![]() |
Regeneron mempunyai peluang eksklusif untuk menghubungkan kohort data genomik dan proteomik berskala besar ke rangkaian data rekod kesihatan elektronik global terkemuka industri TriNetX
Kerjasama akan mengembangkan pangkalan data berkaitan EHR genomik dan proteomik Regeneron yang terkemuka di dunia
Pangkalan data yang semakin berkembang akan terus memacu penemuan dan pembangunan ubat, serta memperkasa algoritma latihan AI untuk menyampaikan penyelesaian kesihatan digital masa depan bagi pengguna, pesakit dan penyedia perkhidmatan
TARRYTOWN, N.Y. dan CAMBRIDGE, Mass., 3 April 2026 /PRNewswire/ — TriNetX® dan Regeneron Pharmaceuticals, Inc. (NASDAQ: REGN) pada hari ini mengumumkan kerjasama strategik untuk menyokong keupayaan Regeneron dalam penemuan dan pembangunan ubat, serta inisiatif baharu bertujuan menyampaikan penyelesaian kesihatan digital masa depan untuk pengguna, pesakit dan penyedia perkhidmatan. Regeneron mendapat peluang eksklusif untuk menghubungkan kohort data genomik dan proteomik berskala besar ke rangkaian data berfenotip terkemuka industri TriNetX yang terdiri daripada kira-kira 300 juta pesakit yang tidak dikenal pasti dan tanpa nama. Kerjasama ini akan membolehkan pengembangan pangkalan data berkaitan Rekod Kesihatan Elektronik (EHR) genomik dan proteomik yang terkemuka di dunia, pemacu utama rancangan terapeutik syarikat terkemuka industri.
Di bawah kerjasama ini, TriNetX akan menyediakan akses selamat dan berlesen kepada data kesihatan semasa dan masa depan TriNetX yang tidak dikenal pasti daripada kira-kira 300 juta individu (170 juta daripadanya berada di Amerika Syarikat), diperoleh secara langsung daripada rangkaian rakan kongsi sistem kesihatan global. Dengan kaedah pemeliharaan privasi, Regeneron akan mempunyai keupayaan memadankan sebahagian daripada data TriNetX yang tidak dikenal pasti/tanpa nama dengan data genomik dan proteomik yang dijana oleh Regeneron Genetics Center® (RGC®). Pemadanan tersebut akan dikendalikan mengikut semua undang- undang privasi data yang berkenaan, termasuk HIPAA dan GDPR.
RGC telah membangunkan penjujukan DNA dan pendekatan proteomik yang mempunyai daya pemprosesan tinggi dan menjimatkan kos bertujuan membina pangkalan data penjujukan dan proteomik berkaitan EHR terbesar di dunia, dengan kerjasama lebih 150 kolaborator sains hayat dan penjagaan kesihatan di seluruh dunia. Kerjasama dengan TriNetX akan membantu Regeneron mengembangkan set data yang cukup terkemuka di dunia ini secara dramatik untuk terus memacu penemuan dan pembangunan ubat, di samping memperkasa algoritma latihan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menyampaikan penyelesaian kesihatan digital pada masa akan datang.
"Kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan Regeneron dan khususnya pasukan Pusat Genetik Regeneron, memajukan kesihatan manusia melalui penggunaan teknologi maklumat yang dipacu oleh kecerdasan, yang dikuasakan oleh data kami yang dipercayai," kata Jeff Margolis, Pengerusi Eksekutif TriNetX. "Pasukan kami berpuas hati kerana dipilih oleh Regeneron untuk menyediakan akses kepada kepelbagaian dan kelainan data sedia untuk penyelidikan TriNetX yang unik, di seluruh rangkaian pusat perubatan akademik global bersekutu kami yang luas dan tapak lokasi penyelidikan penjagaan kesihatan terkemuka yang lain."
"Ini merupakan pencapaian penting bagi RGC dan laluan baharu yang ampuh untuk mencapai misi teras kami: membina pangkalan data kesihatan manusia terbesar dan terkaya di dunia bertujuan memacu pembangunan ubat dan merintis penyelesaian kesihatan digital untuk pengguna, pesakit dan penyedia perkhidmatan," kata Aris Baras, MD, Naib Presiden Kanan, Ketua RGC dan Ketua Bersama Regeneron Genetic Medicines. "TriNetX telah membina platform terkemuka di dunia dengan rekod prestasi kejayaan yang terbukti dalam mendayakan penyelidikan pada skala besar. RGC telah menghabiskan lebih sedekad menjana data genomik dan kini proteomik, serta menyepadukan data molekul ini dengan rekod kesihatan membujur pada skala besar. Menggabungkan platform ini dapat menyatukan pangkalan data kesihatan manusia yang berkuasa dengan keupayaan analisis dan AI bagi membantu menemui dan membangunkan ubatan berinovatif untuk penyakit yang dahsyat dan mewujudkan penyelesaian kesihatan digital yang kami harap akan mengubah keupayaan kami untuk meramal, mencegah dan menguruskan penyakit."
"Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan pasukan TriNetX," kata Andrew Deubler, Naib Presiden Kanan, Ketua Pegawai Perniagaan dan Pentadbiran RGC. "Pelaburan strategik RGC kami memangkinkan inovasi, memacu kemajuan dalam teknologi terkini yang mempercepat penemuan dan pembangunan ubat, serta membantu kami membangunkan penyelesaian kesihatan digital berinovatif. Perjanjian ini mewakili kerjasama terkini dan satu daripada yang paling penting, serta kami tidak sabar untuk terus mengembangkan rangkaian rakan kongsi terbaik kami ketika meneruskan misi kami."
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Regeneron akan melabur sehingga $200 juta dalam TriNetX.
Maklumat Tentang TriNetX, LLC
TriNetX ialah Global Truth Engine for Better Human Health™ (Enjin Kebenaran Global untuk Kesihatan Manusia yang Lebih Baik) yang menjadikan data kesihatan dunia sebenar yang kompleks mudah digunakan. Data diperoleh secara langsung daripada rangkaian global kami yang semakin berkembang di lebih 11,000 lokasi penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan. Pelanggan TriNetX memilih sumber, jenis data dan kepelbagaian data yang diperlukan; kaedah akses data yang diinginkan; dan jenis perisian, kecerdasan manusia dan mesin yang ingin digunakan – dan menggabungkan semua ini untuk menyelesaikan objektif perniagaan masing-masing. Kunjungi TriNetX di www.trinetx.com atau ikuti TriNetX dalam LinkedIn untuk mengetahui lebih lanjut.
Maklumat Tentang Regeneron
Regeneron (NASDAQ: REGN) ialah syarikat bioteknologi terkemuka yang mencipta, membangun dan mengkomersialkan ubatan yang mengubah kehidupan untuk individu yang menghidapi penyakit serius. Ditubuhkan dan dipimpin oleh doktor-saintis, keupayaan unik kami untuk menterjemahkan sains secara berulang kali dan konsisten kepada perubatan telah menghasilkan pelbagai rawatan yang diluluskan dan bakal produk dalam pembangunan, kebanyakannya dihasilkan di makmal kami sendiri. Ubatan dan rancangan kami direka bentuk untuk membantu pesakit dengan penyakit mata, penyakit alahan dan keradangan, kanser, penyakit kardiovaskular dan metabolik, penyakit neurologi, penyakit hematologi, penyakit berjangkit dan penyakit yang jarang dihidapi.
Regeneron menganjak sempadan penemuan saintifik dan mempercepat pembangunan ubat menggunakan teknologi proprietari kami, seperti VelociSuite®, yang menghasilkan antibodi manusia sepenuhnya yang dioptimumkan dan kelas antibodi bispesifik baharu. Kami membentuk sempadan perubatan yang seterusnya dengan cerapan dikuasakan data daripada Regeneron Genetics Center® dan merintis platform perubatan genetik, membolehkan kami mengenal pasti sasaran berinovatif dan pendekatan pelengkap berpotensi merawat atau menyembuhkan penyakit.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.Regeneron.com atau ikuti Regeneron dalam LinkedIn, Instagram, Facebook, YouTube atau X.
Maklumat Tentang Regeneron Genetics Center (Pusat Genetik Regeneron)
Regeneron Genetics Center® (RGC®) ialah inisiatif penyelidikan genomik dan anak syarikat milik penuh Regeneron. Selama lebih sedekad, kami telah memanfaatkan kuasa genetik manusia untuk menemui ubatan baharu yang penting, mengesahkan program penyelidikan sedia ada dan mengoptimumkan ujian klinikal. Kami memanfaatkan pangkalan data kami yang semakin meningkat dengan lebih daripada 3 juta eksom berjujukan dan maklumat kesihatan yang tidak dikenal pasti menggunakan analisis data proprietari, teknologi dan kepintaran manusia untuk membuat penemuan biologi yang bermakna pada kelajuan pantas dan skala besar. Model bersepadu hubungan yang kukuh kami memberikan tumpuan kepada kerjasama rapat dengan kolaborator kami bagi membina set data dengan kohort yang bermakna. Kami menggunakan teknologi berinovatif, seperti pembelajaran mesin, untuk menjujuk eksom, sejajar dengan maklumat kesihatan dan melakukan analisis berskala besar untuk membuat perkaitan yang bermakna antara gen dan penyakit. Kami menggunakan cerapan kami untuk membimbing usaha penemuan dan pembangunan ubat Regeneron yang lebih luas.
Pernyataan Pandang ke Hadapan dan Penggunaan Media Digital Regeneron
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan pandang ke hadapan yang melibatkan risiko dan ketidaktentuan berkaitan dengan peristiwa dan prestasi pada masa akan datang Regeneron Pharmaceuticals, Inc. ("Regeneron" atau "Syarikat") dan peristiwa atau keputusan sebenar mungkin berbeza dengan banyak berbanding pernyataan pandang ke hadapan ini. Perkataan seperti "duga," "jangka," "berniat," "rancang," "percaya," "cari," "anggar," kelainan perkataan tersebut dan ungkapan serupa yang bertujuan mengenal pasti pernyataan pandang ke hadapan berkenaan, walaupun tidak semua pernyataan pandang ke hadapan mengandungi perkataan pengenalpastian ini. Pernyataan ini berkaitan dan risiko serta ketidaktentuan ini merangkumi, antara lain, sifat, pemasaan dan kemungkinan kejayaan serta penggunaan terapeutik produk yang dipasarkan atau sebaliknya dikomersialkan oleh Regeneron dan/atau kolaborator atau pemegang lesen syarikat tersebut (secara kolektif, "Produk Regeneron") dan bakal produk yang dibangunkan oleh Regeneron dan/atau kolaborator atau pemegang lesen (secara kolektif, "Bakal Produk Regeneron"), program penyelidikan dan klinikal kini sedang dijalankan atau dirancang dan penggunaan genetik manusia dalam program penyelidikan Regeneron; kemungkinan, pemasaan dan skop untuk mencapai mana-mana kejayaan penting yang dijangkakan seperti yang diterangkan dalam siaran akhbar ini; sejauh mana keputusan daripada program penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan oleh Regeneron dan/atau kolaborator atau pemegang lesen syarikat itu (seperti yang mungkin terhasil daripada kerjasama Regeneron dengan TriNetX yang dibincangkan dalam siaran akhbar ini) mungkin direplikasi dalam kajian lain dan/atau membawa kepada kemajuan bakal produk kepada ujian klinikal, pengguna terapeutik, atau kelulusan kawal selia; kewajipan dan pengawasan kawal selia berterusan yang memberikan impak kepada Produk, program penyelidikan dan klinikal, serta perniagaan Regeneron, termasuk perkara berkaitan dengan privasi pesakit; kemungkinan, pemasaan dan skop kemungkinan kelulusan kawal selia dan pelancaran komersial Bakal Produk Regeneron dan petunjuk baharu untuk Produk Regeneron; ketidaktentuan penggunaan, penerimaan pasaran dan kejayaan komersial Produk Regeneron dan Bakal Produk Regeneron dan impak kajian (sama ada dijalankan oleh Regeneron atau pihak lain dan sama ada diwajibkan atau secara sukarela) terhadap mana-mana perkara yang tersebut di atas; keupayaan kolaborator, pemegang lesen, pembekal, atau pihak ketiga lain (seperti yang berkenaan) Regeneron untuk melakukan pembuatan, pengisian, kemasan, pembungkusan, pelabelan, pengedaran dan langkah lain berkaitan dengan Produk Regeneron dan Bakal Produk Regeneron; keupayaan Regeneron mengurus rantaian bekalan untuk pelbagai produk dan bakal produk, serta risiko berkaitan dengan tarif dan sekatan perdagangan lain; isu keselamatan yang disebabkan oleh pemberian Produk Regeneron dan Bakal Produk Regeneron kepada pesakit, termasuk komplikasi serius atau kesan sampingan berkaitan dengan penggunaan Produk Regeneron dan Bakal Produk Regeneron dalam ujian klinikal; penentuan oleh pihak berkuasa kawal selia dan pentadbiran kerajaan yang boleh melewatkan atau menyekat keupayaan Regeneron untuk terus membangunkan atau mengkomersialkan Produk Regeneron dan Bakal Produk Regeneron; ketersediaan dan setakat mana pembayaran balik atau bantuan pembayaran bersama untuk Produk Regeneron daripada pembayar pihak ketiga dan pihak ketiga lain, termasuk program penjagaan kesihatan dan insurans pembayar swasta, organisasi penyelenggaraan kesihatan, syarikat pengurusan manfaat farmasi dan program kerajaan seperti Medicare dan Medicaid; penentuan perlindungan dan pembayaran balik oleh pembayar tersebut dan pihak ketiga lain, serta dasar dan prosedur baharu yang diterima guna oleh pembayar tersebut dan pihak ketiga lain; perubahan kepada peraturan dan keperluan penetapan harga ubat dan strategi penetapan harga Regeneron; perubahan lain dalam undang-undang, peraturan dan dasar yang mempengaruhi industri penjagaan kesihatan; produk dan bakal produk yang bersaing (termasuk produk bioserupa) yang mungkin lebih baik, atau lebih menjimatkan kos berbanding Produk Regeneron dan Bakal Produk Regeneron; perbelanjaan yang tidak dijangkakan; kos pembangunan, pengeluaran dan penjualan produk; keupayaan Regeneron untuk memenuhi mana-mana unjuran atau panduan kewangan syarikat dan perubahan kepada andaian yang mendasari unjuran atau panduan tersebut; potensi untuk apa-apa lesen, kerjasama, atau perjanjian bekalan, termasuk perjanjian Regeneron dengan Sanofi dan Bayer (atau syarikat gabungan masing-masing, jika berkenaan) serta kerjasama dengan TriNetX yang dibincangkan dalam siaran akhbar ini, akan dibatalkan atau ditamatkan; impak wabak kesihatan awam, epidemik, atau pandemik terhadap perniagaan Regeneron; dan risiko berkaitan dengan litigasi dan prosiding lain, serta siasatan kerajaan berkaitan dengan Syarikat dan/atau operasi yang dijalankan (termasuk prosiding sivil yang masih berjalan, dimulakan atau disertai oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dan Pejabat Peguam Amerika Syarikat untuk Daerah Massachusetts), risiko berkaitan dengan harta intelek pihak lain dan litigasi yang masih berjalan atau pada masa akan datang yang berkaitan dengannya (termasuk tanpa had litigasi paten dan prosiding berkaitan lain yang berkaitan dengan Suntikan EYLEA ® (aflibercept)), hasil muktamad mana-mana prosiding dan siasatan berkenaan, serta impak mana-mana perkara di atas terhadap perniagaan, prospek, pencapaian operasi dan keadaan kewangan Regeneron. Huraian yang lebih lengkap tentang risiko penting ini dan risiko penting yang lain boleh didapati dalam pemfailan Regeneron dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat, termasuk Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2025. Mana-mana pernyataan pandang ke hadapan dibuat berdasarkan kepercayaan dan pertimbangan semasa pihak pengurusan, serta pembaca diingatkan supaya tidak bergantung pada apa-apa pernyataan pandang ke hadapan yang dibuat oleh Regeneron. Regeneron tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini (secara terbuka atau sebaliknya) apa-apa pernyataan pandang ke hadapan, termasuk tanpa had apa-apa unjuran atau panduan kewangan, sama ada disebabkan oleh maklumat baharu, peristiwa akan datang atau sebaliknya.
Regeneron menggunakan laman web media dan perhubungan pelabur, serta saluran media sosial syarikat untuk menerbitkan maklumat penting tentang Syarikat, termasuk maklumat yang mungkin dianggap penting kepada pelabur. Maklumat kewangan dan maklumat lain tentang Regeneron disiarkan secara rutin dan boleh diakses di laman web media dan hubungan pelabur Regeneron (https://investor.regeneron.com ) dan di laman LinkedIn syarikat ( https://www.linkedin.com/company/regeneron-pharmaceuticals ).
Regeneron
Media :
Ella Campbell
E-mel: [email protected]
Pelabur:
Vesna Tosic
E-mel: [email protected]
TriNetX
Karen Tunks
E-mel: [email protected]
Logo – https://mma.prnewswire.com/media/542641/TriNetX_Logo.jpg
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4926304_MS26304_6











