Creality Sambut Ulang Tahun ke-12 dengan KliTek™ dan Pengembangan Ekosistem Berkuasa AI - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Creality Sambut Ulang Tahun ke-12 dengan KliTek™ dan Pengembangan Ekosistem Berkuasa AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHENZHEN, China, 31 Mei 2026 /PRNewswire/ — Selama 12 tahun, Creality, peneraju global dalam pencetakan 3D pengguna, telah memajukan teknologi pencetakan 3D yang mudah diakses bagi membolehkan pengguna global mengubah idea menjadi ciptaan yang nyata. Perjalanan yang bermula sebagai pengeluar pencetak 3D atas meja telahpun berkembang menjadi ekosistem penciptaan 3D pengguna global yang merangkumi pencetak, pengimbas, peranti laser, bahan, platform perisian dan komuniti pencipta di kira-kira 140 negara dan wilayah.


Ketika Syarikat menyambut ulang tahun ke-12 menerusi tema "The Twelve Years of Creality: AI Ecosystem" ("Dua Belas Tahun Creality: Ekosistem AI"), ia memasuki fasa pertumbuhan baharu yang dipacu oleh pengembangan ekosistem, integrasi AI dan pelaburan berterusan dalam teknologi pembuatan digital generasi akan datang. Sambutan ulang tahun tersebut turut menyusuli penyenaraian terkini Creality di Hong Kong, yang menandakan peringkat baharu dalam pengembangan global syarikat.

Peralihan 12-Tahun daripada Perkakasan kepada Ekosistem Penciptaan Global 


Sepanjang dekad lalu, Creality berkembang daripada pengeluar produk tunggal kepada syarikat platform pelbagai kategori dalam bidang 3D pengguna.

Hari ini, ekosistemnya merangkumi perkakasan, perisian, platform awan, bahan dan komuniti pencipta dalam aliran kerja reka bentuk, pengeluaran dan perkongsian. Struktur ini ditunjangi oleh Creality Cloud, platform pencipta global Syarikat dan disokong oleh rangkaian pembuat, pendidik dan komuniti reka bentuk yang semakin berkembang.

AI juga menjadi elemen yang semakin penting dalam pengalaman pengguna merangkumi aliran kerja pemodelan, pencetakan dan pengeluaran bagi membantu meningkatkan kebolehcapaian, automasi dan kecekapan kreatif untuk pengguna arus perdana.

Inovasi Produk: KliTek™ Menerajui Keupayaan Pembuatan Pelbagai Bahan dan Fleksibel yang Semakin Berkembang 


Creality memperkenalkan teknologi KliTek™, penyelesaian penukaran muncung generasi seterusnya yang direka untuk mengatasi batasan utama dalam pencetakan 3D pelbagai bahan tradisional, termasuk pertukaran filamen yang perlahan, pembaziran bahan, turun warna dan keperluan penyelenggaraan yang kompleks. Dengan menggabungkan seni bina penukaran muncung ringan dan laluan bahan yang bebas, KliTek™ membolehkan pencetakan pelbagai warna dan pelbagai bahan yang lebih pantas serta lebih cekap, di samping memudahkan penyelenggaraan sistem.

Platform tersebut turut memperluas kemungkinan pembuatan bahan yang fleksibel. Disokong oleh teknologi termasuk pengecaman filamen RFID dan sistem suapan dwikuasa S-Drive™, KliTek™ mencapai keupayaan pencetakan TPU termaju dengan menyokong aplikasi TPU pelbagai warna dan pelbagai tahap kekerasan dalam satu proses cetakan, sambil meluaskan kemungkinan pembuatan fleksibel bertaraf pengguna dengan ketara.

Creality turut mengumumkan pelancaran dan naik taraf utama, termasuk:

Naik Taraf Ekosistem AI Creality Cloud — Naik taraf platform utama yang memperkenalkan pemodelan berbantu AI, pengoptimuman penghirisan pintar, cadangan parameter automatik dan ciri pengesanan risiko cetakan yang direka untuk memudahkan aliran kerja daripada penciptaan hingga pengeluaran.

Falcon T1 — Platform laser berbilang fungsi termaju yang direka untuk menyokong penghasilan kreatif merentasi aliran kerja ukiran, pemotongan dan fabrikasi jitu.

Pengimbas Pika & Sermoon P1 — Penyelesaian pengimbasan generasi seterusnya yang menggabungkan reka bentuk mudah alih, pengimejan pintar dan keupayaan tangkapan digital berketepatan tinggi untuk pencipta dan pengguna profesional.

Sistem Kitar Semula Filamen M1 & R1 — Platform kitar semula dan penjanaan semula bahan yang membolehkan pengguna mengitar semula bahan buangan serta menghasilkan filamen tersuai, sekali gus menyokong aliran kerja pembuatan yang lebih mampan.

Daripada Produk kepada Ekosistem Dipacu AI Sepenuhnya


Creality juga terus mengembangkan ekosistem perisian dan AI menerusi Creality Cloud, iaitu platform penciptaan bersepadu miliknya.

Keupayaan AI baharu memperkemas aliran kerja hujung-ke-hujung daripada penjanaan model hingga pelaksanaan cetakan, termasuk pemodelan berbantu AI, pengoptimuman penghirisan pintar, cadangan parameter automatik dan pengesanan risiko cetakan. Keupayaan ini direka untuk mengurangkan halangan teknikal dan membolehkan lebih ramai pengguna terlibat dalam penciptaan 3D tanpa memerlukan kepakaran kejuruteraan lanjutan. Selain pencetakan, ekosistem itu kini turut merangkumi pengimbasan, ukiran laser, bahan dan alat aliran kerja yang menyokong pengalaman penciptaan yang lebih luas untuk pengguna dan pencipta.

Memasuki Fasa Pertumbuhan Baharu Selepas Penyenaraian Awam 

Susulan kejayaan penyenaraiannya di Hong Kong, Creality memasuki fasa pengembangan global dan pembangunan ekosistem baharu. Bukan sekadar titik akhir pencapaian, penyenaraian tersebut menjadi titik permulaan baharu dalam perjalanan pertumbuhan global Creality — menyokong penglibatan pencipta dan pengembangan dalam pasaran 3D global.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4971168_MS71168_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI