Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun berkata, kadar itu kekal dan tidak berubah sejak sekian lamanya bagi menjaga kebajikan golongan berpendapatan rendah B40.

Katanya, pihaknya berbuat sedemikian kerana memahami keadaan ibu bapa yang tidak mampu di luar bandar dan juga bagi golongan miskin bandar.

“Kita membuka kemasukan kepada semua kanak-kanak Malaysia, tetapi keutamaan kepada golongan B40.

“Kita tidak mempertimbangkan pun kenaikan yuran. Tidak. Kita (kerajaan) bagi sumbangan. Ada kes-kes yang benar-benar ibu bapa susah. Kita kena lihat banyak benda,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Institut Kemajuan Desa (Infra) Bangi dekat sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Pengarah Kemas, Datuk Amiruddin Ariffin. -UTUSAN ONLINE