Koleksi "Twinkle Twinkle Sweet Pop Gelato" POP MART Dilancarkan di Lazada dengan Baucar Eksklusif dan Ganjaran Istimewa untuk Pengumpul - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Koleksi “Twinkle Twinkle Sweet Pop Gelato” POP MART Dilancarkan di Lazada dengan Baucar Eksklusif dan Ganjaran Istimewa untuk Pengumpul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR, Malaysia, April 15, 2026 /PRNewswire/ — Lazada membawakan pengalaman membeli-belah yang lebih manis buat para pengumpul POP MART menerusi koleksi "Twinkle Twinkle Sweet Pop Gelato", yang akan mula ditawarkan menerusi POP MART Official Store di platform Lazada di Singapura, Vietnam, Indonesia, Malaysia dan Filipina bermula jam 10 pagi (GMT+8), 17 April ini. Koleksi baharu itu dilancarkan bersama pelbagai baucar eksklusif, hadiah edisi terhad dan ganjaran khas untuk pengumpul, sekali gus menambah keterujaan peminat.

Koleksi “Twinkle Twinkle Sweet Pop Gelato” POP MART Dilancarkan di Lazada dengan BaucarEksklusif dan Ganjaran Istimewa untuk Pengumpul
Koleksi “Twinkle Twinkle Sweet Pop Gelato” POP MART Dilancarkan di Lazada dengan BaucarEksklusif dan Ganjaran Istimewa untuk Pengumpul

Koleksi ini diperkenalkan susulan momentum kukuh yang diraih POP MART di Lazada apabila jenama itu merekodkan pertumbuhan dua kali ganda dari segi nilai dagangan kasar, GMV, tahun ke tahun, selain peningkatan tiga kali ganda dalam jumlah pesanan semasa kempen jualan mega ulang tahun Lazada baru-baru ini.

Di peringkat global, harta intelek, IP, baharu POP MART, Twinkle Twinkle, yang diperkenalkan pada pertengahan 2024, pantas menjadi antara francais utama syarikat itu dengan menjana kira-kira RMB2.056 bilion, bersamaan lebih kurang RM1.19 bilion (sekitar AS$301 juta) pada 2025, lebih 1,600% berbanding tahun sebelumnya. Di Asia Tenggara, hasil bagi IP berkenaan turut meningkat lebih lima kali ganda, mencerminkan penerimaan yang semakin kukuh dalam kalangan peminat di rantau ini.

Koleksi baharu dilancarkan di Lazada dengan baucar eksklusif, hadiah dan ganjaran masa terhad

Koleksi ini akan mula ditawarkan di Lazada pada 17 April.
Koleksi ini akan mula ditawarkan di Lazada pada 17 April.

Koleksi "Twinkle Twinkle Sweet Pop Gelato" akan mula ditawarkan di Lazada menerusi POP MART Official Store di Singapura, Vietnam, Indonesia, Malaysia dan Filipina bermula 17 April.

Bersempena dengan pengenalan koleksi ini, pembeli berpeluang menikmati baucar eksklusif, hadiah percuma dengan pembelian selagi stok masih ada, serta ganjaran berperingkat yang merangkumi barangan koleksi edisi terhad dan set bonus istimewa. Setiap pasaran turut menawarkan mekanisme tambahan tersendiri bagi menyemarakkan lagi minat dan keterujaan dalam kalangan pengumpul.

Di Malaysia, pembeli boleh menikmati potongan RM18 bagi pembelian minimum RM299 serta potongan RM32 bagi pembelian minimum RM399. Pada masa sama, 150 pembeli terawal turut akan menerima lencana magnet daripada POP MART. Pembelian minimum RM130 pula melayakkan pembeli menerima transforming face pen, terhad kepada 200 unit, manakala pembelian minimum RM470 membolehkan mereka memperoleh pek tisu, terhad kepada 300 unit. Tiga pembelanja tertinggi pula bakal menerima ganjaran eksklusif Twinkle Twinkle, termasuk Apple of My Eyes Festival Gift Box, selimut hiasan, serta TOP: DIMOO WORLD × DISNEY Series Vinyl Plush Keychain Blind Box.

Dengan jumlah terhad bagi item dan hadiah terpilih, koleksi ini dijangka menarik minat Dengan jumlah terhad bagi item dan hadiah terpilih, koleksi ini dijangka menarik minat tinggi dalam kalangan pembeli baharu serta pengumpul sedia ada yang ingin mendapatkan item daripada siri terbaharu ini.kalangan pembeli baharu serta pengumpul sedia ada yang ingin mendapatkan item daripada siri terbaharu ini.

Permudah akses koleksi baharu POP MART, perkasa pengalaman pengumpul

Menerusi kerjasama dengan POP MART, Lazada terus memperluas akses kepada keluaran IP baharu untuk pengumpul di seluruh Asia Tenggara, sekali gus memudahkan peminat tempatan mendapatkan koleksi yang turut diperkenalkan di pasaran global. Menerusi POP MART Official Store di platformnya, Lazada turut menyediakan saluran beli-belah yang dipercayai untuk mendapatkan produk tulen, sejajar dengan keperluan kategori yang menitikberatkan eksklusiviti dan keaslian.

Sejak tahun lalu, Lazada turut menambah baik perkhidmatan logistik untuk pengumpul di Indonesia, Singapura, Malaysia dan Vietnam bagi memastikan pengalaman membeli-belah yang lebih pantas dan lancar. Pesanan daripada POP MART Official Store kini diproses dalam tempoh 48 jam, dengan tempoh penghantaran seawal dua hari selepas pesanan diterima. Pada masa sama, penambahbaikan logistik itu turut membantu mengurangkan kos penghantaran serta menjadikan premium art toys seperti ini lebih mudah diakses oleh pengumpul di rantau ini.

Kejayaan berterusan POP MART di Lazada turut mencerminkan perubahan dalam landskap eDagang Asia Tenggara, apabila keputusan pembelian semakin dipengaruhi minat, identiti dan pengalaman. Menerusi kerjasama seumpama ini, Lazada terus memperkukuh pengalaman penemuan untuk pengguna, sambil membantu jenama membawa koleksi terbaharu mereka ke pasaran dengan lebih mudah dan berkesan.

– TAMAT –

About Lazada Group 

Lazada Group is Southeast Asia’s pioneer eCommerce platform. For the last 14 years, Lazada has been accelerating progress in Indonesia, Malaysia, the Philippines, Singapore, Thailand and Vietnam through commerce and technology. Today, a thriving local ecosystem links about 160 million active users to more than one million actively selling sellers every month, who are transacting safely and securely via trusted payments channels and Lazada Wallet, receiving parcels through a homegrown logistics network that has become the largest in the region. 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4934775_MS34775_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI