![]() |
ATLANTA, 25 Mac 2026 /PRNewswire/ — Rumah merupakan asas kepada pembinaan kehidupan kita. Ia membawa kepada tahap kesihatan, pendidikan, dan kesejahteraan yang lebih baik, selain memacu pertumbuhan ekonomi serta mengurangkan kemiskinan. Namun, pada setiap hari, satu daripada tiga orang di seluruh dunia bangun tanpa jaminan rumah yang selamat dan mampu milik.
In 2026, Habitat marks 50 years of building with families and communities, making sure everyone has a safe, affordable place to call home. Through its Let’s Open the Door global campaign, Habitat will bring awareness about the need to create better access to affordable and sustainable housing and how we can work together to open more doors.
Krisis perumahan merupakan salah satu cabaran global yang paling mendesak. Menyedari kepentingan sesebuah rumah terhadap keluarga dan impaknya kepada komuniti, hari ini Habitat for Humanity bersama rakan kongsinya melancarkan kempen global "Let’s Open the Door" bagi membangkitkan kesedaran mengenai krisis perumahan di seluruh dunia serta menggembleng orang ramai di mana-mana sahaja untuk mengambil tindakan.
Tahun ini, Habitat menandakan 50 tahun usaha menyatukan orang ramai untuk membina komuniti yang makmur dan sihat. Bersempena dengan pencapaian bersejarah ini, kempen "Let’s Open the Door" anjuran Habitat dengan sokongan State Farm, Whirlpool, Lowe’s, dan Wells Fargo akan menangani keperluan perumahan global dan mengetengahkan isu mendesak ini melalui pemasangan reruai, projek pembinaan di lapangan, serta penceritaan digital di lebih 60 buah negara.
"Perumahan telah menjadi teras kepada kerja-kerja Habitat selama 50 tahun. Sebagai peneraju dalam perumahan global, Habitat memahami kunci yang akan merealisasikan visi kami terhadap sebuah dunia di mana setiap orang mempunyai tempat tinggal yang layak," kata Jonathan Reckford, Ketua Pegawai Eksekutif Habitat for Humanity International. "Dengan sokongan rakan kongsi kami, kempen ‘Let’s Open the Door’ akan mewujudkan kesedaran tentang keperluan untuk meningkatkan akses yang lebih baik kepada perumahan mampu milik serta mampan dan setiap orang boleh memainkan peranan masing-masing. Sama ada dengan menyumbangkan suara, masa, mahupun bakat anda, anda boleh membantu memajukan akses perumahan, kemampuan, serta penyelesaian mampan, dan membantu membuka pintu pemilikan rumah kepada lebih banyak keluarga di seluruh dunia."
Pada 1 April, Habitat bakal melancarkan aktivasi utama pertama kempen ‘Let’s Open the Door’ di A.S. ‘Home is the Key’, yang merupakan inisiatif tahunan pengumpulan dana dan kesedaran Habitat, memberi inspirasi kepada rakan kongsi, penyokong, serta komuniti untuk memajukan penyelesaian perumahan inovatif di seluruh A.S. Ditaja oleh Lowe’s, Blizzard Entertainment, dan Colgate-Palmolive, inisiatif selama sebulan ini akan mencetuskan gerakan untuk membuka pintu kepada pemilikan rumah yang saksama serta komuniti yang lebih kuat dan berdaya tahan. Sepanjang bulan April, lima gabungan tempatan Habitat – Greater Indy Habitat for Humanity, Habitat for Humanity Greater Orlando & Osceola County, Habitat for Humanity New York City and Westchester County, Habitat for Humanity Seattle-King & Kittitas Counties dan Habitat for Humanity of Washington, D.C. & Northern Virginia – akan menganjurkan pelbagai acara termasuk perbincangan panel bersama pakar perumahan terkemuka serta majlis penyerahan kunci rumah bagi menunjukkan kuasa tindakan kolektif dan komitmen berterusan dalam mewujudkan penyelesaian perumahan di A.S.
"Kami telah menjadi penyokong setia Habitat selama lebih dua dekad, sama ada di tapak pembinaan mahupun di luar tapak. Dalam tempoh tersebut, kami telah melihat sendiri kuasa transformatif yang mampu diberikan oleh sesebuah rumah kepada sesebuah keluarga," kata Habitat Humanitarians, Drew dan Jonathan Scott. "Namun kita juga sedia maklum bahawa usaha menyelesaikan krisis perumahan global memerlukan lebih daripada sekadar pembinaan fizikal. Kami berasa bangga untuk menyokong dan menyertai inisiatif ‘Home is the Key’ Habitat sekali lagi bagi membangkitkan kesedaran tentang keperluan yang kian meningkat ini, dan kami bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan lebih banyak keluarga mempunyai tempat tinggal yang selamat."
Musim bunga ini, Habitat turut melancarkan jelajah pengalaman di 10 buah bandar global untuk menarik perhatian terhadap isu perumahan dan meraikan impak organisasi tersebut selama beberapa dekad. Habitat berhasrat untuk mencetuskan rasa ingin tahu dan perbualan melalui gimik pintu terbuka yang "muncul tiba-tiba" di pasaran terpilih, dengan setiap satunya menampilkan kisah impak dan keluarga yang menyentuh hati, melambangkan peluang yang dibawa oleh sesebuah pintu yang terbuka dalam komuniti. Bandar-bandar tersebut termasuk New York, N.Y.; Washington D.C.; Orlando, Fla.; Mexico City, Mexico; Atlanta, Ga.; London, U.K.; Houston, Texas; Los Angeles, Calif.; Oakland, Calif.; dan Chicago, Ill. Setiap pintu akan mengarahkan pengunjung ke platform kempen kami dan pengalaman pintu digital di habitat.org.
Sejak 1976, Habitat for Humanity telah membantu lebih daripada 65 juta orang di seluruh dunia membina, menambah baik, atau membiayai tempat tinggal mereka. Tatkala kami melangkah masuk ke ambang 50 tahun akan datang, Habitat fokus untuk membina sebuah dunia dengan setiap orang mempunyai tempat tinggal yang selamat dan mampu milik. Setiap individu harus mempunyai peluang untuk mencorakkan masa depan mengikut acuan mereka sendiri, dan segalanya bermula dengan sebuah pintu yang terbuka. Berdermalah, jadi sukarelawan, bersuaralah, dan libatkan diri. Kerana masa depan yang lebih baik bermula dengan rumah. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen "Let’s Open the Door" dan cara untuk melibatkan diri, layari www.habitat.org/open-door.
Maklumat tentang Habitat for Humanity
Habitat for Humanity merupakan sebuah gerakan masyarakat di kawasan tempatan anda dan di seluruh dunia, yang bekerjasama untuk membina komuniti yang lebih makmur dan ceria dengan memastikan setiap orang mempunyai tempat tinggal yang selamat dan mampu milik. Sejak penubuhan kami pada tahun 1976 sebagai sebuah organisasi Kristian, kami telah membantu lebih daripada 65 juta orang di peringkat global untuk membina masa depan mengikut acuan mereka sendiri melalui akses kepada perumahan yang layak. Kami melakukannya dengan bekerjasama dengan orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk membina, membaiki, dan membiayai rumah mereka, dengan menginovasikan cara baharu pembinaan serta pembiayaan, dan dengan menyokong dasar yang memudahkan pembinaan serta akses perumahan bagi semua orang. Bersama-sama, kita membina rumah, komuniti,dan harapan. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari habitat.org.
Video – https://mma.prnasia.com/media2/2939192/26_LOTD_Main_16x9_FINAL.mp4
Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2940257/2026_03_23_LOTD_NYC_Door_Pop_Up.jpg
Logo – https://mma.prnewswire.com/media/95215/habitat_for_humanity_logo.jpg
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4915841_MS15841_6













