![]() |
NEW YORK, 10 April 2026 /PRNewswire/ — Adyen, platform teknologi kewangan global pilihan untuk perniagaan terkemuka, pada hari ini mengumumkan Pergerakan Wang Pintar, tawaran produk baharu yang menghubungkan bayaran, pengurusan kecairan dan pembayaran bersama-sama pada platform tunggal. Direka bentuk untuk perusahaan global yang besar, penyelesaian tersebut membolehkan perniagaan seperti Etsy, Expedia Group dan Vinted memindahkan dana dengan lebih cepat, memperoleh keterlihatan masa nyata dalam kedudukan tunai masing-masing dan mengurangkan kerumitan operasi.
Bagi perusahaan global, operasi kewangan terus menjadi begitu rumit, dibebani oleh penyedia perkhidmatan yang berpecah-belah. Bayaran pelanggan tiba melalui kad, pindahan bank dan kaedah bayaran tempatan dalam pelbagai mata wang, sementara pelanggan, pembekal dan rakan kongsi luaran menjangkakan akses yang lebih cepat dan lebih fleksibel kepada dana. Pasukan perbendaharaan perlu menavigasi pembaikan sementara penyedia perkhidmatan kewangan yang berpecah belah untuk menguruskan bahagian kitaran hayat aliran tunai yang berbeza.
"Perdagangan global beroperasi dalam masa nyata, tetapi pergerakan wang masih berlaku dalam peringkat yang berpecah belah," kata Ethan Tandowsky, Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Adyen. "Pergerakan Wang Pintar direka bentuk untuk menghapuskan jurang antara bayaran, pengurusan kecairan dan pembayaran. Dengan menyatukan kitaran hayat dana pada platform tunggal, kami membolehkan perniagaan mengakses modal dengan lebih cepat, menambah baik kecekapan modal kerja dan membuat keputusan kewangan yang lebih proaktif. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pejabat Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat terpaksa berhadapan dengan perubahan pesat dan ketidaktentuan dengan penerimagunaan AI dan keadaan ekonomi. Dengan membolehkan bendahari menjadi lebih tangkas, membenarkan mereka menyampaikan nilai sebenar kepada perniagaan dan operasi syarikat."
Kerumitan ini menjadi bertambah besar dengan pertumbuhan, kerana keadaan tersebut berkembang merentasi pasaran dan aliran pendapatan. Perusahaan sederhana bekerjasama dengan lima hingga enam bank utama, menguruskan lebih 40 akaun bank berasingan dan mempunyai 12 penyedia perkhidmatan bayaran masuk dan pembayaran. Untuk menguruskan pergerakan dana dan mewujudkan keterlihatan dalam aliran tunai, bendahari kerap bergantung pada proses manual atau khusus, yang memerlukan jumlah sumber yang besar. Keadaan ini menjadi lebih mencabar apabila ditambah dengan hutang teknikal daripada aktiviti pengambilalihan atau sistem legasi yang tidak serasi. Menurut Laporan Perbendaharaan bersama daripada Adyen dan Boston Consulting Group, 48% Ketua Pegawai Kewangan (CFO) menyatakan ketelusan dan unjuran kecairan yang tepat menjadi cabaran utama, serta melaporkan bahawa pasukan perbendaharaan membelanjakan lebih daripada 20% daripada masa mereka menguruskan bayaran masuk dan pembayaran.
Pergerakan Wang Pintar dikuasakan secara unik oleh keupayaan teras Adyen yang utama:
Platform yang Disatukan: Tidak seperti kebanyakan penyedia perkhidmatan yang bergantung pada pembaikan sementara teknologi yang diambil alih dan penyepaduan pihak ketiga, Adyen telah membina keseluruhan tindanan teknologi kewangan syarikat pada platform tunggal. Ini membenarkan bayaran, pengurusan kecairan dan pembayaran dibuat dalam satu sistem.
Lesen Perbankan Global: Adyen ialah satu daripada syarikat teknologi kewangan (fintech) terpilih yang memegang lesen perbankan syarikat itu sendiri di seluruh Amerika Syarikat, U.K. dan Eropah. Infrastruktur ini membolehkan sambungan terus kepada landasan pembayaran dan skim kad, mengurangkan pengantara dan masa penyelesaian dana.
Tawaran produk Pergerakan Wang Pintar direka bentuk untuk perniagaan yang menguruskan aliran bayaran dan pembayaran besar yang rumit, termasuk insurans, pasaran runcit, platform mobiliti dan penghantaran, agensi pelancongan dalam talian dan banyak lagi.
"Dalam industri pelancongan, kerumitan memindahkan wang secara global, dari masa tempahan awal pelancong ke masa pembayaran akhir hos, memerlukan tahap ketahanan dan kepercayaan yang tinggi," kata Jing Yang, Naib Presiden Bayaran Global di Expedia Group. "Menyatukan bayaran masuk dan pembayaran kami melalui Pergerakan Wang Pintar, membantu kami menguruskan keseluruhan kitaran kewangan dengan lebih baik pada platform tunggal. Ini mengurangkan kerumitan operasi dan memastikan hos kami menerima pengalaman yang lancar dan andal."
"Menyatukan aliran dana kami pada platform tunggal adalah pemacu utama untuk kebolehskalaan VintedPay. Dengan menguruskan bayaran masuk dan pembayaran melalui infrastruktur yang sama, kami telah memudahkan operasi kami dan berjaya memperoleh kestabilan yang diperlukan untuk mengembangkan perkhidmatan kewangan kami," kata Modestas Tursa, Naib Presiden Bayaran di Vinted. "Persediaan ini membolehkan kami terus memberikan tumpuan kepada menyampaikan pengalaman yang andal untuk ahli kami."
Untuk maklumat lanjut tentang Pergerakan Wang Pintar, klik di sini.
Maklumat Tentang Adyen
Adyen (AMS: ADYEN) ialah platform teknologi kewangan pilihan untuk syarikat terkemuka. Melalui penyediaan keupayaan pembayaran menyeluruh, cerapan yang didorong oleh data dan produk kewangan dalam penyelesaian global tunggal, Adyen membantu perniagaan mencapai cita-cita masing-masing dengan lebih cepat. Mempunyai pejabat di seluruh dunia, Adyen bekerjasama dengan syarikat seperti Meta, Uber, H&M, eBay dan Microsoft. Adyen terus menambah baik dan mengembangkan tawaran produk syarikat sebagai sebahagian daripada urusan perniagaan yang biasa dilaksanakan. Produk dan ciri baharu diumumkan melalui siaran akhbar dan kemas kini produk pada laman web syarikat.
Logo – https://mma.prnewswire.com/media/1490851/Logo__Adyen_green_RGB_Logo.jpg
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4930581_MS30581_6











