Pemilihan itu berikutan UCSI kampus Sarawak yang menempa mana sebagai pelopor wilayah dalam mempromosikan SDG atau sasaran pembangunan lestari yang diketengahkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, koleksi 17 sasaran global yang merangkumi isu pembangunan sosial dan ekonomi.

Status sebagai Pusat Kepakaran Serantau (RCE) ini diberi kepada universiti-universiti yang mempromosikan pendidikan untuk pembangunan lestari melalui kemajuan kajian dan kapasiti serta memberikan impak pada peringkat tempatan untuk meningkatkan kesedaran tentang perubahan masyarakat, ekonomi dan tabiat.

Naib Canselor dan Presiden UCSI, Profesor Datuk Dr. Khalid Yusoff berkata, ini membuktikan usaha dan inisiatif UCSI untuk terus memberikan perbezaan secara dalaman dan juga di luar kampus.

“Pengiktirafan secara global ini adalah bukti utama menunjukkan usaha keras pelajar dan pekerja kami yang telah memberikan impak kepada komuniti dengan menunjukkan hasil, mengekalkan keseimbangan ekologi dan meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan pembangunan lestari.

“UCSI amat komited untuk terus maju ke hadapan, berpengetahuan luas dan melakukan perbezaan. Kami sentiasa berusaha untuk memajukan universiti supaya mencapai lebih tinggi dan menjadi lebih baik serta berharap untuk menerapkan nilai-nilai murni pada pendidikan tinggi.

“Inisiatif sasaran pembangunan lestari ini datang pada waktu yang tepat untuk kami. Dengan pengiktirafan oleh Universiti Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, ini menunjukkan bahawa UCSI berdiri sama tinggi dengan semua universiti mempunya visi hebat di seluruh dunia,” katanya dalam kenyataan di sini.

Di Sarawak, UCSI memperjuangkan enam inisiatif yang memfokuskan pada Pendidikan Berkualiti (SDG4), Pembersihan Air dan Sanitasi (SDG 6), Bandar dan Komuniti Lestari (SDG 11) dan Kehidupan Di Darat (SDG 15).

Inisiatif seterusnya oleh UCSI adalah pembentukan Program Duta RCE Youth Ambassador Programme yang memperlihatkan pelajar-pelajar berkolaborasi dengan komuniti tempatan dan agensi kerajaan untuk melaksanakan inisiatif khidmat masyarakat seperti kempen 3R (reuse: guna semula, reduce: kurang guna, recycle: kitar semula) dan projek pemuliharaan air.

Dr. Khalid juga berterima kasih pada agensi tempatan, organisasi tanpa untung dan pemimpin tempatan untuk menyokong inisiatif UCSI memperjuangkan kelestarian.

Katanya, ini termasuklah Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Belia dan Sukan, Sumber Semulajadi Sarawak dan Lembaga Persekitaran, Lembaga Perhutanan Sarawak, Kuching Utara

dan Selatan, WWF Malaysia, komuniti tempatan Kampung Semedang dan Kampung Annah Rais, begitu juga dengan institusi pendidikan yang lain.

Sekarang, RCE Kuching sudah disiap-sediakan untuk perasmian pada Disember berlandaskan QS Subject RCE Kuching Summit bertemakan Hospitaliti dan Pelancongan yang akan diadakan di UCSI kampus Kuching.

Dengan penambahan RCE Kuching, sekarang Malaysia adalah lokasi utama untuk empat Pusat Kepakaran Serantau. Universiti Malaysia adalah RCE untuk Semenanjung, Universiti Sains Malaysia adalah RCE untuk kawasan Pulau Pinang dan Universiti Teknologi Malaysia mengopreasikan RCE Iskandar.

Ketua pegawai operasi UCSI Sarawak, Mukvinder Sandhu menjelaskan bahawa pasukan RCE di kampus Sarawak memfokuskan pada komuniti di sungai-sungai bahagian selatan Sarawak, yang merupakan sebahagian daripada Sungai Sarawak (Kiri), untuk

mendapatkan persekitaran yang lebih lestari di sana.

“Kawasan ini amat strategik kerana Sungai Sarawak bukan saja merupakan pusat pengangkutan dan adalah tempat untuk aktiviti rekreasi seperti perakitan tetapi juga sistem tagam, yang juga

merupakan cara lestari untuk memancing,” katanya. - UTUSAN ONLINE