Midea dan Keppel Bekerjasama Usahakan Peluang Penyelesaian Penyejukan Modular Berdaya-AI Seluruh Asia - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Midea dan Keppel Bekerjasama Usahakan Peluang Penyelesaian Penyejukan Modular Berdaya-AI Seluruh Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA, 14 April 2026 /PRNewswire/ — Midea Building Technologies (MBT), unit perniagaan Midea Group, bersama-sama Bahagian Infrastruktur Keppel Ltd. (Keppel), telah memeterai perjanjian kerjasama strategik untuk membangunkan secara bersama penyelesaian penyejukan cekap tenaga berdaya AI di seluruh Asia. Majlis menandatangani perjanjian disaksikan oleh Cik Cindy Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Infrastruktur Keppel dan En. Peter Guan, Naib Presiden Midea Group dan Presiden MBT.

Signing Ceremony
Signing Ceremony

Kerjasama tidak eksklusif ini akan menggabungkan keupayaan MBT dalam pembuatan sistem pemanasan, pengudaraan dan penyamanan udara serta sistem bangunan pintar dengan kekuatan Keppel dalam Penyejukan-sebagai-Perkhidmatan (CaaS) dan pengoptimuman digital, bagi membangunkan secara bersama sistem penyejukan modular terpiawai. Pelaksanaan sistem penyejukan modular dalam projek tertentu akan dilaksanakan melalui perjanjian projek yang dirunding secara berasingan oleh Keppel dan MBT secara kes demi kes.

Dijangkakan bahawa sistem penyejukan modular yang dibangunkan secara bersama ini akan menawarkan penyelesaian perbelanjaan modal rendah (capex-light) fleksibel yang boleh digunakan dan diskalakan merentasi pelbagai sektor, lalu akan meningkatkan kecekapan tenaga dalam proses penyejukan sambil mengurangkan kerumitan pemasangan di lokasi.

Dengan menerima pakai pendekatan modular yang direkayasa terlebih dahulu, Keppel boleh membikin lebih awal modul penyejukan dan memasangnya di lokasi projek. Sistem penyejukan modular ini akan dihubungkan kepada Operations Nerve Centre (ONC) canggih milik Keppel. ONC ini, seterusnya, beroperasi pada platform digital proprietari Keppel, Infrastructure Intelligence (II) yang memanfaatkan AI dan pembelajaran mesin bagi pemantauan masa nyata serta analitik lanjutan prestasi, seterusnya membolehkan modul penyejukan diurus dari jauh sepanjang masa.

Apabila digabungkan dengan peralatan pintar MBT, sensor IoT dan sistem pengurusan bangunan pintar, dijangkakan bahawa penyelesaian penyejukan berdaya AI ini akan berupaya menawarkan kebolehpercayaan operasi yang dipertingkat, kecekapan tenaga lebih baik serta dan pengurangan emisi karbon kitaran hayat yang dihasilkan daripada proses penyejukan.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, kedua-dua syarikat akan menubuhkan Centre of Excellence berteraskan AI iaitu sebuah platform kolaboratif untuk memudahkan kejuruteraan, penyeragaman, pengoptimuman dan replikasi merentas projek berpotensi. Sektor sasaran termasuk pusat data, pembuatan maju dan taman industri, penjagaan kesihatan dan kampus pendidikan, hab penerbangan, pembangunan bersepadu serta projek naik taraf (retrofit).

En. Peter Guan, Naib Presiden Midea Group dan Presiden MBT berkata: "Perkongsian ini membuka potensi penuh AI berindustri untuk penyejukan. MBT membawa keupayaan pembuatan boleh diskala, kecerdasan pada tahap peralatan serta seni bina modular terbukti yang boleh direplikasi dengan pantas merentasi bandar dan sektor. Bersama platform operasi Keppel, kami beralih daripada projek sekali sahaja kepada penyelesaian terpiawai yang boleh diulang – menjadikan penyejukan mampan lebih mudah diakses dan berpatutan pada skala besar."

En. Poh Tiong Keng, Pengarah Eksekutif, Tenaga-sebagai-Perkhidmatan, Keppel, berkata: "Kerjasama ini mengukuhkan lagi keupayaan kami untuk membangunkan dan melaksanakan penyelesaian penyejukan generasi akan datang di seluruh Asia. Dengan menggabungkan Operations Nerve Centre dan keupayaan kendalian mendalam Keppel dengan kekuatan kejuruteraan serta pembuatan Midea, kami membantu mempercepat penerimagunaan infrastruktur pintar berdaya AI pada skala besar merentasi pelbagai sektor. Kami berharap dapat meneruskan kerjasama Keppel yang terjalin bersama Midea, termasuk projek Sistem Penyejukan Terpusat HDB Tengah Keppel di Singapura."

Latar Belakang Midea

Midea Group Co., Ltd. (000333.SZ, 00300.HK) ialah syarikat peneraju teknologi antarabangsa yang tersenarai di kedudukan #246 dalam Fortune Global 500 2025. Perniagaan Midea Group merangkumi rumah pintar, teknologi industri, teknologi bangunan, robotik dan automasi, tenaga baharu, penjagaan kesihatan serta logistik pintar. 65 pusat pengeluaran Midea di peringkat global dan lebih 190,000 pekerja di lebih 200 negara dan wilayah menjana hasil tahunan sebanyak lebih daripada USD 64.3 bilion pada 2025. 41 pusat inovasi seluruh dunia Midea dan komitmen teguh terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) telah menghasilkan lebih 90,000 paten yang dibenarkan setakat ini.

Latar Belakang Keppel

Keppel Ltd. (SGX:BN4) ialah pengurus dan pengendali aset global dengan kepakaran kukuh dalam penyelesaian berkaitan kemampanan merangkumi bidang infrastruktur, hartanah dan keterhubungan. Beribu pejabat di Singapura, Keppel beroperasi di lebih 20 negara seluruh dunia, menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan kritikal untuk tenaga boleh diperbaharui, tenaga bersih, penyahkarbonan, pembaharuan bandar lestari dan keterhubungan digital. Keppel mencipta nilai untuk pelabur dan pihak berkepentingan melalui platform pelaburan berkualiti dan portfolio aset yang pelbagai, termasuk dana persendirian serta amanah hartanah dan perniagaan tersenarai.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4933499_MS33499_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI