Hari Bapa adalah detik istimewa untuk anak-anak meluahkan rasa terima kasih yang terpendam dengan tindakan yang tulus. Ia adalah saat kita akhirnya mengucapkan, “Terima kasih, ayah. Segala penat lelahmu amat kami hargai.”
Dalam perjalanan kehidupan, ayah sentiasa memberikan kasih sayang yang tulen dan tidak berbelah bahagi. Di sebalik diamnya, tersembunyi pengorbanan setiap hari — menyara keluarga, memikul tanggungjawab tanpa pernah mengeluh. Namun, tekanan hidup yang kian meningkat dari tahun ke tahun telah memberi beban besar kepada bahu mereka.
OGAWA MEISTER – Pilihan Terbaik Hari Bapa
Sebagai jenama peneraju dalam teknologi kesihatan pintar, OGAWA dengan bangganya memperkenalkan OGAWA Meister – kerusi urut pintar terkini yang direka khas untuk sambutan Hari Bapa. Lebih daripada sekadar kerusi urut, Meister adalah teman ideal untuk ayah berehat, melegakan tekanan dan mengembalikan semula tenaga serta keseimbangan diri. Saksikan video penuh : https://youtu.be/OmYSKPxwPPE
Meister Powered by OVERSEER ™
Dalam kehidupan yang serba pantas, setiap individu mengimpikan ruang untuk meredakan tekanan. OGAWA Meister direka untuk memperlahankan langkah kita, dan membawa kita kembali kepada ketenangan dalaman. Setiap fungsi dibangunkan secara teliti untuk memberikan kelegaan sebenar dan menjadi satu pengalaman pemulihan holistik.
1. Kurangkan Tekanan & Kebimbangan
Melalui kerjasama penyelidikan bersama Universiti Sains Malaysia (USM), keberkesanan OGAWA Meister dalam meningkatkan kesihatan mental:
- Pengurangan tekanan sehingga 60 peratus
- Pengurangan kebimbangan sehingga 45 peratus
Gabungan sains dan teknologi menjadikan Meister sebagai terapi harian yang membantu anda mencapai keseimbangan emosi dan psikologi.
2. MEISTER LiFlex Track – Master Stretch program
Program eksklusif Master Stretch oleh OGAWA menggunakan LiFlex track yang menyesuaikan dengan lekuk semula jadi badan dari leher hingga punggung. Ia memberikan regangan menyeluruh yang melegakan tulang belakang, melancarkan peredaran darah dan meredakan ketegangan otot.
Sangat sesuai untuk lelaki Malaysia berusia 40-59 tahun yang sering mengalami sakit pinggang bawah akibat duduk lama, angkat beban atau postur kerja yang kurang baik.
Bagaimana Meister membantu melegakan sakit belakang:
- Urutan Fokus: Sistem roller berprestasi tinggi menyasarkan otot-otot pinggang untuk kelegaan yang mendalam.
- Penyesuaian Postur: Reka bentuk ergonomik menyokong penjajaran tulang belakang yang sihat.
- Pengurangan Tekanan: Urutan terapeutik melegakan otot tegang akibat stres.
- Peredaran Darah: Meningkatkan aliran darah untuk pemulihan otot dan pengurangan keradangan
3. MEISTER LiFlex Track – Thai Stretch program
Kaki ayah adalah tonggak perjuangan hidupnya. Namun, keletihan tapak kaki sering diabaikan. Bagi ayah yang bekerja berdiri lama, memandu berjam-jam atau bekerja keras setiap hari, keletihan kaki memberi kesan besar kepada kesihatan.
Program eksklusif Thai Stretch oleh OGAWA menggunakan sistem LiFlex memberi regangan dari tumit hingga buku lali, menyerupai teknik urutan Thai – menyasarkan fasia kaki dan sendi buku lali, melegakan kesakitan akibat postur tidak betul dan memperbaiki peredaran darah kaki.
Tiga Fokus Utama Regangan Kaki:
- Regangan menyeluruh tumit hingga buku lali
- Melegakan fasia yang tegang dan sendi kaku
- Melancarkan peredaran darah ke hujung kaki
4. Release Stress, Restore Harmony
Meister menawarkan mod urutan untuk kesihatan emosi termasuk Fusion Harmonics, Soul Vitality, BioBalance, and Reflections– semuanya dirangka secara saintifik untuk menyokong pemulihan badan dan minda.
5. LiFlex Track – Berbaring Sambil Menyihatkan
Dilengkapi rel kerusi pintar LiFlex untuk urutan dari leher ke punggung tanpa kawasan yang terlepas. Regangan seluruh badan membantu peredaran darah, melegakan tekanan pada tulang belakang dan memberi keselesaan menyeluruh.
6. BioSensor & OVERSEER ™ AI – Pemantauan Kesihatan Pintar
Dengan BioSensor terbina dalam dan sistem OVERSEER ™ AI, Meister menganalisis keadaan tubuh secara masa nyata dan mencadangkan program urutan terbaik serta menghasilkan laporan tekanan peribadi – menjadikan pengurusan kesihatan lebih proaktif dan tepat.
7. OTA (Over-the-Air) – Fungsi Sentiasa Dikemas Kini
Meister menyokong teknologi OTA yang membolehkannya menerima kemas kini terus dari awan. Pengguna akan menikmati teknik urutan dan terapi terkini secara automatik – menjadikan pengalaman yang sentiasa segar dan relevan.
Hanya RM283.32/sebulan (Harga runcit Semenanjung: RM24,999*)
Menangi Hadiah Hebat Bernilai RM128,000 Sempena Hari Bapa!
Beli mana-mana kerusi urut OGAWA terpilih dan rebut peluang memenangi hadiah bernilai keseluruhan RM128,000, termasuk:
Percutian Mewah di Kapal Persiaran – luangkan masa berkualiti bersama ayah di tengah lautan
Gold Coins 999 (5g) Edisi Terhad – hadiah simbolik penuh nilai
Bonus Eksklusif:
Warranty 5 Tahun PERCUMA dan Set Hadiah Eksklusif LINE FRIENDS bernilai sehingga RM1,498, termasuk:
- Heating Abdominal Massager
- Fascia Handheld Massager
Promosi sah sehingga 30 Jun sahaja. *Sementara stok masih ada.
6 Sebab Memilih OGAWA
- Lebih 1,000 cawangan – jenama kukuh dan dipercayai
- Satu-satunya jenama dengan pasukan R&D dalaman, pelaburan tahunan RM30 juta
- Reka cipta mekanisme urut berteknologi tinggi berdasarkan kajian pasaran
- Pemenang pelbagai anugerah termasuk Putra Brand Awards dan Malaysia Technology Excellence Awardss, Asia Pacific Enterprise Awards
- Produk disahkan oleh SIRIM – kualiti terjamin
- 93 peratus pengguna mengesahkan OGAWA dipercayai dan 90 peratus memuji kualiti dan ketahanannya
Raikan Cinta Tanpa Kata – Hadiah Terbaik Buat Ayah Tersayang
Tahun ini, raikan Hari Bapa dengan cara yang lebih bermakna. Tunjukkan kasih dengan tindakan, hadiahkan keselesaan, dan hargai pelaburan kasih sayang ayah selama ini. Dengan OGAWA, kasih sayang menjadi nyata.
*Harga dan hadiah tertakluk kepada terma & syarat. Sah untuk Semenanjung Malaysia dan model terpilih sahaja. Stok adalah terhad.
OGAWA outlet nationwide: https://bit.ly/3gMBLH3
Official website:https://www.ogawaworld.net
Facebook:https://www.facebook.com/OGAWAMalaysia/
Instagram:https://www.instagram.com/ogawamalaysia/