MIXUE Malaysia Lancar Naik Taraf Rantaian Sejuk dan Latihan Khusus Seluruh Semenanjung Malaysia - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

MIXUE Malaysia Lancar Naik Taraf Rantaian Sejuk dan Latihan Khusus Seluruh Semenanjung Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bahan Asli, Rasa Segar, Nikmat Sebenar: Usaha Peningkatan Produk Kini Meliputi Ratusan Cawangan, dengan Lebih 1,000 Francaisi Telah Dilatih

KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Mei 2026 /PRNewswire/ — Bermula April lalu, Mixue Malaysia melancarkan produk yang dinaik taraf menerusi sistem rantaian sejuk, di samping menjalankan program latihan pengendalian produk di seluruh Semenanjung Malaysia. Lebih daripada 10 jurulatih profesional dari ibu pejabat MIXUE di China telah hadir ke Malaysia untuk memberikan sokongan secara langsung. Inisiatif ini membantu francaisi tempatan meningkatkan operasi mereka secara menyeluruh, daripada pengendalian bahan mentah hingga pelaksanaan di kedai, sekali gus mempertingkatkan pengalaman minuman buat pengguna Malaysia.

Jumlah penyertaan latihan dijangka melebihi 1,000 orang.
Jumlah penyertaan latihan dijangka melebihi 1,000 orang.

"Kami sedang menaik taraf ramuan buah-buahan kami daripada penyimpanan suhu bilik kepada sistem rantaian sejuk penuh. Segala usaha ini akhirnya bertujuan untuk menyampaikan pengalaman produk berasaskan ‘Bahan Asli, Rasa Segar dan Nikmat Sebenar’ kepada pengguna," kata Teh Hwa Chun, Pengarah MIXUE Malaysia.

Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap minuman berkualiti tinggi pada harga berpatutan, MIXUE melancarkan strategi peningkatan kualiti 2026 dengan Malaysia sebagai pasaran utama. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, produk rantaian sejuk kini diperkenalkan di seluruh Semenanjung Malaysia, dengan bahan dibekukan pantas pada suhu -35°C dan dihantar melalui rantaian sejuk -18°C bagi memastikan kesegaran terpelihara daripada sumber hingga ke kedai.

Produk pertama yang dinaik taraf ialah "Fresh Punched Orange" dan "Taro Grape Tea". Manakala bagi "Taro Grape Tea",, jus serta jem yang disimpan pada suhu bilik telah digantikan dengan jus pekat beku yang dihantar melalui rantaian sejuk bagi mengekalkan kesegaran dari ladang hingga ke cawan.

Sementara itu, latihan rantaian sejuk dijalankan berdasarkan model "bimbingan, latihan praktikal, penilaian dan pensijilan" yang komprehensif, bagi memastikan standard yang konsisten dalam pengetahuan produk, operasi serta pelaksanaan di semua cawangan MIXUE Malaysia.

Program latihan ini dibahagikan kepada empat kumpulan, dengan setiap kumpulan terdiri daripada dua jurulatih, melibatkan kira-kira 18 hingga 20 cawangan serta 30 hingga 35 peserta bagi setiap sesi. Perserta latihan terdiri daripada francaisi dan pengurus kedai dengan dua wakil bagi setiap pengendali cawangan tunggal serta satu hingga dua wakil teras bagi setiap pengendali berbilang cawangan.. Secara keseluruhan. jumlah penyertaan dijangka melebihi 1,000 orang.

MIXUE Malaysia melancarkan Program Latihan Khusus di Seluruh Semenanjung Malaysia.
MIXUE Malaysia melancarkan Program Latihan Khusus di Seluruh Semenanjung Malaysia.

Latihan dijalankan menerusi model berpusat, dengan sesi awal di wilayah tengah diadakan di ibu pejabat, manakala sesi lain dijalankan di cawangan tempatan Peserta yang menamatkan program akan menerima sijil kelayakan,  sebagai rujukan standard pelaksannan di seluruh cawang masing-masing.

Latihan dijalankan menerusi model berpusat, dan peserta yang berjaya menamatkan program akan menerima sijil kelayakan.
Latihan dijalankan menerusi model berpusat, dan peserta yang berjaya menamatkan program akan menerima sijil kelayakan.

MIXUE Malaysia terus memperkukuh kehadirannya di pasaran tempatan melalui strategi pembangunan jangka panjang yang berteraskan pendekatan setempat dan komuniti. Seiring dengan usaha tersebut, jenama ini turut komited dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai inisiatif kebajikan berasaskan pendidikan dan komuniti

Dalam sektor pendidikan, Mixue telah menyokong pelbagai jualan amal dan acara sukan yang dianjurkan oleh institusi termasuk Universiti Utara Malaysia (UUM Changlun), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP Perlis), Universiti Teknologi MARA (UiTM Arau), SMK Sungai Pasir dan Sekolah Khas Perkata, sekali gus menyumbang kepada pembangunan kampus serta inisiatif pengumpulan dana yang diterajui pelajar.

Selain sekolah dan universiti, MIXUE Malaysia turut bekerjasama rapat dengan pelbagai organisasi kebajikan dan institusi sosial, termasuk Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan (YAATIM), Asrama Anak Yatim Perkaya, Taman Sinar Harapan Jubli, Persatuan Ibu Bapa Kanak-Kanak Cacat Sarawak (PIBAKAT), The Sarawak Cheshire Home, Salvation Army Kuching, Sarawak Society for the Blind, Sarawak Society of the Deaf dan Kuching Autistic Association. Jenama ini juga menyokong pelbagai inisiatif komuniti yang dianjurkan oleh Masjid Pulau Kijang dan Masjid Al-Hasanah.

Selain itu, semasa banjir 2025 di Utara Malaysia, Mixue Malaysia telah menyumbangkan lebih daripada 4,000 cawan minuman kepada komuniti terjejas dan petugas barisan hadapan, seterusnya memperlihatkan komitmennya untuk berdiri bersama masyarakat semasa waktu mencabar.

Melangkah ke hadapan, MIXUE Malaysia akan terus memperdalam penglibatan komuniti serta memperluas inisiatif sosialya, seiring dengan komuniti tempatan di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai MIXUE Malaysia, sila layari http://www.mixuemalaysia.com/.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4952612_MS52612_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI