Potensi ikan dalam tin Ayam Brand sebagai bahan asas resipi kreatif

Potensi ikan dalam tin Ayam Brand sebagai bahan asas resipi kreatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Trend masakan sering datang dan pergi, namun ada rasa yang kekal sepanjang zaman. Selama lebih 130 tahun, sardin dan mackerel Ayam Brand™ telah menjadi sebahagian daripada bahan asas di dapur rakyat Malaysia.

Walaupun kita sememangnya amat menggemari hidangan klasik seperti kari mackerel dan sambal sardin, sebenarnya ada banyak resipi yang anda boleh olah dengan hanya satu tin sahaja. Kini tiba masanya untuk kita meneroka potensi ikan dalam tin klasik ini sebagai bahan asas untuk resipi yang kreatif, fusion, dan makan lain macam.

Ini bukannya resipi keluarga turun-temurun, sebaliknya ini adalah resipi baharu yang perlu anda cuba untuk menikmati keenakan yang segar tetap terasa.

Selain membawakan rasa yang serba baharu dan keriangan ke dapur, tahukah anda bahawa sardin dan mackerel Ayam Brand™ juga padat dengan khasiat pemakanan yang tidak diketahui ramai? Ini fakta menarik mengenainya, Sardin Ayam Brand™ mengandungi sehingga 7 kali lebih banyak Omega-3 berbanding ikan sardin yang dimasak sendiri1.

Bukan itu sahaja, sardin dan mackerel Ayam Brand™ juga ditangkap secara mampan dari perairan laut sejuk dan secara semula jadi kaya dengan asid lemak Omega-3, terutamanya EPA dan DHA*: dua jenis “lemak sihat” yang penting untuk kesihatan organ utama seperti jantung, otak, dan mata, yang tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan.

“Rakyat Malaysia sememangnya mempunyai hubungan istimewa dengan sardin dan mackerel Ayam Brand™. Ia telah lama menjadi makanan kegemaran yang merentas generasi. Ia merupakan comfort food yang mengingatkan kita kepada rumah, keluarga, dan zaman kanak-kanak,” kata Ketua Pemasaran Ayam Brand™, Teoh Wei Ling.

“Melalui kempen Makan Lain Macam, kami ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk bergembira sambil mencuba resipi baharu di dapur dan melihat betapa versatilnya ramuan klasik ini. Walaupun hidangan seperti kari mackerel, sambal sardin atau roti sardin gulung akan kekal sebagai kegemaran, tidak salah untuk kita mencuba sesuatu yang berbeza atau baharu, dengan keyakinan bahawa ia tetap padat dengan khasiat pemakanan.”

Mengidamkan sesuatu yang enak dan menyelerakan? Dengan hanya satu (atau dua) tin, Ayam Brand™ boleh membantu anda menyediakan hidangan yang pasti memikat selera, segar tetap terasa, rasa enak, dan boleh diolah pelbagai cara.

Bebola Keju dan Makaroni Sardin, Hidangan Fusion Comfort Food Sebenar

Rangup di luar, cair di dalam. Bebola Keju & Makaroni Sardin menggabungkan makaroni empuk, keju cair, dan sardin hancur yang digaul sebati.

Ia kemudiannya dibentuk menjadi saiz bebola yang mudah dinikmati, disaluti dengan serbuk roti, dan digoreng menggunakan air fryer sehingga keemasan.

Snek ini pasti menjadi kegemaran ramai, membuktikan bahawa makanan dalam tin pun boleh digunakan untuk menghasilkan hidangan yang lazat.

Mackerel Masak Merah, dengan Sentuhan Pedas Ala Malaysia

Pedas, pekat, dan sungguh menyelerakan. Mackerel Masak Merah merupakan sentuhan berani kepada hidangan klasik Malaysia yang boleh disediakan dalam hanya beberapa minit. Tumiskan Pes Masak Merah Ayam Brand™ sehingga naik bau, masukkan satu tin mackerel dan kacau, kemudian biarkan semua ramuan tadi mereneh hingga masak sempurna.

Hidangkan bersama nasi mentega untuk sajian yang menyenangkan, padat dengan rasa yang pasti mengimbau kenangan, dengan sentuhan kepedasan yang membangkitkan selera.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba resipi baharu yang pasti menjadi kegemaran anda. Dapatkan sardin dan mackerel Ayam Brand™ sekarang.

Kempen Makan Lain Macam tidak bertujuan untuk mengubah sesuatu yang sudah sempurna, ia sebaliknya mengajak kita untuk mengolah hidangan yang memang kita kenali dan gemari, serta bergembira sambil mencuba resipi baharu!

Sardin dan mackerel Ayam Brand™ boleh didapati dalam empat saiz (155g, 230g, 300g, 425g). Untuk tempoh yang terhad, Ayam Brand™ menawarkan promosi Beli 2 Sardin atau Mackerel (425g) dan Dapatkan 1 Mackerel Goreng Dalam Sos Cili (155g) secara Percuma. Tawaran ini boleh didapati di kedai-kedai terpilih.

Inilah masa terbaik untuk menambah stok dan mula bereksperimen dengan resipi baharu di dapur! Dapatkan rangkaian penuh resipi mesra fusion yang mudah disediakan di www.ayambrand.com.my/recipes.

Sama ada anda seorang pelajar, ibu bapa, atau seorang yang sudah bosan dengan hidangan sama setiap hari, resipi fusion ini sememangnya sesuai untuk anda Makan Lain Macam. Sila ikuti @ayambrandmy di Instagram dan Ayam Brand Malaysia di Facebook untuk idea baharu, tip masakan, dan banyak lagi inspirasi menarik.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN