RUA AlHaram AlMakki Company yang berpangkalan di Arab Saudi kini membuka peluang kepada komuniti Muslim global untuk mengambil bahagian dalam menyertai pembangunan masa depan di kawasan sekitar kota suci Makkah.
Syarikat itu berhasrat mewujudkan destinasi inklusif di Makkah dikenali dengan Gerbang Raja Salman yang akan memenuhi keperluan jemaah, pelawat serta perniagaan dari seluruh dunia.







