Kishore Mahbubani: Zhuhai dedahkan visi untuk bandar masa depan - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Kishore Mahbubani: Zhuhai dedahkan visi untuk bandar masa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUANGZHOU, China, 31 Disember 2025 /PRNewswire/ — Laporan berita daripada South:

"Ketika saya berkunjung ke Zhuhai, saya harus tegaskan bahawa ia merupakan pengalaman yang amat mengagumkan."

Begitulah caranya Kishore Mahbubani, seorang cendekiawan tersohor dan bekas duta besar Singapura ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menggambarkan lawatannya baru-baru ini ke bandar selatan China itu sebagai sebahagian daripada siri "Inside China" South.

Bermula daripada pertemuan jarak dekat dengan penerbangan altitud rendah hinggalah pemerhatian langsung terhadap kerjasama antara tanah besar China dan Macau, Mahbubani berkata industri-industri baru muncul Zhuhai — terutamanya ekonomi altitud rendah — meninggalkan tanggapan yang paling kuat.

"Dalam banyak aspek, kini China merupakan nombor satu dalam bidang teknologi," katanya.

Di Pangkalan Operasi Logistik Kenderaan Udara Tanpa Pemandu Pelabuhan Tangjia, Mahbubani dapat melihat bagaimana dron sudahpun digunakan bagi tujuan pemeriksaan pulau, pemadaman kebakaran, akuakultur dan logistik, di samping demonstrasi pesawat berlepas dan mendarat menegak elektrik pembawa penumpang, atau eVTOL.

Beliau berasa kagum terutamanya oleh hakikat bahawa EHang menjadi syarikat pertama di dunia yang menerima pensijilan kelayakan terbang komersial untuk pesawat eVTOL tanpa pemandu, awam, pembawa penumpang yang kini diluluskan untuk operasi komersial serta dieksport ke pelbagai pasaran luar negara.

Zhuhai, iaitu salah satu zon ekonomi khas pertama China yang ditubuhkan pada tahun 1980, menyaksikan pertumbuhan pesat dalam industri-industri baru muncul yang didahului oleh ekonomi altitud rendah. Bandar berkenaan menjadi tuan rumah kepada lebih 75 syarikat berkaitan dan melancarkan sistem pengurusan ruang udara altitud rendah rentas sempadan pertama China, versi 2.0 yang meliputi keluasan kira-kira 3,600 kilometer persegi merentas Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau.

Di samping industri-industri baharu, Mahbubani turut meneliti bagaimana pembuatan tradisional dibentuk semula.

Di Gree Electric Appliances (Zhuhai Jinwan) Co., Ltd., automasi meningkatkan kecekapan dengan ketara, manakala eksport pula terus berkembang pada tahun ini biarpun dengan tarif AS yang lebih tinggi.

Chen Huadong, pengurus besar bagi subsidiari Jinwan, berkata lebih daripada 70 peratus jualan luar negara Gree adalah di bawah jenama-jenamanya sendiri, dengan produk-produk disesuaikan untuk iklim yang berbeza — bermula daripada panas melampau di Timur Tengah hinggalah keadaan suhu bawah sifar di utara Eropah.

"Melawat Gree merupakan suatu pengalaman yang cukup mengagumkan," kata Mahbubani.

Satu lagi persinggahan dalam perjalanan Mahbubani ialah Hengqin, yang melaluinya Zon Kerjasama Mendalam Guangdong-Macau menyokong pempelbagaian ekonomi Macau, dengan berpuluh-puluh ribu penduduk dan banyak syarikat biayaan Macau kini beroperasi di sana.

Mengimbau mengenai perjalanan berkenaan, Mahbubani berkata skala perubahan yang dicapai amat mengejutkan walaupun untuk pemerhati China sejak sekian lama. "Dunia telahpun berubah," katanya. "Orang ramai harus berkunjung ke sini dan melihatnya sendiri."

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4854615_MS54615_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI