Mereka ialah Nurul Fatiha Norsip dan Muhamad Afiq Hariz Khatem.

Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Ir. Dr. Azraai Kassim berkata, langkah tersebut adalah selaras dengan hasrat dan galakan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik untuk memperkasakan pemberdayaan serta keterangkuman dan pengupayaan pelajar dalam proses pengurusan universiti.

“Sebagai Naib Canselor, saya menggunakan kuasa yang diberi berdasarkan Seksyen 16A(5) Akta Universiti Teknologi Mara 1976 (Akta 173) untuk melantik dua orang pelajar sebagai Ahli Senat UiTM.

“Antara syarat menjadi ahli senat, calon mestilah pelajar UiTM sepenuh masa peringkat ijazah sarjana muda, mendapat minimum purata nilai gred kumulatif (CGPA) 2.75.

Pelajar juga hendaklah aktif dalam kepimpinan sama ada melalui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), jawantkuasa perwakilan kolej, badan beruniform atau Sekretariat Mahasiswa,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.

Menurutnya, perlantikan tersebut diharap mampu mewujudkan dasar UiTM yang lebih mesra kepada aspek menjaga kepentingan pelajar secara menyeluruh. - UTUSAN ONLINE