Jurulatih SMK Tun Ismail, Ahmad Taufiq Rahani berkata, keja­yaan tersebut menjadi penerus tradisi sekolahnya sebagai johan peringkat daerah bagi kategori umur 13 hingga 18 tahun.

“Diharap setiap pemain akan te­rus komited memburu kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun-tahun akan datang,” katanya bersemangat.

Hadiah pertandingan selama dua hari yang disertai 16 pasukan itu disampaikan oleh Presi­den Persatuan Ragbi Batu Pahat, Mohd Fazli Simin.

Tempat ketiga menjadi milik Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Johor Bahru manakala SMK Kelapa Sawit pula menduduki tempat keempat.

Presiden Persatuan Ragbi Batu Pahat, Mohd Fazli Simin berkata, selaku penganjur, pihaknya ber­puas hati dengan penyertaan yang memberangsangkan.

“Saingan cukup sengit dan mencabar kerana setiap pasukan mempamerkan tahap permainan ragbi yang tinggi,” katanya.