![]() |
- Siri filem sosial lima bahagian baharu menelusuri perjalanan Atlas mempelajari permainan bola sepak melalui emosi dan kreativiti manusia
- Kempen ini menghidupkan platform "Next Starts Now (Seterusnya, Mulakan Sekarang)" FIFA World Cup 2026™ (Piala Dunia FIFA 2026) Hyundai Motor melalui robotik dan penceritaan yang berteraskan manusia
- Atlas melakukan aksi sepakan "Ghost Rabona" yang mencabar, mempamerkan keupayaan Kecerdasan Buatan (AI) Fizikal Boston Dynamics melalui gerakan robotik sebenar
SEOUL, 29 Mei 2026 /PRNewswire/ — Hyundai Motor Company pada hari ini mengumumkan pelancaran "Sekolah Bola Sepak", kempen global baharu yang menampilkan robot humanoid Atlas® Boston Dynamics. Dicipta sebagai sebahagian daripada platform "Next Starts Now (Seterusnya, Mulakan Sekarang)" FIFA World Cup 2026™ (Piala Dunia FIFA 2026) Hyundai Motor, kempen berkenaan menggunakan bola sepak sebagai bahasa sejagat untuk meneroka masa depan robotik yang berteraskan manusia melalui perasaan, emosi dan sukan.
Tidak seperti demonstrasi produk tradisional, kempen ini mempersembahkan pendekatan dipacu naratif, menelusuri jejak langkah Atlas yang memerhatikan minat dan kreativiti manusia dalam sukan bola sepak, lalu mula mempelajari sukan tersebut. Melalui perjalanan ini, Hyundai Motor mengetengahkan sejauh mana robotik boleh berkembang melangkaui kefungsian untuk menunjukkan rasa ingin tahu, kebolehsuaian dan perasaan manusia.
"Melalui ‘Sekolah Bola Sepak,’ Hyundai Motor menggunakan bahasa sejagat sukan bola sepak bertujuan mempamerkan fasa robotik seterusnya dengan cara yang menarik, intuitif dan berteraskan manusia. Memandangkan keterujaan semakin memuncak menjelang FIFA World Cup 2026™ (Piala Dunia FIFA 2026), perjalanan Atlas menunjukkan kepercayaan kami bahawa inovasi bermula dengan orang ramai — semangat, kreativiti dan perasaan mereka — dan bahawa robotik dapat membantu mengembangkan lagi perkara yang mungkin diperlukan untuk masa depan," — Sungwon Jee, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Pemasaran Global di Hyundai Motor Company
Bagaimanakah "Sekolah Bola Sepak" Membawa Robotik dan Bola Sepak Bersama?
"Sekolah Bola Sepak" ditayangkan sebagai siri filem sosial lima bahagian episod yang menelusuri perjalanan pembelajaran Atlas — daripada peringkat penemuan kepada peringkat pelaksanaan lanjutan.
- Atlas bermula dengan memerhatikan emosi dan tenaga peminat, mencetuskan rasa ingin tahu tentang sukan bola sepak
- Kemudian, Atlas mula berkembang melalui latihan asas, termasuk gerak kaki, hantaran dan menjaringkan gol
- Siri ini merakam perkembangan kemahiran progresif, pencerminan proses pembelajaran manusia
- Naratif ini memuncak dalam pelaksanaan aksi sepakan "Ghost Rabona", gerakan yang sangat teknikal
Diterbitkan secara berurutan dari 25 Mei hingga 29 Mei di seluruh saluran sosial global Hyundai Motor, siri ini menekankan pembelajaran berterusan, pengulangan dan pengoptimuman — prinsip teras dalam latihan bola sepak dan pembangunan robotik.
Apakah yang Membuatkan Kempen Itu Penting dari Segi Teknikal?
Filem kempen ini mempamerkan keupayaan Atlas berkuasa elektrik generasi akan datang melalui pelaksanaan dunia nyata, mempamerkan Kecerdasan Buatan (AI) Fizikal melalui pergerakan terkandung dalam persekitaran yang dinamik dan diinspirasikan oleh sukan. Semua pergerakan yang ditampilkan dalam kempen ini dilakukan oleh Atlas tanpa menggunakan imejan janaan komputer (CGI), memperkukuh keaslian dan kredibiliti kejuruteraan.
Terutamanya, aksi sepakan "Ghost Rabona" yang mencabar — sepakan silang kaki yang memerlukan pemasaan yang tepat, keseimbangan dan acahan — mewakili tahap kesukaran teknikal yang tinggi, melangkaui replikasi gerakan mudah.
Untuk mencapai matlamat ini, Atlas menganalisis dan memodelkan data pergerakan bola sepak manusia sebenar pada tahap terperinci. Pergerakan ini diterjemahkan ke dalam persekitaran simulasi berasaskan fizik, apabila robot menjalani latihan secara meluas melalui Pembelajaran Pengukuhan, mengulangi kitaran kaedah cuba-cuba yang tidak terkira banyaknya bertujuan mengoptimumkan kestabilan, ketepatan dan pelaksanaan.
Melaksanakan pergerakan tersebut memerlukan gabungan keupayaan lanjutan, termasuk:
- Kawalan keseimbangan dinamik dalam postur yang tidak stabil dan tidak bersimetri
- Penyelarasan keseluruhan badan merentasi pelbagai sendi dan anggota badan
- Penyesuaian masa nyata untuk mengalihkan berat dan momentum
- Kawalan motor jitu dalam keadaan yang dikekang secara fizikal
Pada 4 Jun, Hyundai Motor akan menerbitkan kandungan tambahan di belakang tabir yang mempamerkan kerjasama dengan Boston Dynamics. Filem berkenaan mengetengahkan proses pembangunan dan latihan di belakang tabir aksi pergerakan Atlas, bersama dengan cerapan teknikal ke dalam pembelajaran robotik dan reka bentuk gerakan. Filem tersebut menunjukkan sejauh mana sistem robotik boleh berkembang melalui cabaran fizikal dunia nyata yang kompleks diinspirasikan oleh sukan.
Mengapakah Kempen Ini Penting?
"Sekolah Bola Sepak" menunjukkan visi "Kemajuan untuk Kemanusiaan," Hyundai Motor yang menunjukkan cara teknologi canggih boleh dibuat:
- Lebih mudah diakses melalui penceritaan
- Lebih menarik melalui sukan
- Lebih berteraskan manusia melalui emosi dan kreativiti
Dengan menelusuri perjalanan Atlas, kempen ini menggambarkan cara inovasi bermula dengan inspirasi manusia dan sejauh mana robotik boleh mengembangkan perkara yang mungkin diperlukan untuk masa depan. Kempen ini juga mengetengahkan gabungan kekuatan Hyundai Motor Group dan Boston Dynamics, mempamerkan kepimpinan Boston Dynamics dalam robotik dinamik dan Kecerdasan Buatan (AI) terkandung, di samping komitmen Hyundai Motor Group untuk memajukan mobiliti dan inovasi robotik dipacu Kecerdasan Buatan (AI).
Melalui perancangan masa depan, Hyundai Motor Group melihat robot humanoid sebagai bidang pertumbuhan utama dalam pasaran Kecerdasan Buatan (AI) Fizikal global. Kumpulan itu merancang untuk melatih Atlas di Pusat Aplikasi Metaplant Robot (RMAC) dalam Metaplant Hyundai Motor Group Amerika (HMGMA) di Savannah, Georgia, dengan matlamat untuk menempatkan robot itu dalam persekitaran perindustrian bagi memajukan kerjasama manusia-robot.
Pada 28 Mei, Hyundai Motor turut menerbitkan video reaksi yang menampilkan duta jenama global kumpulan itu, Son Heung-min, seterusnya melanjutkan lagi perbualan kempen di seluruh saluran sosial dan menghubungkan kisah berkenaan dengan komuniti bola sepak global.
Maklumat Tentang Hyundai Motor Company
Ditubuhkan pada tahun 1967, Hyundai Motor Company berada di lebih 200 negara dengan lebih daripada 120,000 pekerja yang berdedikasi untuk menangani cabaran mobiliti dunia nyata di seluruh dunia. Berteraskan visi jenama ‘Kemajuan untuk Kemanusiaan (Progress for Humanity)’, Hyundai Motor mempercepat transformasi kumpulan kepada Penyedia Penyelesaian Mobiliti Pintar. Syarikat itu melabur dalam teknologi canggih seperti robotik dan Mobiliti Udara Termaju (Advanced Air Mobility, AAM) bertujuan merealisasikan penyelesaian mobiliti pembaharuan, di samping menggalakkan inovasi terbuka untuk memperkenalkan perkhidmatan mobiliti masa depan. Dalam usaha menuju masa depan yang mampan untuk dunia, Hyundai terus komited untuk memperkenalkan kenderaan pelepasan sifar dengan teknologi sel bahan api hidrogen dan kenderaan elektrik (EV) terkemuka industri.
Maklumat lanjut tentang Hyundai Motor dan produk syarikat berkenaan boleh didapati di:
https://www.hyundai.com/worldwide/en/ atau Bilik Berita: Hab Media oleh Hyundai
Ikuti saluran Instagram Bilik Berita Hyundai Global kami @hyundai_mediahub
Kunjungi Hyundai Media_Hub untuk lebih banyak kandungan
Penafian: Hyundai Motor Company percaya maklumat yang terkandung di sini adalah tepat pada masa diterbitkan. Walau bagaimanapun, syarikat boleh memuat naik maklumat baharu atau terkini jika diperlukan dan menganggap bahawa syarikat tidak bertanggungjawab ke atas ketepatan mana-mana maklumat yang ditafsirkan dan digunakan oleh pembaca.
Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2989966/School_of_Football.jpg
Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2989967/School_of_Football_Atlas.jpg
Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2989968/Atlas_FIFA_World_Cup_2026.jpg
Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2989969/School_of_Football_Campaign.jpg
Logo – https://mma.prnewswire.com/media/2947195/Hyundai_Motor_Company___FIFA_World_Cup_2026__Logo.jpg
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4970436_MS70436_6















