Ketua Setiusaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, peruntukkan tersebut melibatkan 592 buah sekolah, 319,000 pelajar dan pembayaran gaji kepada 34,000 guru serta bukan guru di negeri ini.

Bel;iau berkata, pembangunan pendidikan amat penting untuk membentuk modal insan yang akan mewarisi negara ini pada masa depan.

"Kita menerima peruntukan yang paling tinggi iaitu RM43 bilion berbanding Kementerian Kesihatan yang menerima peruntukan kedua tertinggi iaitu sebanyak RM21 bilion, ini membuktikan kerajaan amat menitik beratkan pendidikan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Pendidikan KPM 2017 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Pendidikan negeri, Jaafar Ismail.

Sementara itu, Alias berkata, negeri merupakan lokasi ketujuh program tersebut yang sebelum ini telah diadakan di Kedah, Terengganu, Melaka, Selangor, Johor Baharu dan Negeri Sembilan.

Katanya, dalam siri jelajah dua hari bermula semalam di negeri ini, kira-kira 9,000 komuniti setempat termasuk guru, pelajar, murid dan ibu bapa mengambil peluang untuk mendapatkan penerangan serta penjelasan mengenai dasar yang dilaksanakan oleh kementerian itu.

"Siri jelajah ini memfokuskan kepada penerangan kejayaan bidang pendidikan dan keberhasilan murid melalui gelombang pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

"Justeru, masyarakat perlu memanfaatkan program Kementerian Pendidikan 'turun padang' ini untuk bertanyakan kemusykilan berbanding terpengaruh dengan sebarang kenyataan yang dimuat naik dalam media sosial," katanya. - UTUSAN ONLINE