Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Young Innovators Challenge 2017 suntik minat pelajar ceburi STEM

Seramai 162 pelajar daripada 18 buah sekolah menyertai pertandingan
Seramai 162 pelajar daripada 18 buah sekolah menyertai pertandingan Young Innovators Challenge 2017 peringkat negeri yang diadakan di Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang (UMP) Pekan, Pahang, baru-baru ini.

KUANTAN 25 Julai – Seramai 162 pelajar daripada 18 buah sekolah di sekitar negeri ini menyertai pertandingan ‘Young Innovators Challenge 2017’ di Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang (UMP) Pekan, dekat sini baru-baru ini.

Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UMP, Prof. Ir. Dr. Kamarul Hawari Ghazali berkata, pertandingan itu antara lain bertujuan memupuk minat dan memberi inspirasi kepada para pelajar dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejurute­raan dan Matematik (STEM).

“Objektif program ini adalah bagi membentuk kemahiran insaniah para pelajar dalam kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

“Program ini juga membim­bing pelajar terlibat dalam meng­aplikasikan pembelajaran jang­ka masa panjang melalui pendedahan secara terbuka tentang perisian dan perkakasan,” katanya ketika ditemui pada pertandingan berkenaan.

Yang turut hadir Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan Pe­jabat Pendidikan Daerah Pekan, Kamaluddin Abdul Latif dan ke­tua program itu, Dr. Nurul Haz­lina Nordin.

Menurut Kamarul Hawari, mahasiswa UMP bertindak sebagai mentor kepada pelajar yang menyertai pertandingan berkenaan.

Katanya, menerusi penganjuran pertandingan itu, mahasiswa UMP juga dapat melatih pelajar sekolah supaya meminati bidang STEM dan mempromosikan universiti tersebut sebagai salah satu pilihan untuk melanjutkan pelajaran kelak.

Sementara itu, Kamaluddin berkata, pertandingan sedemikian dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam aspek penyelesaian masalah, pemikiran kritis, sikap tabah dan bekerjasama antara satu sama lain.

“Maklum balas yang diterima daripada pentadbiran sekolah begitu menggalakkan dan pelajar mendapat inspirasi serta semangat dalam bidang STEM ini,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain