Dari bilik tidur sehingga ke ruang tamu, Coway Studio, Suite, dan Atrium memastikan udara yang lebih segar mengalir ke setiap sudut kediaman anda dengan kembalinya Zon Coway Rileks & Refresh
KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 April 2026 /PRNewswire/ — Coway, Syarikat Best Life Solution, kembali semula dengan Zon Rileks & Refresh untuk tahun kedua, menekankan tentang peranan udara yang bersih sebagai keperluan penting untuk menjalani kehidupan yang lebih selesa. Diterajui oleh pelancaran tiga jenis penulenudara baharu iaitu Coway Studio, Coway Suite, dan Coway Atrium, rangkaian terbaharu ini direka untuk menghadirkan udara bersih bagi setiap ruang di samping menyesuaikan mengikut gaya hidup seharian.
Rakan-rakan media di Zon Coway Rileks & Refresh sempena pelancaran rangkaian penulen udara terbaharu Coway.
Dalam kehidupan harian yang semakin sibuk, keselesaan di rumah bukan sekadar terletak pada kelembutan tekstur dan ruang yang kemas. Sebaliknya, ia tentang bagaimana suasana yang dirasai di dalam rumah itu sendiri. Saat rumah dipenuhi dengan pelbagai momen sama ada ketika musim perayaan atau menjalani rutin harian, kualiti udara yang bersih tetap menjadi sumber ketenangan dan keselesaan bagi semua.
"Di Coway, kami percaya bahawa keselesaan bermula dengan kualiti udara yang mengisi setiap ruang. Setiap ruang yang ada mempunyai keunikan yang tersendiri. Oleh itu, kami mencipta solusi yang disesuaikan untuk setiap ruang tersebut. Dengan menyesuaikan setiap penulen udara kami untuk setiap ruang dan gaya hidup yang berbeza, kami berharap dapat memberi nafas baharu terhadap udara yang bersih sebagai satu pengalaman yang membawa keselesaan, ketenangan, dan terjamin bagi setiap kediaman, meskipun ketika sedang sibuk melakukan persiapan menyambut musim perayaan," kata Janice Tan, Pengurus Bahagian Pemasaran Coway Malaysia.
Tahun ini, Zon Rileks & Refresh Coway menghimpunkan rakan-rakan media di The Agam untuk merasai sendiri pengalaman menyeluruh udara bersih yang disesuaikan untuk setiap ruang. Direka bagi mencerminkan suasana kemeriahan Hari Raya, majlis ini diatur mengikut beberapa siri persekitaran dengan begitu teliti, membolehkan para tetamu bergerak dengan bebas, bermula dari ruang momen peribadi yang tenang sehinggalah ke ruang sosial yang penuh interaksi.
Perjalanan bermula dengan menyambut para tetamu di ruang utama yang dilengkapi Coway Atrium, di sini tetamu boleh turut serta dalam melukis mural batik secara berkumpulan, mengimbas kembali kenangan di zaman kanak-kanak dengan permainan lama seperti congkak dan batu seremban, sambil menikmati kuih-muih tradisional. Perjalanan diteruskan bersama-sama ke bengkel sesi menenun alas cawan batik dan sesi menghias biskut sebelum meneroka bilik tidur utama yang dilengkapi dengan Coway Suite dan ke bilik tidur yang lebih kecil yang menampilkan Coway Studio.
"Pelancaran Coway Studio, Coway Suite dan Coway Atrium menzahirkan komitmen berterusan Coway dalam berinovasi berasaskan kehidupan realiti. Melalui setiap ruang, kami menggambarkan secara ilustrasi tentang bagaimana reka cipta penulen udara kami disepadukan ke dalam rutin harian, membantu setiap kediaman terasa lebih tenang, seimbang, dan segar, sama ada dinikmati secara peribadi atau pun dikongsi bersama yang tersayang," kata Janice lagi.
Tentang Coway Studio, Suite, dan Atrium
Dikuasakan dengan Coway’s Hypervortex™ Air Technology, Coway Studio dan Coway Suite mempunyai ciri yang direka untuk mengalirkan udara bersih dengan cepat, cekap, dan senyap. Direka untuk ruang yang lebih kecil dan peribadi, Coway Studio memberi tumpuan untuk suasana yang lebih fokus dan santai, manakala Coway Suite pula ideal untuk suasanadi mana detik-detik diluangkan bersama keluarga sepanjang hari. Walaupun saiznya kompak, fungsi kedua-dua model ini teguh dan sesuai diletakkan di bilik tidur, individu yang mempunyai pejabat di rumah, mahupun ruang tamu kecil, di mana kualiti udara di ruang tersebut boleh membawa keselesaan dan suasana yang tenang.
Bagi ruang yang lebih besar seperti rumah dengan pelan terbuka yang luas dan ruang dalaman yang terletak di persekitaran yang sesak, Coway Atrium menampilkan sistem Dwi Motor Berprestasi Tinggi yang berfungsi secara harmoni untuk menghasilkan sedutan yang kuat dan stabil bagi memastikan aliran udara yang konsisten. Direka untuk persekitaran yang dinamik, ia memastikan udara bersih mengalir dengan lancar tanpa menjejaskan suasana, pergerakan, atau interaksi dalam setiap pertemuan.
Lebih daripada sekadar pelancaran produk, rangkaian penulen udara terbaharu ini mencerminkan visi Coway terhadap gaya hidup moden. Dengan mencipta penyelesaian yang sesuai dengan bagaimana sesebuah kediaman itu berfungsi, baik dari sudut peribadi dan sunyi hinggalah kepada ruang berkumpul dengan suasana yang lebih ceria, Coway telah menetapkan penanda aras terbaharu untuk keselesaan ruang dalaman. Di sinilah udara bersih hadir melengkapkan suasana tenang, selesa, dan harmoni dalam kehidupan seharian.
Ketahui lebih lanjut tentang penulen udara yang disesuaikan untuk setiap ruang di Coway Studio, Coway Suite, dan Coway Atrium. Layari coway.com.my atau ikuti Coway Malaysia di Facebook, Instagram, dan TikTok.
-TAMAT-
Mengenai Coway
Coway, Syarikat Best Life Solution
Ditubuhkan pada tahun 1989, Coway adalah peneraju dalam pasaran pembuatan dan pengedaran peralatan rumah untuk kesejahteraan hidup di Korea Selatan, hasil iltizam kukuh kilang pembuatan penulen air dalamannya yang terbesar di dunia, dan pusat R&D tercanggih di Universiti Kebangsaan Seoul. Terkenal dengan peralatan rumahnya, Coway telah meluaskan perniagaannya secara agresif ke seluruh dunia dan mempunyai lebih 11 juta pelanggan di seluruh dunia. Selain memperoleh pengiktirafan untuk rangkaian produknya yang berkualiti tinggi, Coway juga terkenal dengan perkhidmatan pelanggan selepas jualan yang cemerlang, dan pelan pembayaran mudah yang inovatif. Pada tahun 2006, Coway telah diperkenalkan ke pasaran Malaysia. Setelah 20 tahun berada di Malaysia, Coway telah mencapai berjuta-juta pelanggan Malaysia dan telah berjaya diiktiraf sebagai syarikat Best Life Solution yang berusaha untuk menyediakan air yang lebih bersih, udara yang lebih segar dan tidur yang lebih lena; menggalakkan orang ramai untuk "Hidup Lebih Indah" ke arah menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4934883_MS34883_6










