KEBANYAKAN pemimpin di dunia didominasi oleh golongan lelaki, namun keadaan itu mula berubah apabila semakin ramai pemimpin wanita menyerlah di peringkat global.
Sejarah pemimpin wanita bermula sejak 1940-an dengan menyaksikan sejumlah kaum hawa dipilih mengetuai negara dan kerajaan.
VIGDIS FINNBOGADOTTIR
Antaranya termasuk presiden wanita pertama di dunia, iaitu Vigdis Finnbogadottir.
Wanita itu dinobatkan sebagai presiden wanita pertama dunia selepas dipilih untuk mengetuai kerajaan Iceland pada Jun 1980.
Tidak berhenti setakat itu, Finnbogadottir juga menjadi presiden wanita paling lama berkhidmat di dunia iaitu selama 16 tahun sehingga 1996 selepas beliau memutuskan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya.
Berbeza dengan Amerika Syarikat (AS), Presiden Iceland tidak mempunyai banyak kuasa dan kebanyakan keputusan diputuskan oleh Parlimen.
SIRIMAVO BANDARANAIKE
Nama Sirimavo Bandaranaike tidak pernah dilupakan dalam senarai antara pemimpin wanita pertama dunia.

Bandaranaike dilantik sebagai perdana menteri wanita pertama Sri Lanka pada 1960 ketika beliau menyertai politik selepas suaminya yang sebelum itu memegang jawatan tersebut mati dibunuh.
Ibu kepada tiga anak itu bersetuju menjadi perdana menteri selepas mendapat desakan daripada ahli politik dan rakyat negara berkenaan.
Beliau berkhidmat untuk dua penggal berturut-turut pada 1970 dan sekali lagi pada 1994 sebelum meninggal dunia pada 2000.
INDIRA GANDHI
Menjadi anak perempuan kepada Perdana Menteri India, Jawaharlal Nehru, Gandhi bukanlah asing dalam dunia politik.
Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri India pada 1967 dan berkhidmat sehingga 1977 biarpun berdepan dengan pelbagai cabaran.
Selepas beberapa kali perubahan kuasa di India, wanita itu sekali lagi dilantik sebagai perdana menteri pada 1980 dan berkhimdat sehingga dia maut dibunuh pada 1984.

ANGELA MERKEL
Merkel merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Canselor Jerman pada 2005.
Memulakan kerjayanya dalam bidang politik sejak awal 90-an, Merkel terus mendapat perhatian apabila menjadi jurucakap Parti Kebangkitan Demokratik.
Setakat ini, Merkel dinobatkan sebagai canselor paling muda dalam sejarah Jerman.
KAMALA HARRIS
Beliau menjadi wanita pertama di Amerika Syarikat (AS) yang memegang jawatan timbalan presiden.
Harris juga menjadi wanita kulit hitam pertama yang dilantik sebagai Timbalan Presiden AS.
ELLEN JOHNSON SIRLEAF
Sirleaf merupakan presiden demokratik pertama yang dipilih di Liberia pada 2006.
Beliau berkhidmat sehingga 2018 dan Sirleaf terkenal dengan perjuangannya mengangkat keamanan dan keadilan dunia.
Wanita itu pernah memenangi Hadiah Keamanan Nobel pada 2011.

GOLDA MEIR
Sebelum Thatcher menjadi wanita besi UK, Israel juga mempunyai wanita besi mereka sendiri iaitu Goldie Mabovitch.
Sebelum menjadi perdana menteri pada 1969, Mabovitch bertugas sebagai Duta Israel ke Moscow.
Ketika memegang jawatan tersebut, Mabovitch menukar namanya kepada Golda Meir dan meninggalkan pejabat selepas berkhidmat selama lima tahun pada 1974.

MARGARET THATCHER
Dikenali dengan jolokan wanita besi, Margaret Thatcher melakar sejarah menjadi perdana menteri wanita pertama United Kingdom (UK) pada 1979 hingga 1990.
Sepanjang perkhidmatannya, Thatcher mencapai banyak kemajuan untuk kebajikan rakyat dan negara.










