Delivered Korea Pamer Teknologi E-Dagang Rentas Sempadan di Kuala Lumpur Hallyu Expo 2025 - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Delivered Korea Pamer Teknologi E-Dagang Rentas Sempadan di Kuala Lumpur Hallyu Expo 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 Disember 2025 /PRNewswire/ — Delivered Korea, ejen beli-belah rentas sempadan Korea yang terkemuka mempamerkan platform beli-belah rentas sempadan dipacu teknologi di Korea Brand & Entertainment Expo (KBEE) 2025 yang diadakan di Kuala Lumpur mulai 11 hingga 13 Disember. Acara ini dihoskan oleh Menteri Perdagangan, Industri dan Sumber (MOTIR) Korea Selatan dan dianjurkan oleh Korea Trade-Investment Promotion Agency (KOTRA).

Visitors show interest in K-pop light sticks displayed at the Delivered Korea booth during the 2025 Malaysia Hallyu Expo. (Photo courtesy of Delivered Korea)
Visitors show interest in K-pop light sticks displayed at the Delivered Korea booth during the 2025 Malaysia Hallyu Expo. (Photo courtesy of Delivered Korea)

KBEE ialah inisiatif pimpinan kerajaan utama yang dirangka untuk memperkenalkan jenama, inovasi dan keupayaan perniagaan Korea ke pasaran antarabangsa. Edisi Kuala Lumpur mempersembahkan duta selebriti, termasuk pelakon Moon Ga-young daripada drama Korea yang popular True Beauty (Yeosin Gangrim), di samping kumpulan K-pop, NEXZ dan xikers. Ekspo ini menghimpunkan jenama-jenama Korea dan global yang utama seperti Amorepacific, CJ Foods, CU dan Shopee. Menurut KOTRA, pameran ini menarik minat lebih daripada 300 syarikat dan kira-kira 20,000 pengunjung selama tiga hari.

Terdahulu, Delivered Korea mengambil bahagian dalam Hallyu Fair yang diadakan pada bulan November di American Dream Mall, Amerika Syarikat yang melaluinya kedai sementaranya menggamit perhatian yang ketara semasa berlangsungnya acara tersebut yang turut menarik lebih 20,000 pengunjung. Berdasarkan kejayaan itu, syarikat meneruskan pengalaman membeli-belah rentas sempadan secara langsung di ekspo Kuala Lumpur bagi membolehkan para hadirin melihat sendiri bagaimana produk-produk Korea dibeli dan dihantar terus kepada pengguna luar negara.

Visitors gather at the Delivered Korea’s Booth during the 2025 Malaysia Hallyu Expo. (Photo courtesy of Delivered Korea)
Visitors gather at the Delivered Korea’s Booth during the 2025 Malaysia Hallyu Expo. (Photo courtesy of Delivered Korea)

Semasa berlangsungnya pameran ini, Delivered Korea memperlihatkan peranannya sebagai ejen beli-belah rentas sempadan, membeli produk bagi pihak pelanggan luar negara dan mengurus penghantaran antarabangsa hujung-ke-hujung. Dikuasakan oleh sistem sebut harga automatik dan infrastruktur logistik kendali sendiri, platform ini membolehkan pengguna global mengakses produk-produk rasmi dan asli Korea yang selalunya terhad kepada pasaran domestik Korea. Reruai pula mempamerkan barangan K-pop yang popular daripada kalangan artis seperti BTS, ATEEZ, G-Dragon dan Stray Kids, serta produk-produk gaya hidup Korea sohor kini, termasuk barangan daripada Daiso Korea yang memperlihatkan permintaan serantau yang kukuh.

Menurut Laporan Arah Aliran Eksport Barangan Pengguna dan Pasaran Menguntungkan KOTRA, Malaysia menduduki tempat kedua dalam pertumbuhan eksport barangan pengguna pada tahun 2024, dengan peningkatan sebanyak 14.1%, lantas menjadikannya salah satu pasaran eksport yang terkemuka di Korea. Digabungkan dengan minat tempatan yang tinggi terhadap budaya Korea, Kuala Lumpur berperanan sebagai pintu masuk utama untuk jenama-jenama Korea yang menembusi pasaran e-dagang rentas sempadan berbalik Asia Tenggara.

"Delivered Korea akan terus memperkukuh keupayaan platform dan logistiknya bagi menghubungkan jenama-jenama Korea dengan pengguna global secara lebih baik," kata Jae Eun Kim, Pengasas Bersama Delivered Korea.

Penyertaan Delivered Korea di KBEE Malaysia 2025 menonjolkan peranannya yang semakin berkembang dalam ekosistem perdagangan rentas sempadan Asia Tenggara dan komitmennya dalam menyokong pertumbuhan global jenama-jenama Korea.

[Profil Syarikat]
Delivered Korea ialah platform e-dagang rentas sempadan berbalik global yang menghubungkan produk dan jenama Korea secara langsung dengan pengguna di seluruh dunia. Syarikat ini menyediakan penyelesaian bersepadu yang meliputi pesanan, pembayaran dan penghantaran antarabangsa yang membolehkan pengguna luar negara membeli produk Korea dengan mudah dan senang.

Didorong oleh pertumbuhan global kecantikan Korea (K-beauty), fesyen Korea (K-fashion) dan kandungan Korea (K-content) yang lebih luas, Delivered Korea memainkan peranan yang aktif dalam memperteguh keupayaan pengedaran antarabangsa oleh perusahaan-perusahaan bersaiz kecil dan sederhana Korea.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4853438_MS53438_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI