Worldwide Holdings raih Anugerah ‘Employer of Choice (Private Sector)’ MIHRM

Worldwide Holdings raih Anugerah ‘Employer of Choice (Private Sector)’ MIHRM

WAKIL-wakil Worldwide Holdings yang menghadiri Majlis Anugerah HR Antarabangsa Malaysia Ke-25 di M World Hotel, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Worldwide Holdings Berhad (Worldwide Holdings) telah menerima Employer of Choice (Private Sector) – Gold Category daripada Malaysian Institute of Human Resource Management (MIHRM), satu pengiktirafan berprestij yang meraikan kecemerlangan amalan sumber manusia dan penglibatan pekerja dalam sektor swasta di Malaysia. 

Anugerah ini mengiktiraf komitmen Worldwide Holdings dalam membina persekitaran kerja yang progresif dan berprestasi tinggi.

Pengiktirafan ini turut menonjolkan penekanan syarikat terhadap pembangunan bakat, kesejahteraan pekerja serta usaha penambahbaikan berterusan di semua peringkat organisasi.

Anugerah ini telah diterima oleh Kamal Zaharin Nazir, Ketua Pegawai Khidmat Sokongan Worldwide Holdings Berhad.

”Anugerah ini mencerminkan keberkesanan strategi pembangunan modal insan jangka panjang kami. Di Worldwide Holdings, kami percaya bahawa pelaburan terhadap pekerja adalah pelaburan terhadap masa depan syarikat.

“Kami akan terus membangunkan inisiatif bermakna yang memupuk bakat, menggalakkan inovasi dan membentuk budaya kerja mampan serta berprestij tinggi.

“Pencapaian ini mengukuhkan lagi reputasi Worldwide Holdings sebagai sebuah organisasi yang progresif, bertanggungjawab dan berorientasikan manusia,” kata Datin Paduka Norazlina Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Worldwide Holdings Berhad.

Sebagai badan profesional pembangunan sumber manusia yang terulung di Malaysia, MIHRM menilai organisasi berdasarkan kepimpinan, strategi HR, penglibatan pekerja, pembelajaran berterusan serta inovasi dalam amalan sumber manusia.

Prestasi cemerlang Worldwide Holdings dalam aspek-aspek ini telah menjadikan syarikat sebagai penerima unggul dalam Kategori Emas.

Selain pengiktirafan ini, Worldwide Holdings turut meraih anugerah Gold Class 2 di bawah MSOSH Occupational Safety and Health 43rd Awards.

Dua anak syarikat Worldwide Holdings juga telah mendapat anugerah bersempena Selangor Investors Appreciation Awards anjuran Invest Selangor, dimana syarikat Worldwide Envirogreen Sdn Bhd menerima anugerah The Highest Investment by Domestic Companies for Services Sector bagi tahun 2023, manakala Worldwide Hydro Energy Sdn Bhd menerima anugerah yang sama bagi tahun 2024.

Kesemua pencapaian ini membuktikan komitmen teguh syarikat terhadap kecemerlangan operasi, amalan perniagaan bertanggungjawab dan pelaburan strategik yang memberi impak jangka panjang kepada para pemegang taruh serta Negeri Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN