Telangana (India) Menetapkan Cita-cita Global dengan Dasar Sains Hayat Generasi Akan Datang 2026-30 - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Telangana (India) Menetapkan Cita-cita Global dengan Dasar Sains Hayat Generasi Akan Datang 2026-30

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
  • Meletakkan Telangana antara lima kluster sains hayat terbaik dunia menjelang tahun 2030
  • Menyasarkan pelaburan berjumlah USD25 bilion
  • Menganjak tumpuan daripada pembuatan berteraskan skala kepada penciptaan nilai dipacu inovasi

DAVOS, Switzerland, 22 Januari 2026 /PRNewswire/ — Kerajaan Telangana, India pada hari ini memperkenalkan Dasar Sains Hayat Generasi Akan Datang 2026-30 di Forum Ekonomi Dunia 2026 di Davos, menunjukkan hasrat Kerajaan Negeri untuk memainkan peranan yang jauh lebih penting dalam membentuk masa depan penjagaan kesihatan global, terapeutik termaju dan pembuatan bio yang mampan.

generated by system

Dasar ini menyatakan anjakan penentuan daripada pembuatan yang dipacu skala kepada pertumbuhan yang berteraskan nilai dan dikuasakan oleh inovasi serta meletakkan Telangana sebagai hab sains hayat bersepadu di seluruh dunia merentasi penemuan, pembangunan dan penempatan. Bersama cita-cita yang jelas untuk menjadi antara lima kluster sains hayat terbaik di seluruh dunia menjelang tahun 2030, dasar ini mensasarkan pelaburan sebanyak USD25 bilion, penciptaan 500,000 pekerjaan berkualiti tinggi dan penyepaduan yang lebih meluas ke dalam rantaian nilai sains hayat global.

Kedalaman pembuatan semakin dilengkapi dengan aktiviti R&D dan inovasi bernilai tinggi. Beberapa organisasi sains global –termasuk Amgen, Sanofi, Bristol Myers Squibb, Lilly, antara beberapa organisasi lain yang telah menubuhkan atau mengembangkan pusat R&D, digital dan keupayaan global di Hyderabad, menunjukkan keyakinan terhadap bakat saintifik dan infrastruktur sedia inovasi Telangana.

Dasar Sains Hayat Generasi Akan Datang 2026-30 merupakan peningkatan terancang, yang direka bentuk untuk mempercepat peralihan Telangana daripada menjadi amat penting kepada rantaian bekalan global kepada pelopor terapi dan platform termaju global. Dasar berkenaan diperkenalkan oleh Ketua Menteri A. Revanth Reddy di hadapan Menteri IT & Industri, D. Sridhar Babu, Ketua Setiausaha Khas Sanjay Kumar IAS dan Ketua Pegawai Eksekutif, Telangana Lifesciences, Shakthi M. Nagappan.

"Kami sedang membina satu daripada ekosistem biosains yang paling dipercayai dan transformatif di dunia–memacu impak kesihatan global dari Telangana. Pengenalan dasar secara global di Davos menunjukkan keyakinan Telangana bahawa fasa pertumbuhan seterusnya dalam sains hayat akan dipacu oleh kerjasama rentassempadan, modal global dan agenda inovasi bersama." kata A Revanth Reddy, Ketua Menteri Telangana, India.

" Dasartersebut mengutamakan sains sempadan dan platform pembuatan termaju, termasuk terapi sel dan gen, peptida, penapaian jitu dan modaliti generasi akan datang yang lain. Dasar itu juga memperkukuh ekosistem yang lebih luas merentasi penyelidikan klinikal, perkhidmatan farmaseutikal, diagnostik, elektronik perubatan dan kesihatan digital–meletakkan Telangana sebagai destinasi pilihan untuk hab sains hayat global " kata D. Sridhar Babu, Menteri IT, Elektronik & Komunikasi, serta Industri, Kerajaan Telangana

Pelaksanaan dasar ini akan diperkukuh oleh infrastruktur yang ditanda aras secara global, termasuk Green Pharma City, sepuluh Pharma Villages, pengembangan Genome Valley dan mengukuhkan lagi Medical Devices Park.

Dana Inovasi Sains Hayat khusus, yang boleh diskala sehingga INR1,000 crore (USD100 juta), akan memangkinkan inovasi peringkat awal dan pertumbuhan, menyokong usaha niaga berteknologi mendalam dan mengumpulkan modal swasta dan institusi. Ini disokong oleh penubuhan Sekolah Sains Hayat Telangana (Telangana School of Life Sciences), universiti kecemerlangan global yang memberikan tumpuan kepada penyelidikan, pendidikan dan pembangunan bakat sedia masa depan.

Maklumat Tentang Telangana Life Sciences:

Aspirasi Telangana diperkukuh dalam ekosistem yang matang, terhubung secara global yang sudah beroperasi pada skala besar. Sepanjang dua dekad yang lalu, Negeri tersebut telah berkembang daripada pangkalan pembuatan kepada hab sains hayat spektrum penuh yang merangkumi penyelidikan penemuan, pembangunan klinikal, pembuatan termaju dan operasi global.

Pada hari ini, Telangana menempatkan lebih 2,000 syarikat sains hayat, menjadi tuan rumah kepada satu daripada kemudahan farmaseutikal yang diluluskan oleh USFDA dengan tumpuan tertinggi di dunia, membekalkan satu pertiga daripada permintaan vaksin global dan berfungsi sebagai rakan kongsi pembuatan dan R&D yang dipercayai kepada syarikat sains hayat global terkemuka. Syarikat di Hyderabad memainkan peranan penting dalam memperkukuh daya tahan rantaian bekalan penjagaan kesihatan global, terutamanya dalam vaksin, generik kompleks, biologi dan bioserupa.

Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2866545/Telengana.jpg

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4868055_MS68055_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI