlangan dalam kematangan digital sebelum diteruskan dengan dua hari ucaptama pleno, ucapan eksekutif, perspektif kerajaan dari seluruh Asia Pasifik serta sesi trek selari mendalam merangkumi asas digital AI, AI klinikal, AI operasi serta hospital pintar dan sistem kesihatan pintar. Perspektif peringkat tinggi daripada kementerian kesihatan dan organisasi kesihatan digital terkemuka dari Korea Selatan, Australia, Singapura serta seluruh rantau Asia Pasifik akan ditampilkan sepanjang persidangan.

Program ini akan diakhiri dengan satu panel rentas industri yang membincangkan pengajaran yang boleh diambil oleh sektor penjagaan kesihatan daripada sektor lain yang telah dibentuk semula oleh AI, dengan menghimpunkan suara daripada teknologi kesihatan, kepimpinan klinikal serta bidang berkaitan yang lain.

Wakil media, bakal rakan media serta podcaster yang berminat untuk menyertai HIMSS26 APAC dijemput untuk menghubungi pasukan Komunikasi HIMSS di [email protected] untuk maklumat lanjut.

Maklumat Tentang HIMSS

HIMSS (Healthcare Information and Management Systems Society) ialah sebuah persatuan bebas berteraskan misi, peneraju pemikiran global serta penasihat yang berdedikasi untuk mewujudkan komuniti penyedia perkhidmatan, inovator dan individu yang bermaklumat dan perkasa. HIMSS menonjol dengan menghubungkan idea strategik dan berwawasan dengan pelaksanaan praktikal, memperkasakan sistem kesihatan dan kerajaan di seluruh dunia untuk mencapai impak yang boleh diukur bagi masa depan kesihatan dan penjagaan.

Maklumat Tentang SingHealth

SingHealth ialah kumpulan institusi penjagaan kesihatan terbesar di Singapura, yang merangkumi rangkaian bersepadu hospital, pusat kepakaran dan poliklinik yang komited dalam menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan mudah diakses. Sebagai peneraju serantau dalam kesihatan digital bersepadu, SingHealth berperanan sebagai penganjur bersama serta model dunia sebenar tentang bagaimana dasar, infrastruktur dan inovasi diselaraskan untuk menyokong transformasi merentas sistem.

Logo – https://mma.prnewswire.com/media/2609123/HIMSS_Logo.jpg

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4974516_MS74516_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI