DUBAI, UAE, 26 Mac 2026 /PRNewswire/ — Dubai telah mencatatkan kedudukan tertinggi yang pernah dicapainya dalam Indeks Pusat Kewangan Global (GFCI) di tempat ketujuh di peringkat global. Pencapaian ini menekankan kebangkitan pesat Emiriah tersebut dalam kalangan hab kewangan paling berpengaruh di dunia serta kepentingannya dalam sistem kewangan global.
Pencapaian ini merupakan titik penting dalam matlamat bercita-cita tinggi Dubai untuk menjadi salah satu daripada empat pusat kewangan global teratas menjelang tahun 2033, selaras dengan Agenda Ekonomi Dubai (D33) yang bertujuan untuk mengukuhkan status emiriah tersebut sebagai hab kewangan, pelaburan dan inovasi global.
Prestasi Dubai ini merupakan kedudukan tertinggi yang pernah dicapai oleh mana-mana pusat kewangan di Timur Tengah, Afrika, dan Asia Selatan (MEASA), memandangkan ia kekal sebagai satu-satunya pusat dari rantau tersebut yang tersenarai dalam kelompok 20 teratas, sekali gus menekankan kepimpinan serantau dan daya saing globalnya.
Ekosistem kewangan Emiriah ini berpaksikan kepada pengembangan berterusan dan impak global Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC), yang terus memperkukuh kedudukannya sebagai hab kewangan yang komprehensif.
Kedudukan tersebut meletakkan Dubai sebaris dengan hab kewangan dunia yang lain termasuk London, New York City dan Singapura. Dubai kekal sebagai salah satu daripada sepuluh buah bandar di dunia yang menjadi peneraju industri global dan menduduki tempat pertama sebagai pusat kewangan yang dijangka akan menjadi lebih signifikan.
Tuan Yang Terutama Essa Kazim, Gabenor DIFC, mengulas: "Kemajuan luar biasa Dubai dalam Indeks Pusat Kewangan Global merupakan satu pencapaian cemerlang yang menyerlahkan visi bercita-cita tinggi Emiriah ini serta pengaruhnya yang semakin berkembang di pentas kewangan antarabangsa. Berpaksikan infrastruktur bertaraf dunia dan persekitaran kawal selia DIFC yang berpandangan jauh, kami terus memperkukuh kedudukan Dubai sebagai hab kewangan global utama di rantau ini, sekali gus menarik institusi kewangan peringkat atasan, inovator dan bakat terbaik."
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, DIFC telah mencatatkan pertumbuhan yang memecahkan rekod, dengan menempatkan lebih 9,000 syarikat aktif, termasuk bank-bank terbesar di dunia, pengurus aset, dana lindung nilai, syarikat insurans, firma perkhidmatan profesional, serta tenaga kerja yang melebihi 50,000 orang.
Buat pertama kalinya, responden industri meletakkan Dubai dalam kelompok 15 teratas bagi kesemua sektor yang dinilai, serta sebagai satu-satunya bandar di rantau ini yang tersenarai dalam kelompok berprestij tersebut. Perkhidmatan Perbankan menduduki tangga ke-14, manakala Kewangan, Pengurusan Pelaburan dan Insurans berada dalam kelompok 10 teratas. Selain itu, Teknologi Kewangan, Kerajaan & Kawal Selia, Perkhidmatan Profesional serta Perdagangan telah melonjak ke dalam kelompok 5 teratas. Dubai juga diiktiraf sebagai satu-satunya pusat kewangan di rantau ini yang tersenarai dalam kelompok sepuluh bandar teratas di dunia yang mempunyai daya saing tinggi bagi Persekitaran Perniagaan, Pembangunan Sektor Kewangan, Modal Insan dan Infrastruktur.
Imej – https://mma.prnewswire.com/media/2943258/DIFC.jpg
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4920124_MS20124_6












