Valvoline™ Global Meraikan dan Melindungi Perjalanan Setiap Peminat ke Pentas Perlawanan Menerusi Kempen Baharu FIFA World Cup 2026™ - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Valvoline™ Global Meraikan dan Melindungi Perjalanan Setiap Peminat ke Pentas Perlawanan Menerusi Kempen Baharu FIFA World Cup 2026™

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jenama The Original Motor Oil yang memperkasakan semangat peminat untuk menjadi sebahagian daripada pentas terbesar dunia – serta para mekanik yang memastikan setiap perjalanan dapat direalisasikan.

LEXINGTON, Ky., 17 April 2026 /PRNewswire/ — Valvoline™ Global Operations, jenama Original Motor Oil dan peneraju global dalam penyelesaian automotif serta industri, hari ini mengumumkan pelancaran kempen global sempena FIFA World Cup 2026™.

 

Direka untuk menonjolkan dedikasi para peminat, Valvoline Global meraikan semangat mereka yang sanggup menempuh perjalanan jauh demi menyaksikan detik bersejarah, serta peranan penting para mekanik yang mempercayai Original Motor Oil dalam memastikan setiap perjalanan berjalan lancar. Kempen ini bukan sahaja menampilkan kehangatan FIFA World Cup 2026™, malah menonjolkan kepakaran dan inovasi yang menyokong setiap langkah perjalanan peminat.

Kempen ini dipacu oleh iklan FIFA World Cup™ Valvoline yang pertama bertajuk The Original Motor Oil. For the Driven. Sebagai penghormatan kepada semangat membara dan hubungan emosi yang terjalin sepanjang perjalanan setiap peminat, iklan ini mengetengahkan perjalanan 160 tahun Valvoline seiring dengan sejarah FIFA World Cup™, serta kisah perjalanan peminat di seluruh dunia. Sama ada perjalanan jauh ke bandar baharu atau sekadar pemanduan singkat untuk berkumpul bersama rakan, Valvoline sentiasa menyokong setiap perjalanan, setiap enjin dan setiap impian.

"Sebagai The Original Motor Oil, kami sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan peminat. FIFA World Cup™ merupakan platform terbaik untuk meraikan semangat ini apabila peminat di seluruh dunia bergerak menggunakan pelbagai kenderaan untuk menyokong pasukan negara mereka," kata Michael Kirtman, Ketua Pegawai Jenama, Valvoline Global. "Kempen ini meraikan peminat yang sanggup berusaha lebih demi permainan, serta kepakaran para mekanik yang mempercayai Valvoline untuk memastikan setiap perjalanan berjalan lancar. Kami berbangga kerana produk dan kempen kami dapat menyokong mereka yang melalui perjalanan ini, serta mereka yang menjadikannya satu realiti."

Dihasilkan di Chile oleh agensi kreatif global We Are Laugh, kempen The Original Motor Oil. For the Driven akan dimulakan dengan pelaksanaan tempatan di Mexico bermula hari ini, sebelum diperluaskan secara global pada bulan Mei di pasaran seperti Amerika Syarikat, China, India, Australia, Kanada, Thailand dan Arab Saudi. Pelaksanaan global ini merakam detik persediaan, emosi serta kekuatan yang tidak kelihatan yang menggerakkan peminat — langkah demi langkah — menuju FIFA World Cup™.

Berlangsung hingga Julai, inisiatif jenama ini akan memanfaatkan pelbagai saluran termasuk televisyen, digital papar iklan luar bangunan (DOOH), radio, platform sosial dan aktiviti pengalaman untuk meningkatkan penglibatan global serta menggalakkan peminat — termasuk para mekanik — berkongsi kisah mereka.

Semangat perjalanan ini turut diperkukuhkan melalui promosi Original Motor Oil. For the Driven serta tawaran hadiah kemenangan segera di beberapa pasaran terpilih, yang meraikan ketabahan peminat dan mekanik. Promosi ini berlangsung sehingga 31 Mei dan menawarkan peluang untuk memenangi hadiah utama — perjalanan ke perlawanan akhir FIFA World Cup 2026™.

Seiring dengan perjalanan menuju perlawanan akhir, komitmen Valvoline terhadap peminat dan sukan ini terus diperkukuh dengan lebih banyak peluang untuk diraikan. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini atau peraduan yang ditawarkan, sila layari https://valvolineworldcup.com/.

Mengenai Valvoline™ Global Operations

Sebagai jenama minyak enjin berjenama pertama di Amerika, Valvoline™ Global terus memacu masa depan mobiliti melalui inovasi, dengan kehadiran di lebih 140 negara dan lebih 80,000 titik pengedaran di seluruh dunia. Sebagai peneraju dalam penyelesaian automotif dan industri masa hadapan serta perkhidmatan bertaraf dunia, legasi inovasi Valvoline telah menjangkau lebih 160 tahun.

Dengan rangkaian penyelesaian untuk pelbagai jenis enjin — daripada kenderaan jarak jauh dan kerja berat sehingga kenderaan elektrik — Valvoline Global terus meneroka inovasi baharu dalam mobiliti, termasuk memperluaskan penyelesaian pemindahan haba kepada bidang pengkomputeran berprestasi tinggi.

Bersama syarikat induk kami, Aramco–salah satu syarikat tenaga dan kimia bersepadu terbesar di dunia–kami memacu inovasi produk yang tiada tandingan serta penyelesaian perniagaan yang mampan bagi memenuhi keperluan mobiliti masa hadapan, merentasi pemanduan harian di jalan raya hingga ke aplikasi kenderaan berprestasi tinggi dan penggunaan lasak.

Ikuti kami di Instagram, Facebook and LinkedIn untuk maklumat lanjut.

Valvoline™ ialah tanda dagangan berdaftar milik Valvoline Global atau anak syarikatnya. Semua tanda dagangan lain yang dirujuk dalam artikel ini adalah hak milik pemilik masing-masing.

The FIFA WORLD CUP 2026™ ialah tanda dagangan milik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa(FIFA) and digunakan di bawah lessen.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

generated by system

Video – https://mma.prnasia.com/media2/2956671/GBL_VID_1541_EN_VAL_FIFA_WORLD_CUP_2026_GLOBAL_50S_1920x1080.mp4

Gambar – https://mma.prnewswire.com/media/2956672/GBL_2451_EN_VAL_FIFA_WORLD_CUP_2026_GLOBAL_KV_ENGINE_LIFESTYLE_1920X1080.jpg

Logo – https://mma.prnewswire.com/media/2063223/Valvoline_Global_Operations_Logo.jpg

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4933473_MS33473_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI