Makan Lain Macam, Semua Pasti Kacang

Makan Lain Macam, Semua Pasti Kacang

AYAM Brand™ memperkenalkan cara penyediaan kacang panggan menerusi "Makan Lain Macam, Semua Pasti Kacang".
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kacang Panggang Ayam Brand™ Menawan Selera Rakyat Malaysia dengan Resipi Kegemaran Ramai!

KUALA LUMPUR: Ayam Brand™ memperkenalkan cara baharu untuk menyediakan kacang panggang di dapur Malaysia dengan meraikan keunikan cita rasa dan kreativiti tempatan bagi mengolah bahan ringkas ini menjadi satu sajian luar biasa.

Kacang panggang sering dikaitkan dengan hidangan barat, ia kini diberi nafas baharu dengan sentuhan tempatan, menjadikannya pelengkap kepada hidangan asli Malaysia.

Inilah semangat di sebalik kempen Makan Lain Macam Ayam Brand™ yang meraikan budaya makanan tempatan, di mana rakyat Malaysia mempunyai cara tersendiri untuk menyesuaikan, mengolah, dan memberikan sentuhan tempatan dalam setiap hidangan yang disajikan.

Kacang Panggang, Resipi Malaysia

Boleh didapati dalam varian Original, Ringan, dan Keju, Kacang Panggang Ayam Brand™ dihasilkan sebagai pilihan versatil dan mudah disediakan (kacang je!). Pada masa sama, ia mengekalkan rasa klasik yang enak dan mengenyangkan.

Jika selama ini kacang panggang sering dikaitkan dengan sajian ‘mat salleh’ dan dihidangkan bersama roti bakar, telur, serta sosej, kini Ayam Brand™ tampil dengan cara baharu untuk menikmatinya. Menerusi kempen Makan Lain Macam, Ayam Brand™ mengolah bahan asas ini menjadi hidangan yang lebih dekat di hati, menyelerakan, dan beridentitikan Malaysia! Diinspirasikan oleh sajian Melayu, Cina, dan India tempatan, Ayam Brand™ memperkenalkan cara baharu untuk menikmati keenakan kacang panggang:

  • Lempeng Kelapa Sardin dengan Sambal Kacang Panggang
    Lempeng kelapa yang lembut dipadankan dengan sardin dan sambal kacang panggang yang pedas. Menjadikan sajian klasik kampung ini lebih menyelerakan.
  • Kacang Panggang Masala
    Gabungan aroma rempah-ratus dari India dan kacang panggang ini menghasilkan hidangan yang pasti membangkitkan selera dan sesuai dinikmati bersama roti atau nasi.
  • Kacang Panggang Brais dengan Ayam & Telur Mata
    Sajian ala Cina dengan ayam empuk dan telur mata separuh masak dalam kuah kacang panggang yang enak dan menyelerakan.

“Ayam Brand™ telah menjadi sebahagian daripada dapur rakyat Malaysia selama lebih 130 tahun. Tin merah dan kuning ikonik ini bukan sekadar produk, malah menjadi simbol yang dikenali ramai dan sentiasa dekat di hati pengguna sejak zaman berzaman,” kata Ketua Pemasaran Ayam Brand™, Teoh Wei Ling.

“Bagi kebanyakan pengguna tempatan, kacang panggang sering dianggap sebagai makanan ‘Barat’. Namun, menerusi kempen Semua Pasti Kacang ini, kami ingin berkongsi betapa mudah untuk menjadikannya sebahagian daripada hidangan tempatan sesuai dengan selera rakyat Malaysia. Makan Lain Macam meraikan resipi Malaysia, yang disediakan dengan penuh kasih sayang, kreatif, dan menyenangkan.”

Tin Kecil, Besar Nutrisi 

Kacang Panggang Ayam Brand™ direka untuk membantu pengguna menyediakan hidangan sempurna dengan mudah. Sebagai sumber protein dan mengandungi serat, ia menjadi pilihan harian yang bijak untuk para pelajar, ibu bapa, atau sesiapa sahaja yang menginginkan hidangan cepat dan mengenyangkan selepas sibuk seharian.

Apa yang penting ialah, sama seperti semua produk Ayam Brand™ yang lain, ia bebas daripada bahan pengawet. Ia hanya menggunakan ramuan berkualiti tinggi, dibungkus sempurna dan sedia untuk dinikmati.

Didatangkan dengan dua saiz: 230g dan 425g, Kacang Panggang Ayam Brand™ boleh didapati di semua pasar raya utama di seluruh negeri atau secara dalam talian di Kedai Rasmi Ayam Brand™ Shopee dan Lazada..

Ingin lebih banyak inspirasi resipi Makan Lain Macam? Sila layari www.ayambrand.com.my/recipes, atau ikuti @ayambrandmy di Instagram dan Ayam Brand™ Malaysia di Facebook.

Meraikan Bukan Hanya yang Terbaik Untuk Keluarga Anda

Ayam Brand™ terus menyumbang kepada masyarakat melalui pelbagai inisiatif seperti peraduan Rezeki Raya Dikongsi Bersama yang diadakan baru-baru ini.

Dengan hadiah melebihi RM200,000, termasuk hadiah utama sebuah Proton X70, kempen ini meraikan detik istimewa ketika menjamu selera bersama keluarga atau rakan taulan.

Kami dengan sukacitanya mengucapkan tahniah kepada Cheng Kim Siong, yang menerima hadiah utama sebuah kereta baharu yang disampaikan dalam satu majlis khas pada bulan Jun lalu.

Siapa sangka, aktiviti yang biasa dilakukan beliau iaitu membeli-belah di 99 Speedmart dengan bantuan anaknya boleh bertukar menjadi detik menggembirakan yang tidak dapat dilupakan.

Nantikan lebih banyak lagi kejutan dalam pertandingan yang bakal kami anjurkan di seluruh negeri!

Resipi 1: Lempeng Kelapa Sardin dengan Sambal Kacang Panggang

Bahan-bahan:

Untuk Lempeng Kelapa Sardin

  • 1 tin Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™ (ditoskan)
  • 1/2 cawan Santan Kelapa Ayam Brand™ (pek 200ml — ditambah air)
  • 1 cawan kelapa parut 
  • 1 cawan tepung serba guna
  • 1/4 – 1/2 cawan air (ditambah mengikut kepekatan sebatian)
  • 1/2 sudu besar garam
  • Pilihan: hirisan bawang, cili merah atau daun bawang 
  • Minyak masak

Untuk Sambal Kacang Panggang

  • 1/2 tin Kacang Panggang Ayam Brand™ 
  • 1 biji bawang kecil, dihiris 
  • 1 – 2 ulas bawang putih, dicincang 
  • 1 sudu besar cili giling (paket atau dikisar sendiri)
  • 1 sudu besar air asam jawa (pilihan)
  • Garam & gula mengikut rasa 
  • Minyak masak

Langkah penyediaan:

  1. Gaulkan kelapa parut, tepung, garam, dan sardin yang telah dihancurkan di dalam mangkuk hingga sebati.
  2. Masukkan Santan Kelapa Ayam Brand™ dan air. Kacau hingga adunan menjadi pekat dan mudah diratakan.
  3. Pilihan: Tambah hirisan bawang atau cili merah untuk menambah rasa.
  4. Panaskan kuali tidak melekat dengan sedikit minyak. Tuangkan satu senduk adunan, ratakan menjadi bentuk bulat.
  5. Masak hingga kedua-dua belah menjadi kuning keemasan dan sempurna. Ketepikan. 
  6. Panaskan minyak, tumis bawang bersama bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak.
  7. Masukkan kacang panggang, air asam jawa, dan garam serta gula secukupnya. 
  8. Biarkan mereneh selama 3 – 5 minit sehingga sambal menjadi pekat.

Resipi 2: Kacang Panggang Masala

Bahan-bahan:

  • 1 tin Kacang Panggang Ringan Ayam Brand™
  • 1/2 cawan Jagung Manis Ayam Brand™
  • 2 sudu ghee atau minyak masak
  • 2 biji bawang Holland, dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 2 biji cili hijau, dihiris
  • 1 sudu besar serbuk kari, perisa daging
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar garam masala
  • 100g ayam cincang
  • Garam secukupnya

Langkah penyediaan:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bawang Holland, bawang putih, dan cili hijau. Tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari, serbuk cili, dan garam masala kemudian kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu.
  3. Masukkan ayam cincang dan kacau hingga masak.
  4. Apabila daging ayam sudah masak, masukkan Kacang Panggang dalam Sos Tomato Ayam Brand™ dan Jagung Manis Ayam Brand™ ke dalam kuali. Tambahkan garam secukup rasa. 
  5. Renehkan selama beberapa minit, taburkan hirisan daun ketumbar dan hidangkan.

Resipi 3: Kacang Panggang Brais dengan Ayam & Telur Mata

Bahan-bahan:

  • 1 tin Kacang Panggang Keju Ayam Brand™
  • 1/2 pek Tomato Cincang Ayam Brand™
  • 4 biji telur
  • 200g dada ayam, dicincang 
  • 1 sudu besar tepung jagung 
  • Garam, secukup rasa
  • Minyak masak

Langkah penyediaan:

  1. Gaulkan ayam cincang dengan tepung jagung dan secubit garam di dalam mangkuk. Perap selama 15 minit.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali menggunakan api sederhana. Masukkan ayam yang telah diperap dan kacau hingga masak. Keluarkan dan ketepikan.
  3. Dalam kuali yang sama, masukkan sedikit lagi minyak jika perlu. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu dan tumis hingga layu.
  4. Masukkan Kacang Panggang Keju Ayam Brand™ dan masukkan semula ayam yang telah digoreng ke dalam kuali. Kacau dan renehkan selama 2 – 3 minit hingga rata. Tambahkan garam secukupnya jika perlu.
  5. Goreng telur mata dalam kuali yang berasingan
  6. Hidangkan kacang panggang brais dengan ayam bersama telur mata.

 

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN