Wakil Osem Pantai Timur yang juga konsultan unit amanah, Marlina Ab. Solah berkata, ‘leading revision apps’ itu dibangunkan khas bagi membolehkan murid dan pelajar dari tahun satu hingga tingkatan lima belajar dan mengulangkaji pelajaran menerusi telefon pintar dan peranti lain.

Katanya, aplikasi Osem dicipta oleh dua panel penyelidik, Universiti Malaya (UM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama syarikat Think Osem Sdn. Bhd. sebelum syarikat itu melancarkan secara rasmi aplikasi berkenaan.

“Tujuan kita perkenalkan Osem ini untuk menawan hati murid dan pelajar untuk mengikuti pembelajaran kerana mereka kini boleh belajar menerusi aplikasi Osem.

“Kita mahu ubah budaya belajar sekarang kerana biasanya ibu bapa yang paksa anak-anak belajar tetapi dengan adanya aplikasi ini, pelajar sendiri teruja dan rasa seronok belajar bila guna aplikasi Osem,” katanya pada pelancaran Program Osem Next Biggest Education Technology di sekolah itu semalam.

Pada program itu dihadiri Guru Besar SK Kerteh, Mohd. Azman Musa serta kira-kira 100 orang guru itu yang diberi penerangan lanjut mengenai Osem.

Menurut Marlina, aplikasi Osem mula diperkenalkan pada Januari 2017 dan ia ditambahbaik sehingga sekarang yang menyediakan kemudahan pembelajaran merangkumi semua subjek dari tahun satu sehingga tingkatan lima.

 

Katanya, hasil kajian yang dilakukan setakat ini mendapati sebanyak 95 peratus murid dan pelajar menunjukkan peningkatan prestasi pembelajaran setelah menggunakan Osem.

Tambahnya, Osem kini dalam proses untuk menjelajah sekolah seluruh Malaysia untuk memperkenal dan memasarkan aplikasi itu seterusnya memberi kesedaran kepada ibu bapa bagaimana cara untuk membolehkan anak belajar dengan medium sedia ada iaitu gajet atau peranti pintar. - UTUSAN ONLINE