Bali anjur Persidangan Sekolah-sekolah Cambridge dan lancar lima komuniti sekolah baharu untuk rantau Asia Tenggara Pasifik - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Bali anjur Persidangan Sekolah-sekolah Cambridge dan lancar lima komuniti sekolah baharu untuk rantau Asia Tenggara Pasifik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pemimpin-pemimpin sekolah berhimpun di Bali bagi memfokuskan pada pendidikan yang sedia mendepani masa depan

Lima komuniti serantau baharu dilancarkan bagi menyokong guru-guru di seluruh rantau Asia Tenggara dan Pasifik

BALI, Indonesia, 20 Disember 2025 /PRNewswire/ — Kumpulan Pendidikan Antarabangsa di Cambridge University Press & Assessment (Cambridge) menghimpunkan lebih daripada 340 pemimpin sekolah dan guru dari seluruh dunia di sebuah persidangan antarabangsa yang bertempat di Bali, Indonesia bagi memfokuskan untuk mempersiapkan pelajar agar dapat berkembang maju pada masa depan yang berubah pesat.

Cambridge Communities
Cambridge Communities

Persidangan Sekolah-sekolah Cambridge (CSC) mengalu-alukan perwakilan daripada lebih 200 Sekolah Antarabangsa Cambridge merentas 37 negara. Bali, yang menempatkan 19 sekolah Cambridge dan menyediakan persekitaran bagi mengadakan CSC secara bersemuka. Tema persidangan diambil daripada laporan baharu Cambridge, Sedia mendepani masa depan: Mempersiapkan pelajar untuk berkembang maju pada masa depan dan meneliti sejauh mana sekolah-sekolah yang bekerjasama dengan Cambridge dapat memperlengkap anak muda dengan ciri kebingkasan, kebolehsesuaian dan kemahiran yang diperlukan dalam era transformasi global.

Sepanjang persidangan yang berlangsung selama tiga hari, para pendidik meneliti pendekatan inovatif terhadap pengajaran dan kepimpinan selain berkongsi amalan terbaik. Dr Ben Schmidt daripada Cambridge University Press & Assessment berkata:
"Persidangan ini merupakan persidangan yang amat berharga kerana ia memberi kami peluang untuk mendengar secara langsung daripada pemimpin sekolah dan guru, belajar daripada pengalaman mereka dan bertukar-tukar idea berhubung pendekatan terkini terhadap pengajaran dan pembelajaran bagi memperlengkap pelajar kita demi masa depan."

Komuniti serantau baharu dilancarkan bagi menyokong guru
Persidangan ini turut menyaksikan pelancaran lima komuniti Cambridge baharu yang dirangka untuk menyokong para guru dan pemimpin di seluruh rantau Asia Tenggara dan Pasifik (SEAP). Pelancaran ini dibuat pada waktu yang amat genting untuk pendidikan global. Menurut UNESCO, kekurangan guru di seluruh dunia dijangka mencecah 44 juta orang menjelang tahun 2030[1]. Di Indonesia sahaja, angka terkini menunjukkan kekurangan kira-kira 1.3 juta orang guru, dengan sebahagiannya ketika ini berkhidmat tanpa memiliki pensijilan formal[2]. Komuniti-komuniti ini ialah:

  • Komuniti Kelestarian & Tindakan Iklim Cambridge
    Diketuai oleh Jennifer Angeles daripada SIS Group of Schools, Jakarta, komuniti ini akan meninjau bagaimana sekolah-sekolah boleh menerapkan aspek kelestarian dan kesedaran iklim ke dalam aktiviti pembelajaran dan amalan seharian. Terbuka kepada pendidik untuk turut serta melalui Facebook, kumpulan ini akan menyokong sekolah-sekolah yang ingin mengurangkan impak alam sekitar mereka, melibatkan pelajar dalam tindakan iklim serta memupuk budaya tanggungjawab demi masa depan planet ini.

    Jennifer berkata: "Memandangkan dunia sedang mengalami perubahan, begitu juga kita. Tindakan iklim bukan sekadar satu isu — ia berlaku ketika ini dan ia memberi kesan ke atas kehidupan dan komuniti sebenar. Komuniti ini merupakan ruang untuk guru, pendidik dan pemimpin pendidikan berkongsi idea, berkolaborasi dan bersama-sama mencetuskan impak yang dapat benar-benar mengubah kehidupan."

  • Komuniti Inovasi & Keusahawanan Cambridge
    Diketuai oleh Manmeet Kaur, Guru Kemanusiaan di HELP International School, Kuala Lumpur, Malaysia, komuniti ini akan memfokuskan untuk memupuk inovasi dan pemikiran keusahawanan di dalam bilik darjah. Perbincangan akan memberi tumpuan kepada cara untuk memberi inspirasi kepada penyelesaian masalah, menggalakkan inisiatif yang dipimpin oleh pelajar dan membina keyakinan yang diperlukan untuk mengubah idea menjadi tindakan. Komuniti ini boleh disertai melalui LinkedIn.

    Maneet berkata: "Kerjaya yang kita ada pada hari ini mungkin tidak lagi wujud dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang, atas sebab itulah kita harus memperlengkap pelajar bukan sahaja dengan ilmu teknikal, tetapi juga dengan kemahiran yang sedia mendepani masa depan dan pola fikir keusahawanan yang dapat membantu mereka menyesuaikan diri, belajar daripada kegagalan dan berkembang maju dalam perubahan."

  • Komuniti Kebolehsesuaian & Kesejahteraan Cambridge
    Dr Poonam Shokeen, Pengarah Akademik di SBS International School Chiang Mai, Thailand akan mengetuai komuniti di Facebook yang memfokuskan pada strategi praktikal untuk membantu pelajar membina kebolehsesuaian dan kebingkasan. Kumpulan ini juga akan berkongsi pendekatan bagi memantapkan sistem kesejahteraan untuk pelajar dan juga pendidik.

    Poonam berkata: "Melalui komuniti ini, para pendidik akan dapat mempelajari idea-idea bagi menyokong kesejahteraan komuniti mereka. Amat penting untuk kita saling belajar daripada satu sama lain, menjaga diri kita sebagai pendidik dan membangunkan strategi bagi memenuhi keperluan kesejahteraan diri kita sendiri agar kita dapat menyokong orang lain, seperti pelajar kita."

  • Komuniti Pembelajaran Sedia-Masa-Depan Cambridge 
    Diketuai oleh Matthew Gallagher daripada Nobel International School, Selangor, Malaysia, di tempat beliau berkhidmat sebagai guru Perspektif Global & Penyelidikan Cambridge, komuniti Facebook ini akan menghubungkan para pendidik bagi meneroka bagaimana pembelajaran yang sedia mendepani masa depan dapat diterapkan dalam subjek dan kumpulan umur. Perbualan akan mengetengahkan pendekatan antara disiplin yang memupuk pemikiran kritis, kolaborasi, komunikasi dan penaakulan beretika.

    Matthew berkata: "Saya mengalu-alukan para guru dari seluruh Asia Tenggara Pasifik yang berminat untuk meningkatkan kemahiran mereka dan memastikan anak-anak mereka bersedia untuk mendepani masa depan. Anda akan dapat belajar daripada guru-guru lain dan saya sendiri mengenai cara terbaik untuk menyokong anak-anak anda maju ke hadapan."

  • Komuniti Kemahiran AI & Digital Cambridge 
    Diketuai oleh Liam Egan, Ketua EAL/EIP di UCSI International School Kuala Lumpur, komuniti Facebook ini akan memfokuskan pada pendekatan yang difikirkan dengan teliti dan bertanggungjawab terhadap kecerdasan buatan dalam bidang pendidikan. Fokus yang diberikan bukan ke atas alatan untuk kepentingan mereka sendiri, tetapi terhadap latihan bilik darjah, dasar, penilaian dan pertimbangan profesional. Bagi pemimpin, ia menawarkan pemahaman mengenai bagaimana sekolah-sekolah mengemudi AI dengan bernas; bagi guru, ia memberikan idea, kepastian semula dan kefahaman bahawa mereka tidak mengharungi perubahan ini secara bersendirian."

    Liam berkata: "AI sudahpun membentuk cara pelajar membaca, menulis, berfikir dan mengakses maklumat, namun banyak sekolah masih lagi memikirkan cara untuk bertindak balas dengan kaedah yang praktikal dan bertanggungjawab. Komuniti ini membolehkan para pendidik memperlahankan langkah, bertanya soalan yang lebih baik dan memberi tumpuan kepada bagaimana AI boleh menyokong pembelajaran tanpa mengganggu-gugat kemahiran teras seperti literasi, pemikiran kritis dan hubungan sesama insan."

Berbicara mengenai rasional dalam mewujudkan komuniti-komuniti ini pada masa ini, Kanjna Paranthaman, Pengarah Serantau, Asia Tenggara & Pasifik untuk Pendidikan Antarabangsa di Cambridge, berkata: "Cambridge ialah sebuah komuniti yang terdiri daripada lebih 10,000 buah sekolah merentas 160 negara. Dalam rantau SEAP kami, salah satu perkara yang kami sedari ialah terdapat keinginan yang kuat untuk para pendidik berhubung. Dengan begitu banyak pengalaman dan ilmu yang ada, kami ingin membantu mereka berkumpul dan berkongsi amalan terbaik yang seterusnya akan diterjemahkan kepada ratusan, jika bukan ribuan, bilik darjah."

Rujukan:
1. Global report on teachers: addressing teacher shortages and transforming the profession,
UNESCO, 2024.
2. Addressing Indonesia’s Teacher Shortage: Strategies and Collaborations for Quality Education
Tanoto Foundation. Oktober 2023

Cambridge Schools Conference, Bali 2025
Cambridge Schools Conference, Bali 2025

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4851559_MS51559_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI