AMSC Malaysia 2025 himpun pakar perubatan estetik global

AMSC Malaysia 2025 himpun pakar perubatan estetik global

DENGAN penganjuran bersama Persatuan Perubatan Estetik Malaysia (MSAM) dan Deltus, persidangan dua hari itu telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuching merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Memacu Malaysia sebagai hab utama perubatan estetik serantau.

KUALA LUMPUR: Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab inovasi perubatan serantau dengan penganjuran Persidangan Perubatan dan Pembedahan Estetik Malaysia ke-4 (AMSC Malaysia 2025) yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Disempurnakan oleh Dr. Kelvin Yii Lee Wuen, Ahli Parlimen Kuching merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, persidangan ini menghimpunkan lebih 1,600 delegasi dari lebih 30 negara untuk memacu hala tuju baharu dalam bidang perubatan estetik.

Dr. Yii menegaskan bahawa penganjuran ini mencerminkan keyakinan Malaysia dalam menerajui kerjasama antarabangsa, selaras dengan peranannya sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.

“Malaysia berbangga menjadi pusat rujukan dan perkongsian ilmu untuk pengamal perubatan serantau. AMSC adalah bukti komitmen kita terhadap inovasi dan kecemerlangan kesihatan yang memberi manfaat bukan sahaja kepada negara, tetapi juga kepada ASEAN,” katanya.

 

YII (tengah) ketik dibawa melawat dewan pameran yang menampilkan produk perubatan, perkhidmatan dan peralatan khusus oleh lebih 200 jenama global.

Persidangan dua hari anjuran bersama Persatuan Perubatan Estetik Malaysia (MSAM) dan Deltus ini menampilkan pencapaian penting yang memperkukuh jaringan global.

Kemunculan sulung PINOKIO Asia di Malaysia mempertemukan pakar bedah plastik terkemuka di bawah organisasi Plastic Innovative Nasal Oromaxillofacial Korean International Organisation dari Korea Selatan, manakala penyertaan besar-besaran delegasi Persatuan Perubatan Estetik Singapura mengukuhkan kerjasama Malaysia-Singapura dalam membentuk landskap perubatan estetik ASEAN.

AMSC Malaysia 2025 turut memperkukuh reputasinya dengan siri bengkel kadaverik pra dan pasca persidangan yang sangat khusus.

Antaranya termasuk Aesthetic Medicine Facial Anatomy Cadaver Dissection Masterclass Edisi ke-3 sebelum acara utama, diikuti dengan Rhinoplasty & Surgical Facelift Hands-on Cadaver Masterclass selepasnya.

Sesi berasaskan pengalaman praktikal ini jarang ditawarkan di rantau ini, mencerminkan kedudukan Malaysia yang semakin menonjol dalam ekosistem kesihatan global seiring pertumbuhan pesat pelancongan perubatan.

Kedudukan Malaysia sebagai destinasi kesihatan turut diperkukuh oleh prestasi pelancongan perubatan yang semakin berkembang.

AMSC Malaysia 2025 diangkat ke tahap lebih tinggi dengan penganjuran bengkel kadaverik pra dan pasca persidangan yang sangat khusus, sekali gus memberi peserta pengalaman praktikal yang jarang ditawarkan oleh acara serantau lain.

Pada tahun lalu, negara merekodkan sekitar 1.6 juta pesakit antarabangsa, peningkatan 14% berbanding tahun sebelumnya, dengan hasil dianggarkan sebanyak RM2.72 bilion.

Momentum ini disokong oleh pelancaran kempen Malaysia Year of Medical Tourism 2026 (MYMT 2026) baru-baru ini yang menyasarkan kutipan hasil antara RM12 hingga RM15 bilion menjelang 2030, dipacu oleh inisiatif seperti kemudahan visa dan Flagship Medical Tourism Hospital Programme (FMTH) yang memudahkan akses pesakit antarabangsa kepada rawatan berkualiti tinggi.

Dengan akreditasi CPD dan kelulusan HRDC, persidangan ini bukan sahaja memperkaya ilmu peserta antarabangsa, malah memastikan pengamal tempatan memperoleh pendedahan bertaraf dunia yang dapat memperkukuh ekosistem kesihatan negara.

“AMSC Malaysia 2025 melambangkan kesediaan Malaysia untuk memainkan peranan lebih besar dalam membentuk masa depan perubatan estetik,” kata Presiden MSAM merangkap Pengarah Saintifik AMSC, Dr. Tingsong Lim.

“Dengan membawa kepakaran global ke tanah air, kita memperkukuh daya saing Malaysia sambil menyumbang kepada kemajuan bidang perubatan estetik di rantau ASEAN.”

Penganjuran ini menyerlahkan kemampuan Malaysia menterjemahkan pengaruh kepada pencetus kemajuan dengan membina platform kolaborasi dan inovasi yang melonjakkan Kuala Lumpur sebagai pusat perkembangan perubatan estetik serantau.

Untuk maklumat lanjut, layari www.amsc.com.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN