Trip.com Group Diiktiraf Antara "Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2025" HR Asia bagi Tahun Kedua Berturut-turut di Malaysia - Utusan Malaysia

Trip.com Group Diiktiraf Antara “Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2025” HR Asia bagi Tahun Kedua Berturut-turut di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Platform pelancongan global terkemuka ini turut memperoleh tiga anugerah kategori khas kerana memperjuangkan kesejahteraan pekerja, keterangkuman dan inovasi teknologi.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Disember 2025 /PRNewswire/ — Trip.com Group Malaysia sekali lagi diiktiraf sebagai salah satu daripada Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2025 HR Asia. Pengiktirafan berprestij ini diterima untuk tahun kedua berturut-turut oleh syarikat ini.


Di samping anugerah utama, Trip.com Group Malaysia turut meraih tiga penghormatan bagi anugerah kategori khas, dengan kemenangan bagi Syarikat Paling Prihatin, Kepelbagaian, Ekuiti & Keterangkuman dan Pemerkasaan Teknologi. Pencapaian buat tahun kedua ini memperlihatkan prestasi syarikat yang kukuh dan konsisten dalam semua bidang penilaian yang utama bersama komitmennya yang teguh untuk membina tempat kerja yang dapat memupuk keterlibatan pekerja, kecemerlangan, kesejahteraan serta pertumbuhan profesional.

Pengiktirafan dalam Kategori Khas


Anugerah Syarikat Paling Prihatin 2025

Kemenangan oleh Trip.com Group Malaysia dalam kategori Syarikat Paling Prihatin menonjolkan budayanya yang mengutamakan kakitangan, dengan pekerja menyatakan tahap keselamatan dan kepercayaan yang tinggi terhadap sokongan organisasi yang jauh melangkaui purata pasaran.

Pendekatan holistik yang diambil oleh syarikat ini terhadap kesejahteraan pekerja termasuk pengaturan kerja hibrid, perlindungan perubatan untuk pekerja dan tanggungan mereka, cuti penjagaan anak, sokongan bantuan reproduktif dan elaun kelahiran anak, memperkukuh pelaburan yang mendalam oleh syarikat ini dalam dasar mesra keluarga. Dialog secara berkala dengan barisan kepimpinan kanan, keterlibatan silang unit perniagaan dan inisiatif peningkatan kemahiran yang berterusan dapat memupuk persekitaran yang mengutamakan pembelajaran dan pembangunan dengan lebih baik.

Anugerah Kepelbagaian, Ekuiti & Keterangkuman

Pengiktirafan bagi kategori khas Kepelbagaian, Ekuiti & Keterangkuman meraikan kejayaan Trip.com Group Malaysia dalam memupuk persekitaran yang terbuka dan terangkum dengan perwakilan wanita serta kepelbagaian budaya yang kukuh dalam jawatan kepimpinan. Syarikat ini juga sentiasa berusaha untuk menggalakkan komunikasi terbuka, memberikan ganjaran kepada bakat dan memupuk kolaborasi, pekerja menunjukkan keyakinan yang kuat untuk didengari, dihargai dan mendapat peluang yang sama rata untuk mencapai pertumbuhan.

Anugerah Pemerkasaan Teknologi

Sebagai sebuah organisasi yang dipacu teknologi, Trip.com Group Malaysia memanfaatkan penyelesaian teknologi canggih dalam kesemua bidang perniagaan secara aktif yang termasuk peningkatan pengalaman pekerja. Alatan dikuasakan AI mengurangkan tugas pentadbiran manual dan memperkemas operasi yang seterusnya meningkatkan produktiviti dengan ketara. Platform dan alatan dalam syarikat turut menyokong pekerja melalui perancangan kerjaya berstruktur, sistem pengiktirafan bakat dan capaian yang lancar kepada sumber HR & IT.

Komited kepada Kecemerlangan Pekerja

"Kami berbesar hati kerana diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat terbaik untuk bekerja di Malaysia buat kali kedua berturut-turut bersama penerimaan pelbagai anugerah kategori khas," kata Stephane Thong, Pengurus Besar di Trip.com Group Malaysia. "Memandangkan pejabat kami di Malaysia terus berkembang sejajar dengan jejak tempatan dan serantau kami yang semakin meluas, kami kekal fokus untuk memupuk tempat kerja yang mempunyai nilai pemerkasaan, kepelbagaian dan saling menyokong. Anugerah ini mengesahkan dedikasi kami yang berterusan untuk mengutamakan barisan tenaga kerja kami dan memastikan setiap seorang daripada mereka dapat berkembang maju baik dari segi peribadi mahupun profesional."

Sebagai sebahagian daripada Trip.com Group yang merupakan penyedia perkhidmatan pelancongan yang terkemuka di dunia, Trip.com Malaysia menggabungkan amalan terbaik antarabangsa dengan wawasan setempat yang luas untuk menggalakkan pertumbuhannya yang pesat dan berterusan di rantau ini. Langkah ini dapat mewujudkan peluang unik untuk pekerja berkembang seiring dengan perniagaan sambil disokong oleh teknologi maju dalam industri ini pada masa yang sama.

Susulan pengiktirafan ini, Trip.com Group Malaysia akan terus memperkukuh strategi tarikan dan pengekalan bakatnya melalui pelaburan yang berterusan dalam infrastruktur teknologi, laluan pembangunan kerjaya dan inisiatif kesejahteraan pekerja. Menerusi lebih 430 orang pekerja di tiga pejabat di seluruh negara, Trip.com Group Malaysia tetap komited untuk memperjuangkan amalan tempat kerja yang mampan dan menetapkan penanda aras baharu sebagai majikan yang prihatin, terangkum dan diperkasakan oleh teknologi.

###

Tentang Trip.com Group

Trip.com Group ialah penyedia perkhidmatan pelancongan global terkemuka yang terdiri daripada Trip.com, Ctrip, Skyscanner dan Qunar. Melalui platform-platformnya, Trip.com Group membantu pengembara di seluruh dunia membuat tempahan produk dan perkhidmatan pelancongan yang termaklum dan berkesan kos serta membolehkan rakan kongsi menghubungkan tawaran mereka dengan pengguna melalui pengagregatan kandungan dan sumber berkaitan pelancongan yang komprehensif, selain platform transaksi termaju yang terdiri daripada aplikasi, laman web dan pusat khidmat pelanggan 24/7. Ditubuhkan pada tahun 1999 dan disenaraikan di NASDAQ pada tahun 2003 dan HKEX pada tahun 2021, Trip.com Group menjadi salah satu kumpulan pelancongan yang paling terkenal di dunia, dengan misi "untuk meneruskan perjalanan yang sempurna demi dunia yang lebih baik". Ketahui lebih lanjut mengenai Trip.com Group di sini: group.trip.com.

 

Sumber artikel: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/4839392_MS39392_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN